🦋 : lost

10.3K 1K 231
                                    


❛ ━━・❪ ❁ ❫ ・━━ ❜

Seminggu selepas Hera sedarkan diri,Que sudah membawanya pulang ke rumah mereka dengan ditemani Puan Alaina. Kini,usia Herryl sudah mencecah 7 bulan. Si kecil itu membesar dengan sihat di dalam persekitaran yang penuh dengan kasih sayang oleh semua orang terutama sekali,kasih sayang yang diberikan oleh Que dan Hera.

Benar kata doktor,kesihatan Hera mula merosot. Kalau dulu,wanita itu masih boleh bergerak dan melakukan aktiviti lasak,kini untuk berdiri lebih dari 15 minit pun Hera sudah tidak mampu. Wajahnya semakin hari semakin kencung. Tapi,itu tidak menghalang Hera untuk terus mengukirkan senyumannya.

Que,masih sama seperti dahulu. Mencintai Hera dengan sepenuh hati tanpa ada rasa penat walau sedikit pun. Malah,setiap saat rasa sayangnya pada Hera dan Herryl semakin bercambah.

Melihat keadaan Hera yang semakin teruk membimbangkan hati Que. Setiap saat bersama Hera selalu dimanfaatkan sepenuhnya. Walaupun wanita kesayangannya sudah tidak seceria dahulu,Que tetap selalu ada disisi Hera.









Hera mencium belakang tangan kekar milik Que selepas mereka selesai menunaikan solat subuh. Que mengucup syahdu puncak kepala Hera. Entah mengapa,solat subuh mereka pagi ini terasa lain.

Rengekan kecil milik Herryl menyentakkan Que dan Hera. Segera Que bangun dari duduknya dan merapati baby court milik Herryl. Si kecil itu diangkat dan dibawa kepada Hera yang masih duduk berteleku di atas sejadah bersama telekungnya.

"Awalnya hero mummy bangun harini" puncak hidung Herryl dikucup manja.

Mata bundar itu terkebil-kebil memandang Hera sebelum bibir kecil milik Herryl mengoyak senyuman sehingga menampakkan lesung pipit pada pipi kanannya.

Que tersenyum manis melihat dua insan yang disayangi oleh dirinya. Andai waktu bisa berhenti,Que mahu tinggal di waktu ini untuk selama-lamanya.

Hera mengesot mendekati Que sebelum melabuhkan duduk di atas riba lelaki yang masih bersila itu. Herryl masih berada dipangkuannya. Que hanya membiarkan. Pinggang Hera dipeluk kemas untuk mengelakkan wanita itu dari jatuh.

Tiba-tiba Hera mengucup ringkas rahang milik Que. Bibir pucat itu kini mendarat pula pada bibir merah delima milik Que. Que yang mulanya tersentak perlahan-lahan membalas ciuman Hera.

Hera melepaskan bibir mereka bersama senyuman nipis.

"Hera sayang Que. I love you till the end of my breath,husband" ucapnya.

"I love you more,my lady" balas Que bersama kenyitan mata.

"We love you so damn much,little hero" ucap Que sambil menggomol pipi gebu milik Que yang sudah menyambung tidurnya.

Hera mengusap lembut rambut Que yang sedang mengganggu tidur putera kecil mereka. Bibirnya tidak lepas mengukirkan senyuman.

"Husband...." panggil Hera.

"Yes,my lady?" Que mengangkat kepalanya untuk memandang Hera.

"I'm sleepy. Can i sleep?" soal Hera dengan nada perlahan.

"Sure,come" Que menegakkan tubuhnya.

Kepala Hera disandarkan pada dada bidang Que. Kepala Hera yang masih berlapit telekung diusap lembut dan sesekali dicium.

"Que,sampai bila-bila pun Hera tetap sayang Que dengan Herryl"

Que merasakan sesuatu yang pelik disebalik ayat Hera itu,tetapi tetap dianggukan juga kepalanya.

Hera tersenyum tawar. Bibirnya terkumat-kamit menyebut sesuatu yang hanya didengari olehnya sebelum matanya perlahan-lahan tertutup.

Melihat dada Hera yang tadinya berombak tenang kini berhenti membuatkan tubuh Que menegang.

"He-hera?...." panggil Que perlahan.

Tangannya terketar-ketar diletakkan di hadapan hidung wanita itu.

Tiada. Tiada sebarang hembusan nafas yang hangat terasa pada jari Que.

Mata Que sudah berkaca-kaca. Tanpa disedari,air matanya jatuh membasahi pipi. Dahinya ditekap dengan dahi Hera. Tangisannya pecah disitu.

Air mata yang tumpah dibiarkan begitu sahaja. Que menjauhkan sedikit jaraknya dan tubuh Hera.

Satu kucupan dilabuhkan pada dahi licin milik wanita kesayangannya.

"Selamat tidur,cantiknya Que".

100 DAYS WITH YOUWhere stories live. Discover now