🦋 : Herryl

8.6K 838 29
                                    


❛ ━━・❪ ❁ ❫ ・━━ ❜

Que masih setia menunggu dihadapan ward pembedahan. Bajunya yang dikotori oleh darah milik Hera juga masih tidak diganti. Hati Que berdetak laju saat ini.

Takut. Resah. Sedih. Kecewa. Marah. Semua perasaan itu bercampur dalam masa yang sama. Jika sesuatu terjadi pada salah seorang insan yang dia sayangi,pasti Que tidak akan dapat memaafkan dirinya.

Di dalam hati,Que berdoa. Berdoa agar Allah tidak memberikan ujian kepadanya untuk memilih hanya satu nyawa yang harus diselamatkan. Kerana Que sendiri tahu,dia takkan mampu untuk memilih.

Terlalu lama Que hanyut dalam fikiran sendiri,sehingga seorang doktor datang menegurnya. Serta-merta fikirannya yang tadi berkecamuk melayang pergi begitu sahaja.

"Tengku...." Que berdiri lalu memandang doktor itu.

"Tahniah. Isteri Tengku selamat melahirkan seorang putera" ucap doktor itu.

Mulut Que terkumat kamit mengucapkan kata syukur yang tak terhingga. Akhirnya, penantiannya dan Hera sudah berakhir.

"Tapi kami perlu tahan baby untuk pemantauan dahulu" Que angguk.

"Wife saya macam mana doktor?"

"Isteri Tengku....Mengalami gegaran otak yang agak kuat akibat terhantuk. Terdapat sedikit darah beku di dalam otak isteri Tengku. Tapi,jangan risau. Kami berjaya keluarkan darah beku dalam otak isteri Tengku.

Cuma,saya nak bagitahu yang mungkin lepasni kesihatan isteri Tengku akan semakin merosot. Kami tak dapat nak bantu dalam hal tu disebabkan oleh gegaran yang berlaku itu sangat hampir dengan kawasan pembedahan yang isteri Tengku lakukan dahulu"

Que mengepal erat tangannya menjadi penumbuk. Rahang diketap kuat. Hatinya sakit. Amarahnya semakin memuncak.

"Thank you,doctor" senyuman palsu diberikan kepada doktor tadi saat kakinya mula melangkah pergi.

Iphone dari dalam poket dikeluarkan.

"Find her at all cost. Kurung dia dekat markas sampai aku datang" talian dimatikan.

Ward milik Hera dituju. Que melihat sekujur tubuh yang terbaring dan memerlukan bantuan alat pernafasan itu.

Dahinya ditekap dengan dahi Hera. Air mata yang ditahan dari tadi akhirnya mengalir juga. Hanya didepan Hera,Que berani untuk menunjukan sisi lemahnya.

"I'm sorry. I'm sorry. I failed. I broke my promise. I can't save you. I'm not there when you need me the most. Kalau Que tak tinggal Hera,mesti semua ni tak jadi. I'm sorry. Because of my mistake,you will suffer" air mata Que yang jatuh di pipi Hera diseka menggunakan tangan kekarnya.

"Don't worry,my lady. I will make them suffer because they dared to touch you. And just wanna let you know that you can rest assured. Our baby is safe. Even after this,i will take a good care of you. I will never leave you alone. I'll be by your side untill the day Allah took you away from me. So for now,rest well. I'll take care of everything from here. Please wake up faster. Herryl and I tunggu you,my lady"

Satu kucupan syahdu dihadiahkan pada dahi licin milik Hera.

Que mula melangkah keluar dari ward itu. Keretanya dituju. Beg yang memang sudah disediakan oleh Hera diambil. Bajunya yang tadi berlumuran darah ditukar. Sekarang masanya untuk Que bertemu dengan hero kecilnya.

Bayi yang tertidur pulas di dalam baby court yang disediakan itu dipandang dengan mata yang redup. Segenap wajah si kecil itu,Que kucup dengan penuh kasih sayang.

Hadiah terbesar dan terhebat yang Allah kurniakan pada dirinya. Tengku Herryl Zaquan. Bukti cinta Que dan Hera.

 Bukti cinta Que dan Hera

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
100 DAYS WITH YOUWhere stories live. Discover now