🦋 : letter

9.9K 981 82
                                    


❛ ━━・❪ ❁ ❫ ・━━ ❜

Seperti memahami situasi,langit hari ini hanya mendung. Menutupi bumi dari sebarang sinaran seperti hati Que yang masih terasa pilu dengan kehilangan mengejutkan ini.

Que tahu,waktu ini akan tiba. Tapi,mengapa Allah perlu menarik Hera untuk pergi dari hidupnya dan Herryl secepat ini?

Dari mula proses pengebumian hingga ke akhir,tiada satu pun yang Que terlepas. Malah,Que sendiri yang mengimamkan solat jenazah Hera. Dengan tangannya sendiri,Que memasukkan jenazah Hera ke dalam liang lahat.

"Que,jom balik. Dah nak hujan ni" tegur Puan Alaina.

Sebelah tangannya mengusap lembut bahu Que,manakala sebelah tangan lagi mendukung Herryl yang sudah tertidur.

Si kecil itu seperti dapat merasai yang dirinya sudah kehilangan sesorang yang bermakna. Dari pagi lagi,Herryl tidak berhenti menangis. Tadi baru sahaja si kecil itu tertidur dengan mata yang sembap. Mungkin sudah kehabisan tenaga akibat terlalu banyak menangis.

Que mengangguk lemah sebelum melipat tikar yang digunakan oleh mereka untuk duduk tadi. Baru sahaja beberapa tapak mereka melangkah,Que kembali menatap tanah yang masih merah dan segar itu.

Matanya terpejam rapat. Terasa bagai mimpi. Baru pagi tadi Hera berada di dalam dakapannya,kini wanita itu sudah pergi dan tidak akan kembali lagi.














Que mengucup lembut dahi puteranya yang sudah nyenyak tidur. Selimut milik Herryl dibetulkan sedikit. Baru sahaja Que berura-ura untuk membaringkan badannya disebelah Herryl,pintu biliknua diketuk.

Pintu dikuak dari dalam dan Que menjengulkan kepalanya.

"Kenapa umi?" soal Que kepada Puan Alaina yang sedang berdiri di hadapan pintu.

"Surat ni,Hera amanahkan umi untuk serahkan pada Que" sekeping sampul surat diberikan kepada Que.

"Terima kasih sebab tunaikan janji Que untuk bahagiakan anak umi hingga akhir hayat dia. Que kuatkan diri ye" Que tersenyum tawar sambil menjatuhkan kepalanya.

Pintu kembali ditutup apabila Puan Alaina sudah melangkah pergi.

Que menyandarkan badannya pada kepala katil. Sebelah tangan membuka sampul surat tadi manakala sebelah tangan lagi mengusap lembut rambut coklat pekat milik Herryl.

To my dear husband,Tengku Que Zander.

Saat surat ini sudah berada di tangan you,maksudnya i dah pergi. Pergi jauh dari semua orang ke suatu tempat yang tiada siapa boleh datang selagi belum tiba masanya.

Tengku Que Zander,thank you sebab sudi terima kehadiran seorang Hera Aulia di dalam kehidupan you. Thank you sebab sudi bahagiakan dia sehingga hujung nafas yang terakhir. She's really happy to be with you dan dia hargai semua pengorbanan you pada dia.

Que,i titipkan Herryl untuk you. Jaga dia,sayang dia macam mana you sayangkan i. Itu bukti cinta kita. Herryl adalah kekuatan you untuk terus melangkah disaat i dah takde. Tell him that his mommy really do love him. Walaupun i dah takde dengan korang,i'll always be there. Watching you guys from a far distant.

I love you Tengku Que Zander. I'm uncoditionially in love with you since the first time i met you. I hope selama i ada dengan you,i dapat buktikan betapa cintanya i pada you. I bet,there's no one who can love you like i do.

I cuma nak minta sikit je dari you,Que. Remember me in your every single du'a. Love me as long as you can. Miss me in every single second you live. And the most important thing is,ikhlaskan pemergian i.

Untill we meet again in our next life,my love,my dear,my husband,my heart,my sempurna. Please continue our journey with Herryl without me by your side.

From your lady,Hera Aulia.

Que memejam matanya erat. Pipinya sudah kembali basah dengan air mata. Bagaimana Que mahu teruskan hidupnya untuk besarkan Herryl tanpa Hera disisi? Baru tadi dirinya kehilangan Hera,kini rasa rindu pada wanita itu sudah menggebu-gebu.

Kepala ditundukan untuk mencium ubun-ubun Herryl.

"There's only us now. Let's be strong for your mummy okay,hero daddy?" ucap Que perlahan.

100 DAYS WITH YOUWhere stories live. Discover now