🦋 : confession (II)

8.7K 929 56
                                    


p/s : Dengar lagu ni sambil baca. Mana tahu boleh feeling ii sikit kan?

❛ ━━・❪ ❁ ❫ ・━━ ❜

Que mendudukan Hera di atas sebuah bangku yang tersedia di taman permainan itu. Wintercoat milik Hera dibetulkan supaya gadis itu tidak kesejukan.

"Aku ada benda nak bagitau kau sebenarnya" kata Que sambil melabuhkan duduk.

Hera memandang Que yang duduk disebelahnya.

"Aku...dah taknak teruskan plan ni" katanya senafas.

Hera tersentak. Wajahnya jelas menunjukan riak tidak percaya. Kenapa Que tiba-tiba mahu batalkan plan mereka?

"Tapi kenapa? You dah tak suka Dian ke?" soalnya.

Que angguk.

"Aku sebenarnya dah tawar hati dengan dia. Ingat hari kau ajak aku teman makan? Aku nampak apa yang kau nampak. Aku nampak dia tengah cium Mark. Sejak tu,aku dah tawar hati dengan dia" jujur Que.

"L-lepastu,kenapa you ikut plan i yang pergi party tu?"

"Sebab aku nak confirmkan sesuatu waktu tu" kali ini wajah Hera kelihatan bingung.

"Hera,aku rasa aku dah jatuh cinta dengan kau. Aku tak pernah rasa macamni. Waktu aku dengan Dian dulu pun,aku tak rasa macamni. Kau. Kau je buat aku rasa macamni Hera. Rasa nak dekat dengan kau,rasa nak jaga kau,rasa tak senang bila kau tiada dekat sisi aku. Seminggu kau tak contact aku,aku tak boleh Hera. Aku rasa life aku tak lengkap takde kau"

Hera terdiam. Apa yang patut dia rasa sekarang? Happy. Sudah tentu ya. Crush kita suka kita balik,siapa sahaja tak seronok? Tiba-tiba Hera gelengkan kepalanya.

"No. You tak boleh jatuh cinta dengan i Que. I tak mampu bahagiakan you" mata Hera mula terasa panas.

"Why?"

"Because we just can't. You deserve someone better" sambung Hera lagi.

"But they're not you! Diorang bukan Hera Aulia. Aku nak kau. Just you. Kenapa? Kau tak suka aku ke Hera?" suaranya kedengaran lirih.

"I do love you. I love you so much. From the moment you enter the university i already fallen in love with you"

Kali ini Que kaget. Selama itukah Hera menyimpan perasaan padanya? Tapi mengapa gadis itu sanggup mahu pulihkan hubungannya dengan Dian? Padahal Hera boleh sahaja mengambilnya dari Dian.

"It just...it's impossible for us to have a love story" setitik air mata Hera gugur membasahi pipi.

"TELL ME NOW! TELL ME APA YANG IMPOSSIBLE? SO THAT I CAN CHANGE EVERYTHING THAT IMPOSSIBLE BECOME POSSIBLE FOR US TO BE TOGETHER!"

Suara Que naik seotaf. Dia tak faham. Kenapa Hera tidak mahu bersamanya sedangkan gadis itu mencintai dirinya. Que juga cintakan Hera. Jadi apa yang impossible?

"I ada barah otak,Que. I dah tak boleh hidup lama. I ada 70 days lagi nak jumpa you sebelum i tidur untuk selama-lamanya" Hera tersenyum tawar.

Que terkaku. Matanya tepat memandang wajah Hera yang sudah basah dengan air mata. Giginya diketap rapat. Ini ke perkara yang umi cakap tadi?

"Why? Kenapa kau tak bagitahu aku Hera?" mata Que juga mula terasa pamas.

"Why? I bukan sesiapa dalam hidup you,Que. I cuma orang yang tolong you dapatkan cinta you balik. Kalau you tanya kenapa i nak you berbaik dengan Dian even i cintakan you,the answer is sebab i nak nanti bila i dah takde,at least ada orang yang boleh jagakan you. Sebab i tak mampu nak buat semua tu"

Que memejam matanya rapat. Kepala didongak ke atas. Menahan air matanya dari tumpah.

"Aku ada basketball game lagi 2 hari. Kalau aku menang,kita kahwin. I don't fucking care,kau sakit ke apa. Aku tahu aku tetap nak kau jadi suri hati aku. Pasal sakit tu tolak tepi. Nanti kita ikhtiar macam mana. But,kalau aku kalah,aku ikut apa yang kau nak. Kita sambung plan kita" nadanya sedikit bergetar.

Hera hanya diam memandang Que. Lelaki itu benar-benar sedang serious saat ini.

100 DAYS WITH YOUWhere stories live. Discover now