Bab 4

1.7K 20 0
                                    

Seawal pukul sembilan pagi, Nadim sudah tercongok di luar pintu rumah Ilham. Ketibaannya disambut oleh Aryana yang seakan-akan dapat meneka tujuannya datang pagi-pagi begini.

"Gim mana awak nak bawak suami saya ni, Nadim?" soal Aryana terus.

Selepas solat subuh tadi Ilham ada beritahu yang dia mahu ke gim dengan Nadim. Pelik juga. Dah bertahun tak masuk gim tiba-tiba hari ni nak ke gim pula. Kalau betul pergi ke gim tidak apa, takut melencong ke tempat lain.

Aryana bukan nak dekat Ilham keluar bersosial dengan teman-temannya. Kalau dengan Harun atau Shuib, tidak mengapa. Tapi, kalau dengan Nadim Nazri Tan Sri Burhanuddin ni.... dia perlu soal siasat dengan terperinci sikit. Nadim ni spesies Ilham sewaktu 'zaman jahiliah'nya dahulu. Ilham sudah 'berhijrah'. Nadim masih begitu. Patutlah mereka berdua sepupu rapat, rupa-rupanya perangai pun dua kali lima.

"Awak nikan Yana, bagilah saya masuk dulu. Ni, main 'terjah' aja. Awak buat sarapan apa pagi ni?" usik Nadim.

"Awak nikan.... orang suruh kahwin, tak mahu. Lepas tu sibuk aja menempel cari makanan dekat rumah orang," tutur Aryana ketika mengekori Nadim yang sudah menuju ke pintu rumah.

"Saya bukan tak nak kahwin, Yana. Tapi, tak ada calon yang sesuai...." ujar Nadim acuh tidak acuh.

Automatik Aryana bercekak pinggang di hadapan Nadim yang sedang meleraikan tali kasut sukannya itu.

"Girlfriend bersepah-sepah, lagi mahu cakap tak ada calon yang sesuai," getus Aryana yang cukup menyampah dengan alasan lelaki buaya macam Nadim ini. Sudah diangkut anak dara orang ke sana ke mari, lepas tu masih lagi nak buat statement tiada calon yang sesuai.

"Dim, masuklah. Mari makan dulu," tegur Ilham dari ruang tamu rumah.

Nadim rasa lega bila melihat Ilham ada di ruang tamu. Cepat-cepat dia mendapatkan Ilham sebelum telinganya 'bernanah' mendengar bebelan Aryana.

"Aku masuk ni memang nak makan pun," seloroh Nadim sambil menghampiri Ilham yang sedang mendandan tocang Adalia.

"Baby, salam Uncle Dim...." suruh Ilham sebaik sahaja dandan Adalia siap diikat.

Adalia menurut. Huluran tangan Nadim yang sudah duduk di sofa disambut.

Aryana membiarkan Ilham dan Nadim bersembang sementara dia menghidangkan sarapan di atas meja makan.

Nadim bermain-main dengan tocang Adalia yang baru didandan itu.

"Cantiknya abah ikatkan tocang Baby ni," perli Nadim seraya ketawa melihat tocang Adalia yang senget-menget itu.

Ilham ketawa apabila dia sendiri rasa lucu melihat tocang anak gadisnya itu.

"Dim, kau tunggu kejap. Aku nak siap," kata Ilham sebelum dia meninggalkan Nadim bersama Adalia sementara dia bersiap di atas.

"Uncle Dim tak bawak coklat ke hari ini?" Petah Adalia yang berusia empat tahun itu menyoal.

"Hari ini tak ada. Lagipun mana boleh makan coklat selalu. Tengok ni, dah rongak dah gigi depan Baby sebab asyik makan coklat aja," jawab Nadim. Telunjuk terarah pada gigi hadapan Adalia yang sudah tiada.

"Alah...." Adalia mengeluh.

Nadim ketawa mendengar keluhan Adalia. Memang kebiasaannya dia tidak pernah datang ke rumah Ilham dengan tangan kosong. Pasti ada coklat untuk Adalia yang comel ni. Cuma hari ini dia tidak sempat singgah ke kedai.

"Nanti Uncle Dim belikan, okay. Tak cantiklah princess Uncle Dim buat muka macam ni." Nadim bijak memujuk.

"Promise?" Adalia mengangkat jari kelingkingnya.

Nadim mengambil Adalia lantas, meribanya.

"Yes. Promise sayang," jawab Nadim. Kelingkingnya dan kelingking Adalia saling bertaut.

"Uncle Dim..." tegur Adib yang baru turun ke bawah.

Yes Maam Where stories live. Discover now