Part 19

509 7 1
                                    


Nadim menggeleng-gelengkan kepala sebaik sahaja Ilham menghabiskan ceritanya.

"Am.... Am. Macam manalab kau boleh bagi 'mandat' pada Aryana untuk control seluruh hidup kau! Berkuat kuasa serta-merta pulak tu...." keluhnya seakan-akan tidak percaya bagaimana seorang lelaki seperti Ilham begitu mudah dikawal oleh seorang perempuan bergelar isteri.

Ilham menjeling sekilas ke arah Nadim di hadapannya sebelum sudu yang berisi nasi putih bercampur dengan ikan pari dimasukkan ke dalam mulutnya. Sebaik sahaja nasi selesai dikunyah dan ditelan, Ilham sambung bicara. "Control apa pulak? Ini semua pun berpunca daripada kau jugak. Siapa suruh kau pandai-pandai bagi nombor telefon aku pada Sherry tu?"

Ilham geram dengan tindakan Nadim yang 'menjual' nombor telefonnya kepada Sherry.

Nadim ketawa kecil mendengar suara tidak puas hati Ilham itu. "Manalah aku tahu dia nak kacau kau malam-malam. Sherry ni pun satu, nak telefon orang pun agak-agak la timingnya."

Ilham mencebik sebelum jus epal diteguk. Dia bersandar kekenyangan. Satu keluhan lemah dilepaskan.

 Satu keluhan lemah dilepaskan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kagum?" Dahi Qistina berkerut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kagum?" Dahi Qistina berkerut.
"Mahu tak kagum. Dahlah you cakap bahasa Melayu lengkap dengan sebaris ayat, lepas tu tengok ni.... you pakai baju kurung. I dont believe it yang berdiri depan I ni Qistina Zara Tan Sri Ridzuan Hashim." Nadim ketawa mengejek.

" Nadim ketawa mengejek

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Qistina memeluk tubuh. Wajahnya dipaling ke tepi.

Nadim pun berbuat perkara yang sama.

Ilham di tengah-tengah menjuling mata ke atas.

"Kiki, bukan I dengan Nadim tak nak jumpa you. Tapi.... takut. Manalah tahu you bawak mamat Caucasian balik sekali.... karang tak pasal-pasal kami lebam sana sini," kata Ilham yang sememangnya arif dengan taste Qistina yang begitu inginkan lelaki Caucasian untuk dijadikan suami.

"Eh, Am..... I dah tukar taste la. I tak mahu lelaki-lelaki Caucasian ni semua. I nak cari lelaki Melayu. Lelaki Melayu terakhir. Sebab tu I balik Malaysia," beritahu Qistina dengan bersahaja.

"See! I memang dah agak dah. You berubah macam ni mesti sebab sesuatu. Memang sesuatu sangat!" sampuk Nadim.

Qistina menjeling Nadim lagi. Bencinya pada Nadim buat dia rasa lelaki ini macam semak aja apabila berada di antara dia dan Ilham. Dengan nada yang sarkastik dia bertanya, "so? Ada masalah ke?"

"Okey. Kalau korang nak sambung bertekak, korang sambunglah. Aku nak naik atas. Sekejap lagi aku ada meeting. Asalamualaikum." Ilham berlalu untuk memberi laluan kepada Qistina dan Nadim terus bertikam lidah. Dia memang tak faham kenapa Qistina begitu anti dengan Nadim sedangkan dulu mereka bertiga memang rapat.

"Eh..... Am." Qistina memanggil Ilham yang sudah jauh berjalan. Panggilannya tidak bersahut. Dia mengerling Nadim yang masih lagi tidak berganjak.

"Huh! Assalamualaikum!" ucapnya kepada Nadim sebelum dia turut sama pergi dari situ.

"Waalaikumussalam." Sahut Nadim.

Yes Maam Where stories live. Discover now