Part 6

1.4K 18 0
                                    

Ilham memerhati tingkah Nadim yang asyik memandang ke arah yang sama di belakangnya. Perlahan-lahan dia berpaling sedikit untuk melihat apakah objek yang sangat menarik pada pandangan mata Nadim itu? Dilihatnya ada sekumpulan gadis berpakaian ketat seperti baru lepas melakukan senaman aerobik duduk di meja hujung. Dia perhatikan gadis-gadis itu dan merasakan mereka seperti sengaja mahu mencari perhatian pengunjung-pengunjung kafe ini dengan ketawa sakan menyebabkan suasana di dalam kafe ini sedikit bingit.

Ilham cepat-cepat berpaling semula apabila salah seorang daripada gadis itu mengenyit mata ke arahnya. Seriau pula tua-tua begini digoda oleh gadis muda yang berpenampilan agak seksi itu.

"Dim, jadi.... inilah motifnya kau rajin ke mari. Patutlah tak sampai setengah jam kau ajak aku turun minum, kan?" tebak Ilham apabila dia sudah mengetahui punca sebenar Nadim rajin berkunjung ke gim.

"Alah.... bukan aku buat apa pun. Setakat cuci mata aje," balas Nadim, bersahaja.

Ilham mencebik. "Itu.... zina mata namanya tu, Dim."

Tidak lama kemudian dia tersengih. "Cuci mata tak apa kut, kan? Lagipun.... bukan Yana tahu pun."

Kadang-kadang apabila berada di luar kawalan Aryana, Ilham tidak nafikan perangai gatal itu datang juga. Sesekali 'terkeluar dari radar' tidak mengapa kut. Setakat gatal sikit-sikit aja. Bukan gatal banyak-banyak pun.

"Tu sebab aku ajak kau sayang sini. Taklah kau asyik mengadu pada aku bosan dengar Yana membebel aja," ujar Nadim.

"Kau ni memang sepupu yang memahami," balas Ilham dengan kening 'menari ronggeng'. "Tapi, mana datangnya aweks-aweks ni ye? Setahu aku gim kita tu untuk lelaki aja, kan?"

"Itulah yang kau tak tahu. Memang gim ni untuk lelaki aja. Tapi, sebelah gim kita nikan ada studio tarian. Aweks-aweks tu semua penari profesional yang berlatih dekat studio tarian tu la. Tu sebab body masing-masing ''mantap' aje," balas Nadim turut sama mengangkat angkat kening.

Ilham mengangguk-angguk. Sengih gatal masih tak mati di bibirnya.

"Hai...."

Ilham dan Nadim sama-sama berpaling pada suara manja yang menegur mereka.

Ilham cukup terkejut apabila gadis yang mengenyit mata ke arahnya tadi kini sudah pun menarik kerusi untuk duduk di sebelahnya.

Nadim menahan ketawa. Selamba juga Nadim memberi isyarat agar Ilham bertenang dan layankan sahaja gadis itu.

"I Sherry," ujar Sherry dengan manja sambil menghulurkan tangan sebagai tanda salam perkenalan.

Huluran tangan bersambut.

"Ilham," ujar Ilham sepatah.

"I tak pernah nampak you dekat sini pun?" kata Sherry dengan liuk menggoda.

Ilham menahan getar di dada apabila pipinya terkena rambut harum Sherry ketika gadis itu mengibas rambut dengan bergaya tadi. "I baru aje register di gim sebelah studio tarian you."

Sherry mengangguk-angguk. "No wonderlah I tak pernah nampak you."

"Babe!"

Sherry berpaling pada suara teman-temannya yang sudah sedia untuk beredar.

"Okey, I kena pergi dulu. Ni nombor telefon I," Sherry menyua tisu yang tertulis nombor telefon bimbitnya.

Ilham tersengih-sengih sambil mengangguk-angguk.

"Bye.... nice to meet you," bisik Sherry perlahan di tepi telinga Ilham.

Tindakan Sherry itu membuatkan Ilham cepat-cepat menjarakkan kepalanya. Kalaulah Aryana tahu ada 'penggoda bersisa' dekat sini, pasti Aryana tak bagi lagi dia jejak kaki ke sini.

"Kau memang legend la bro!" Ujar Nadim, kagum dengan aura yang dimiliki oleh Ilham. Walaupun usia Ilham sudah menjangkau tiga puluh lapan tahun, gayanya masih maco persis teruna idaman Malaya.

"Tapi, Dim. Kalau perempuan yang macam ni nak dijadikan calon isteri... aku tak fikir mama kau berkenaan." Ilham mengingatkan sebelum dia meneguk jus oren yang sudah tawar akibat ais yang mencair.

Nadim bersandar sambil mengeluh perlahan apabila mendengar peringatan Ilham itu. Pada usia tiga puluh lapan tahun begini, tidak dinafikan dia juga berkeinginan nak berumah tangga, ada anak-anak. Tapi, sampai sekarang dia masih belum berjumpa dengan calon yang sesuai.

Kadang-kadang terdetik juga rasa cemburu apabila melihat kebahagiaan Ilham bersama anak-anak dan isterinya. Bukan mamanya tidak pernah memperkenalkan calon yang boleh diharapkan untuk menjadi isterinya tetapi, hatinya tidak dapat menerima calon pilihan mamanya. Nadim mahu dia. Hanya dia yang sudah menghilang entah ke mana.....

Yes Maam Where stories live. Discover now