Part 11

821 14 0
                                    

Aryana pandang Ilham yang berwajah 'no hal' itu. Kecik besar, kecik besar dia tengok Ilham yang buat dengar tak dengar apa yang dia bebelkan sekejap tadi. Ilham lebih memberi perhatian kepada joystick di tangan sambil mata memandang tepat ke arah skrin LCD 54 inci yang digunakan untuk bermain Playstation dengan Adib.

"Mummy!"

"Sayang!"

Ilham dan Adib menjerit serentak apabila dengan tiba-tiba skrin LCD bertukar hitam.

Tiba giliran Aryana pula buat muka 'no hal' di sebelah suis TV.

"Time's up," ujar Aryana sambil mata memberi isyarat kepada mereka berdua agar melihat jam dinding yang sudah menunjukkan pukul sepuluh malam.

"Mummy..." rengek Adib.

"Time's up!" Suara Aryana naik satu oktaf. "Pergi naik atas, tidur."

Sambil mencebik, Adib bersalaman dengan abahnya. "Good night abah."

"Good night," balas Ilham sambil mengerling ke arah Aryana yang masih lagi berdiri di sebelah suis TV.

"Good night mummy," tutur Adib seraya bersalam dengan Aryana.

"Good night." Aryana menjawab acuh tak acuh.

"Ngeee.... Yana ni, 'potong'lah. Abang dah nak menang tadi tau," getus Ilham, geram sebaik sahaja Adib memboloskan diri ke dalam biliknya.

"Siapa suruh abang buat derk?" balas Aryana.

"Abang dengarlah, bukan abang tak dengar...." ujar Ilham acuh tak acuh ketika mengangkat Adalia yang tertidur di atas sofa masuk ke dalam bilik tidur.

Aryana mengekori Ilham dari belakang. Dia menekan butang on pada baby monitor yang diletakkan di meja kecil sebelah katil Adalia agar memudahkan mereka memantau Adalia yang tidur seorang diri di dalam bilik. Sejak berumur empat tahun, Adalia telah diajar untuk tidur sendiri di dalam bilik tidurnya.

"Habis tu..... nanti abang cakaplah dengan mama, yang Yana ada benda lain nak buat hujung minggu ni..." kata Aryana sebaik sahaja dia dan Ilhan sudah masuk ke dalam bilik mereka.

"Hesy.... tak kuasa abang," balas Ilham ketika dia naik ke atas katil.

Aryana rasa macam nak meloncat naik ke atas katil bila mendengar suara bersahaja Ilham itu.

"Tak kuasa abang kata? Abang...... tolonglah cakap dengan mama abang. Bagilah apa-apa alasan pun, Yana tak kisah. Asalkan Yana tak ikut dia." Aryana menggoncang tubuh Ilhan yang sudah berbaring dan menarik selimut.

"Yana, apa masalahnya? Pergi ajalah. Macam tak pernah temankan mama jumpa kawan-kawan dia." Ilham tidak mahu mendengar bebelan Aryana, dia menarik comforter sehingga menutup seluruh tubuh.

Mata Aryana membulat. Dia mengetap bibirnya.

"Sebab pernahlah Yana malas nak ikut. Kenapa setiap kali nak ke mana-mana mama suka suruh Yana ikut dia? Mama lupa ke yang mama ada anak perempuan bernama Doktor Amani? Kenapa Yana aja yang asyik kena? Abang tahu tak, Yana boring sangat bila kena temankan mama jumpa kawan-kawan dia tu. Yana rasa macam Yana ni tua sebelum waktunya bila terpaksa bergaul dengan kawan-kawan mama," luah Aryana yang sesekali rasa lelah nak melayan kerenah ibu mertuanya itu. Mentang-mentanglah dia ni jenis lurus, rasa macam asyik kena buli aja.

 Mentang-mentanglah dia ni jenis lurus, rasa macam asyik kena buli aja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aryana menjeling Ilham yang sedang menahan ketawa.

Melihat muka masam Aryana, riak wajah Ilham terus menjadi serius. "Alah.... Yana pergi ajalah. Bersosial sekali-sekala."

Aryana mengeluh lagi. "Abang.... kalau Yana nak bersosial, Yana nak bersosial dengan mereka sebaya Yana. Bukan dengan...."

"Pergi ajelah. Lepas Yana temankan mama, nanti bolehlah Yana bodek mama pasal percutian ke Istanbul tu. Abang yakin sangat, mama pasti setuju bawak kita semua pergi Istanbul dengan segala perbelanjaan ditanggung. Nanti siapa yang untung? Yana jugak...." Ilham memasang umpan.

Mendengar kata-kata Ilham yang ada benarnya itu membuatkan minda Aryana automatik membayangkan betapa indahnya dapat menikmati secawan teh pudina di atas feri sambil melihat keindahan The Bosphorus.

"Betul jugak cakap abang, kan? Bila lagi nak bodek kalau bukan sekarang." Tiba-tiba Aryana menjadi terlebih semangat pula.

"Kalau macam tu, nanti abang jaga budak-budak ek. Yana nak temankan mama. Tak apalah geng dengan orang tua pun. Janji dapat pergi Istanbul free," tutur Aryana dengan kening 'menari ronggeng'.

"Hah..... yang tu abang tak setuju. Apa pulak abang yang kena jaga budak-budak? Yana angkutlah diaorang sekali. Abang dah janji dengan Nadim nak pergi joging," Ilham pantas membantah.

"Oh.... pandai nak mengelak. Kalau Yana yang nak bersosial, kena angkut budak-budak. Kalau abang.... tak pulak. Kalau macam tu, Yana tak jadilah temankan mama. Kalau mama tanya, Yana cakap Yana tak pergi sebab abang tak nak tolong jaga anak-anak," Aryana mengugut.

Ilham mencerlung ke arah Aryana yang berwajah selamba itu. Dia berdecit. "Ngee.... yelah, yelah. Yes, ma'am. Abang jaga. Tapi, ingat. Jangan balik lewat sangat."

Aryana tersenyum puas. Dia buat muka comel sambil memandang muka bengang Ilham. "Semestinya tak balik lewat."

Matanya juling ke atas dengan dua telapak tangan dirapatkan séparas dada.

"Owh....'Istanbul Aku Datang'!" Ucap Aryana penuh perasaan sebelum kepala direbahkan ke atas bantal. "Selamat malam abang...."

Ketika mahu merebahkan badan, Ilham mengajuk tingkah Aryana yang buat dia rasa geli-geleman itu. Tak pasal-pasal program dia dengan Nadim kena bantal.

Haih.... Aryana.... Aryana. Keluh Ilham dalam hati sebelum menutup lampu tidur.

Yes Maam Where stories live. Discover now