Part 12

770 14 0
                                    

"Ni, Yana kalau ke rumah Puan Seri Mariam tu.... ke rumah Puan Seri Mariam aja. Jangan pulak lepas tu melencong ke tempat lain. Shoppinglah. Spalah. Yana macam tak tahu anak-anak Yana ni, bukan boleh duduk lama dengan abah diaorang. Nak Yana jugak," pesan Ilham ketika menghantar Aryana ke kereta.

Aryana mencebik. "Alah abang ni, sesekali cubalah spend time dengan anak-anak. Asyik spend time dengan kawan-kawan aja. Anak-anak abang tu nak jugak bermanja dengan abah diaorang."

Ilham buka pintu penandu untuk Aryana.

"Yana nikan, apa aja yang abang cakap ada aja modal nak membidas, kan?" gerutu Ilham sambil tayang muka tak puas hati.

Aryana tergelak kecil.

"Olololo.... 'sentap'lah tu," tuturnya sambil hari mencubit geram pipi kanan Ilham. "Bukan bidas, betul la apa yang Yana cakap. Abang Isnin sampai Jumaat sibuk dekat pejabat. Balik lewat. Lepas tu hari cuti sibuk dengan Nadimlah, dengan Abang Harunlah...."

"Yelah.....yelah. Yes, ma'am. Yana ajalah yang betul." Ilham pantas memotong sebelum bebelan Aryana menjadi berjela-jela.

Aryana tergelak.

"Ketawa pulak. Pergilah cepat. Nanti lama mama tunggu," suruh Ilham. Tangan nakalnya menolak Aryana masuk ke dalam kereta.

"Abang tolak Yana." Kata Aryana yang hampir terjatuh.

Giliran Ilham pula ketawa. Seronoknya dapat bergurau senda dengan isteri tersayang. Selain daripada gaduh-gaduh manja, bergurau senda begini pun dapat mengeratkan hubungan suami isteri. Barulah warna-warni alam rumah tangga. "Abang suruh Yana pergi cepat. Nanti kalau lambat, kena bebel dengan Datin Rokiah Kamsan, abang tak boleh nak tolong."

Aryana mencebik. Seketika dia tersengih bila dia rasakan apa yang dikatakan oleh Ilham itu ada benarnya. "Yelah, Abang jaga rumah. Jangan buat sepah-sepah."

"Ye. Abang tahulah."

Aryana meraih tangan kanan Ilham untuk bersalaman. "Yana pergi dulu. Assalamualaikum."

Ilham melambai-lambai apabila kereta Aryana perlahan-lahan mengundur ke belakang sebelum meluncur laju meninggalkan kawasan perumahan mereka.

"Mummy!!!"

Ilham mengeluh panjang apabila mendengar jeritan Adalia yang baru bangun tidur di depan pintu rumah. Belum lima minit Aryana hilang, Adalia dah menangis jerit-jerit kerana mahukan mummynya. Kepala yang tidak gatal digaru-garu. Tekanan perasaan ni nak memikir cara terbaik untuk memujuk Adalia agar berhenti menangis. Tiba-tiba mentol di dalam kepala menyala. McDonald's!

Yes Maam Where stories live. Discover now