Part 9

1.1K 12 0
                                    

Seperti biasa, kedatangan Aryana ke banglo mewah ini disambut mesra oleh ibu mentuanya yang sudah sedia menanti.

Aryana tersenyum lebar melihat Adib dan Adalia yang sedikit rimas apabila dicium berkali-kali oleh tuk ma mereka. Mama ni gaya macamlah cucu-cucu dia tinggal jauh sangat. Peluk cium macam dah bertahun tak jumpa, padahal setiap minggu mereka pasti akan ke sini.

Kadang-kadang rumah ini memang dah jadi port Aryana tinggalkan Adib dan Adalia kalau dia malas nak bawak budak-budak banyak akal ni pergi ke Giant atau pasar untuk membeli barang dapur. Puncak Perdana dengan Shah Alam.... bukan jauh mana pun.

"Ni keknya mama." Aryana menyua kotak kek kepada ibu mertuanya.

Senyum Datin Rokiah Kamsan semakin melebar apabila kotak kek red velvet yang dipintanya sudah beralih tangan. Tidak salah Ilham memilih Aryana sebagai isteri. 'Sengal' sikit-sikit tu tidak mengapa, asalkan pandai jaga makan minum suami. Bagi Datin Rokiah Kamsan, Aryana adalah menantu yang paling sempurna dan dia bersyukur sangat bila Aryana jadi dengan Ilham dulu.

"Am mana?" Datin Rokiah Kamsan bertanya apabila hanya Aryana dan cucu-cucunya sahaja yang datang.

"Pergi gim. Katanya...." tutur Aryana dengan bersahaja. Dia memaut lengan Datin Rokiah Kamsan sebelum sama-sama beriringan masuk ke dalam rumah. "Abah mana, mama? Tak nampak pun?"

"Abah kamu tu cuti-cuti macam ni apa lagi.... ke padang golf la," jawab Datin Rokiah Kamsan.

"Ooo.... sabit tu la kereta abah takde kat porch. Errr.... mama, ada tak beli bahan-bahan yang Yana pesan semalam tu?" Aryana bertany tentang ramuan untuk memasak ayam bakar rosemary yang telah disenaraikan kepada Datin Rokiah Kamsan semalam.

Bila ada makan-makan keluarga begini, sememangnya ayam bakar rosemary air tangan Aryana akan menjadi menu wajib. Walaupun sudah berkali-kali Aryana mengajar cara-cara menyediakan ayam bakar rosemary ini tetapi, ibu mentuanya sampai ke sudah nak mengelat memasak sendiri menu itu. Sanggup dia sediakan segala ramuan dari A sampai Z asalkan Aryana masak resipi tersebut.

"Ada. Tapi, mama pergi supermarket tadi tak jumpa pulak rosemary segar. Pakai ajalah yang kering tu. Boleh, kan...." jawab Datin Rokiah Kamsan.

Aryana melihat botol berisi rosemary kering itu. Bolehlah...."

Tanpa berlengah, Aryana terus menyingsing lengan baju. Semua bahan untuk memasak diletakkan di atas meja makan di dapur. Tangannya mula lincah mengupas bawang.

Datin Rokiah Kamsan meninggalkan cucu-cucunya bermain di ruang tamu rumah sebelum dia membantu Aryana di dapur.

"Mama, sampai bila Surti cuti?" tanya Aryana apabila melihat ibu mertuanya sudah mengambil tempat di hadapannya.

"Tengah bulan depan," beritahu Datin Rokiah Kamsan.

Mata Aryana terbeliak. Tangannya berhenti mengupas kulit halia. "Lamanya cuti...."

"Biarlah. Lagi pun setahun dah dia tak balik kampung dia," sahut Datin Rokiah Kamsan.

"Bertuah Surti jadi orang gaji Datin Rokiah Kamsan. Nak balik kampung siap naik MAS lagi. Orang gaji tempat lain ada? Tak ada, kan...." tutur Aryana sambil ketawa kecil. 'Mak Jemah' sangat gaya dia 'menguntum' dengan ibu mertuanya itu.

Datin Rokiah Kamsan menggeleng perlahan melihat tingkah laku menantu kesayangannya itu. "Ni, Yana.... mama nak tanya ni."

"Apa dia ma?" tanya Aryana sambil membawa besen kecil berisi bawang dan halia yang sudah dikupas ke singki untuk dibasuh sebelum dimasukkan ke dalam food processor. Butang food processor ditekan.

"Selalu ke Am pergi ke gim?"

"Baru-baru ni aja abang rajin pergi ke gim," jawab Aryana sambil melumur bahan yang sudah dikisar tadi ke atas ayam. Serbuk lada hitam dan rosemary kering ditabur.

"Pergi dengan siapa?"

"Dengan Nadim la. Dengan siapa lagi? Semenjak Nadim balik Malaysia ni diaorang tukan macam belangkas aja," cerita Aryana sambil mencuci tangan. Ayam dimasukkan ke dalam peti sejuk untuk diperap lebih kurang dua jam sebelum dibakar.

"Hai.... bukan main macam-macam mesin senaman ada kat dalam rumah, pun nak pergi ke gim jugak suami kamu tu?"

"Biarlah mama. Takkan Yana nak halang kalau abang nak ke gim. Bukan ke mana pun. Nanti kalau itu tak boleh, ini tak boleh orang ingat Yana control suami Yana pulak."

Datin Rokiah Kamsan mencebik. "Bukan control tapi..... hati-hati."

Aryana berdecit.

"Mummy, nak mandi swimming pool."

Aryana menghela nafas lega bila melihat Adib dan Adalia masuk ke dapur dengan masing-masing sudah siap berpakaian renang lengkap dengan goggle dan pelampung seorang satu.

"Mama, Yana pergi teman anak-anak Yana mandi swimming pool dulu ye." Pamit Aryana sebelum dia meninggalkan Datin Rokiah Kamsan terpinga-pinga seorang diri di dapur.

Datin Rokiah Kamsan tu bukan boleh dilayan lebih-lebih. Nanti ada aja benda yang dia nak 'cucuk-cucuk' dalam hal Aryana suami isteri.

Yes Maam Where stories live. Discover now