Part 16

971 10 1
                                    

Ilham mengetuk meja restoran sementara menanti pesanannya tiba. Sudah lima hari dia makan di luar. Sekarang, bukan Aryana yang mogok tak nak masak. Tapi, dia sengaja nak tunjuk perasaan tak mahu menjamah masakan Aryana. Biar Aryana tahu, yang bukan Aryana seorang aja yang tahu mogok. Dia pun tahu mogok jugak!

"Eh.... bos. Makan sorang aja ke? Yana dengan anak-anak tak ikut sekali ke?" tegur Harun yang kebetulan singgah di Restoran Seri Maju untuk membungkus kuetiau goreng untuk Leha.

"Aku sorang aje. Dari pejabat. Singgah sini sekejap. Isi perut...." balas Ilham, malas. Nescafe ais disedut perlahan.

Dahi Harun berkerut. "Eh.... Yana tak masak ke?"

"Masak....."

"Habis tu?"

"Aku saja tunjuk perasaan. Cemburu sampai naik lemas aku jadinya."

Harun senyum segaris. "Oh.... tengah gaduhlah ni?"

"Yelah. Gaduhlah. Apa lagi? Aku dengan Yana dalam sebulan kalau tak 'perang' tak sah," balas Ilham, geram.

Harun ketawa mendengar omelan Ilham.

"Bos, bos kalau tengah bergaduh dengan Yana.... tidur asing ke tidur sekali jugak bos?" bisik Harun.

Soalan nakal Harun itu membuatkan Ilham ketawa. Telunjuknya memberi isyarat agar Harun mendekatinya.

"Aku ni Run.... ikut petua kau. Tiap-tiap malam, malam Jumaat." Ilham berbisik sambil ketawa mengekek.

"Propa ajalah mogok bos tu...." balas Harun yang turut sama ketawa mengekek.

"Aku mogok makan dekat rumah aja. Yang lain takkan aku nak mogok jugak. Rugilah aku, Run...." balas Ilham, terus mengekek ketawa.

"Bos.... bos...." Harun menggeleng perlahan. "Habis tu, sampai bila nak makan dekat luar?"

"Tengoklah. Kalau lagi dua hari Yana tak pujuk aku, aku surrender la. Tak lalu dah aku makan makanan kedai."

"Nasi Pattaya, bang." Pelayan restoran datang membawa nasi Pattaya yang dipesan oleh Ilham.

"Terima kasih," ucap Ilham.

"Eh, kau tak makan ke Run?" tegur Ilham ketika mahu menyuap nasi goreng Pattaya ke dalam mulutnya.

"Boleh ke bos?" Harun tersengih-sengih.

"Order ajalah, Run. Aku bayar. Dengar Leha punya pun nanti aku bayarkan. Apa ada hal. Aku bos, kan!" Balas Ilham, tidak kisah.

Sengih Harun melebar sebelum berteriak memanggil pelayan restoran. "Adik!"

Yes Maam Where stories live. Discover now