Cupcakes

2.8K 122 4
                                    

"Bukan I tak usaha untuk jadi kurus, macam-macam produk I dah cuba. Tapi semuanya tak berhasil." Aireen menjuihkan bibir.

"You boleh try buat liposuction (sedut lemak). Ramai yang berhasil jadi kurus lepas buat rawatan tu." Dean menyilangkan kaki sambil duduk berpeluk tubuh di sisi Aireen.

"I bukan tak nak buat, tapi I takut ada kesan sampingan selepas tu dan rawatan tu juga berisiko untuk meninggal dunia."

"Really??" Dean membulatkan mata. Aireen di sebelah mengangguk laju.

Dean mengusap dagu sambil memikirkan sesuatu.

"Kalau macam tu... I akan tolong you untuk jadi kurus."

"Macam mana?"Aireen menjungkit kening.

"I akan bawa you pergi gym setiap kali weekend. Ada seorang kawan I ni sediakan servis kaunseling untuk turunkan berat badan. You nak join?"

"Err... Tapi I..."Aireen rasa kurang yakin untuk ke gym dengan tubuhnya yang gempal. Dia pasti akan insecure dengan tubuh manusia-manusia di gym itu nanti.

"Tak ada tapi-tapi. Kalau you betul-betul nak kurus, you ikut I pergi gym weekend ni." Dean bertegas mahu Aireen turunkan berat badan.

Dia lakukan ini bukan demi Aireen tapi demi menyedapkan matanya untuk memandang Aireen. Dia tak sanggup nak tengok hari-hari keadaan isterinya yang bertubuh besar dua kali ganda darinya.

.
Aireen, Dean dan Tan Sri Megat sedang menjamu selera di meja makan pada malam itu.

"Kamu berdua dah plan nak pergi mana honeymoon nanti?" Soalan Tan Sri Megat buatkan Dean tersedak. Dean pantas meneguk segelas air di tepi.

"Aireen nak pergi Paris!" jawab Aireen pantas.

"Aireen yang nak pergi. Dean nak ke? Dah tanya Dean?" Soal Tan Sri Megat kepada anak tunggalnya itu.

Aireen mencebik bibir.

"Dean okey aje daddy. Dean ikut aje Aireen nak pergi mana. Tapi..." Dean mengerling ke arah Aireen sekilas.

"Tapi?" Soal Tan Sri Megat. Dia dan Aireen menanti jawapan Dean.

"Tapi buat masa ni Dean banyak kerja di office. Dean rasa kena tangguhkan dulu honeymoon. Nanti bila kerja Dean semua dah tak banyak, baru Dean aturkan honeymoon tu nanti."

Terus pudar senyuman Aireen yang tadinya sudah lebar sampai ke telinga. Dia kecewa dengan jawapan suaminya itu.

Malam itu, sekali lagi Dean tidur lebih awal berbanding Aireen kerana dia tak suka Aireen bermanja-manja dengannya.

Aireen yang baru sahaja keluar dari kamar mandi, melangkah mendekati katil. Kelihatan suaminya telah pun melelapkan mata.

'Tidur awal lagi? Mungkin penat sangat kut hari ni sebab baru pindah sini.' Aireen mengelus rambut Dean perlahan. Sambil itu dia perhatikan wajah lelaki itu tidur. Dia masih tak sangka yang dia dapat suami sekacak Dean.

"Good night sweetheart!" Aireen menghadiahkan satu kucupan di dahi Dean. Setelah itu dia melelapkan mata sambil merangkul pinggang suaminya.

Beberapa minit kemudian, dengkuran Aireen mula kedengaran. Dean yang tadinya sudah terlena, mula tersedar akibat bunyi dengkuran Aireen yang kuat di cuping telinganya.

Tangan Aireen yang memeluk pinggangnya dialih perlahan. Namun, tak berapa lama kemudian tangan itu merangkul kembali pinggangnya. Dean akhirnya pasrah.

.

My Chub (COMPLETE)Where stories live. Discover now