Priority

2.2K 100 5
                                    

Di pejabat, Dean asyik terfikirkan tentang Aireen. Sebelum dia keluar dari rumah tadi, dia terserempak dengan Zayyan. Zayyan memberitahunya bahawa Aireen minta belikan cupcake. Hanya makanan itu sahaja Aireen berselera untuk makan ketika ini.

Ting!

Tiba-tiba Dean dapat satu mesej whatsapp dari Haidar. Haidar telah menghantarnya satu video. Setelah melihat video tersebut, Dean terus mengemas meja kerjanya. Dia ingin terus pulang ke rumah bertemu Aireen. Jam masih belum pukul lima petang. Tapi dia pulang awal pada hari itu.

Tiba sahaja di rumah, dia menaiki lif untuk ke bilik tidur. Ketika dia berjalan menghampiri bilik, dia mendengar suara gelak tawa Aireen bersama Zayyan. Pintu bilik itu kelihatan terbuka luas.

"Lepas tu I cakap cicak suka berak merata. Terus semua orang gelakkan dia orang."

Zayyan tergelak lagi mendengar cerita Aireen.

"Betul la kan... cicak kan suka buat tahi. Sama lah macam dia orang yang suka buat tahi. Sakit hati I tau dengar dia orang kutuk I."

"Ehem!"

Aireen dan Zayyan menoleh ke arah pintu. Kelihatan Dean sedang berdiri terpacak di depan pintu bilik.

"Eh, kau dah balik? Awal lagi ni." Zayyan melihat jam di tangannya.

"Aku sengaja balik awal. Kenapa? Tak boleh?" Dean menjungkit sebelah kening. Wajahnya langsung tiada senyuman.

"Hm. Tak apa lah... Kalau macam tu aku keluar dulu." Zayyan berlalu keluar dari bilik. Nampak wajah tegang Dean seakan Dean tak senang dia berada di bilik tidur mereka. Jika dulu itu adalah bilik Aireen seorang dan Aireen tak melarangnya untuk masuk jika ada urusan.

Dean terus mengunci pintu bilik setelah Zayyan keluar. Dia berjalan menghampiri Aireen di katil.

"Kenapa you tak nak cerita perkara sebenar pada I?" Dean terus menyerang dengan soalan.

"Cerita apa?" Aireen berkerut dahi.

"Apa yang jadi malam tu lah. Nasib baik ada CCTV yang rakam kejadian malam tu. Haidar hantar video ni pada I." Dean menghulurkan telefon bimbitnya pada Aireen.

Setelah Aireen menonton video itu, dia baring semula ke katil dan menarik duvet menutupi tubuh.

"Masih nak mengelak lagi?" Dean menyelak semula duvet.

"I penat lah. I tak nak fikir pasal ni."

"Oh... penat. Tadi yang you bercerita panjang dengan Zayyan tadi tak tahu penat pula."

"You ni kenapa? Tiba-tiba nak marah I? Datang bulan ke?"

"I tak ada masa nak bergurau dengan you. Kenapa you tak cakap you jatuh sebab kena tolak dengan 'mangkuk' ni?"

"Kalau I cakap, you nak buat apa? You bukan nak back up I pun. I ni tak penting pun dalam hidup you." Aireen bingkas bangun dari katil. Dia mahu keluar dari bilik. Tak mahu menghadap muka Dean. Lebih baik dia ambil angin di luar.

"Siapa cakap you tak penting?" Kata-kata Dean buat langkah Aireen terhenti.

"You penting bagi I, Aireen. You're my priority. Maafkan I sebab I tak mampu jaga you dengan baik." Dean menghampiri Aireen. Tangan Aireen dicapai lalu diusap manja. Aireen terpukau dengan pujukan Dean. Tubuhnya kaku di situ. Mudah betul hatinya terpujuk dengan kata-kata Dean.

"I janji lepas ni I akan sentiasa beri perhatian pada you. Sorry sebab selalu sakitkan hati you selama ni." Dean mengusap pipi Aireen. Kemudian dia mencubit pipi tembam isterinya itu.

"Sakitlah you..." Aireen meringis lalu menampar lengan Dean. Dean tergelak kecil dan akhirnya Aireen tersenyum.

"Haa... baru I dapat tengok you senyum hari ni. Kalau tak muka tu macam kucing tak dapat royal canin."

My Chub (COMPLETE)Where stories live. Discover now