Heartbreaker

2.6K 114 17
                                    

Dean dan Aireen dijemput untuk makan malam di rumah Dato' Hashim  kerana ada tetamu istimewa yang telah diundang pada malam itu.

"Siapa tetamu special tu mama?" soal Dean.

"Nanti kamu tahu lah siapa."

Tak lama kemudian, bunyi seseorang memberi salam di pintu.

"Haa... Dah sampai pun." Datin Faridah pergi menyambut tetamunya di pintu. Dean dan Aireen hanya menunggu di meja makan.

Tak lama kemudian, Datin Faridah muncul bersama seorang gadis cantik dan bertubuh langsing.

"Ini lah tetamu spesial yang mama maksudkan tu."

Dean lantas terbangun dari kerusi. Dia tak sangka bertemu gadis itu lagi. Sudah sekian lama mereka tidak bersua muka. "Lydia..."

"Hi Dean... I miss you." Gadis bernama Lydia itu datang memeluk Dean. Dean pula turut membalas pelukan gadis itu.

Aireen mengetap bibir menahan geram. Suka hati aje peluk suami dia. 

"How are you? Lama tak dengar khabar pasal you," soal Lydia mesra.

"I'm good," ucap Dean ringkas.

"Ini siapa?" soal Lydia apabila sedar ada seorang gadis gempal duduk di sebelah Dean sejak tadi.

"She's my wife, Aireen. And Aireen, she's Lydia my cousin." Dean perkenalkan mereka antara satu sama lain.

"Hi... I'm Lydia." Lydia tersenyum manis sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.

"Aireen." Aireen turut menghulurkan tangan sambil tersenyum paksa.

Dato' Hashim yang baru sahaja turun menghampiri meja makan, menyapa Lydia.

"Haa... Lydia dah sampai. Pukul berapa sampai airport?"

Lydia menghampiri Dato' Hashim untuk bersalam."Pukul tujuh petang tadi uncle. How are you, uncle?"

"Macam Lydia nampaklah. Uncle semakin sihat. Tengok perut uncle ni." Dato' Hashim mengusap perutnya yang sedikit boroi. Lydia tertawa kecil dengan gurauan bapa saudaranya.

"Duduklah Lydia. Kita makan sekali," pelawa Datin Faridah. Lydia mengambil tempat di sebelah Datin Faridah.

Sambil mereka makan, mereka berbual. Aireen hanya sibuk dengan makanannya. Dia tak tahu nak menyelit dalam perbualan mereka. Segala isi perbualan tak ada kena mengena dengan dirinya.

"You guys dah pergi honeymoon?" Tiba-tiba soalan itu dilontarkan oleh Lydia.

Aireen panggung kepala dan menoleh memandang Dean di sebelah.

"Belum lagi. You ada nak suggest ke tempat menarik untuk honeymoon?" soal Dean dengan wajah tenang.

"Oh, ya. I want to recommend you a few places in Switzerland. I boleh jadi tour guide nanti."

"Tapi you kan kerja kat sana. Tak nak lah susahkan you."

"I boleh ambil cuti." Lydia senyum sebelum dia menyuapkan makanan. Dean turut tersenyum seolah setuju dengan cadangan Lydia.

"Malam ni Lydia tidur sini ya. Aunty dah sediakan bilik untuk Lydia. Esok pagi lah balik rumah mummy you. Rumah mummy tu jauh. Bahaya you balik malam-malam macam ni," pelawa Datin Faridah.

"Okay, aunty. Thank you," balas Lydia sambil matanya melirik ke arah Dean.

Pandangan Lydia yang penuh makna itu membuatkan Dean terpaksa mengubah fikiran.

My Chub (COMPLETE)Where stories live. Discover now