Gymnasium

2.4K 115 2
                                    

Seperti yang dijanjikan, Dean membawa Aireen ke sebuah pusat gimnasium milik rakannya, Haidar.

"Hey, bro! What's up!" sapa Haidar.
Dean dan Haidar melagakan penumbuk.

"How's your honeymoon?" Haidar menjungkit kedua kening bersama senyuman penuh makna.

"Kau jangan merepek. Tak ada maknanya aku nak honeymoon dengan perempuan tu." Dean berbisik perlahan di sisi Haidar agar tidak didengari Aireen yang berada di belakang mereka.

Haidar tergelak suka kerana dapat mengusik rakannya itu.

"Aireen, kenalkan ini Haidar pemilik gym ni." Dean kenalkan mereka berdua. Aireen dan Haidar bersalaman sambil tersenyum mesra.

"So, I dengar dari Dean... You nak join training di sini. You dah ready?" soal Haidar.

"Yes. But I wanna ask something."

Haidar angguk beri izin untuk Aireen bertanya.

"How long does it take for training? Is it a month?"soal Aireen.

"It's depend on you. If you consistently working out, maybe the time is not to be long. But I think you need at least three months." Haidar mengusap dagu sambil memerhati tubuh Aireen di hadapannya.

Selalunya badan seperti Aireen ini mengambil masa agak lama untuk kurus. Tapi jika Aireen betul-betul konsisten dengan latihan dan jaga pemakanan, tak mustahil dia akan kurus dalam masa yang singkat.

"Have a seat first... I pergi ambil borang untuk you sekejap." Haidar menunjukkan mereka sebuah ruang untuk menunggu dan bersantai. Ada beberapa buah kerusi dan meja disediakan di situ.

Aireen dan Dean duduk di kerusi tersebut sambil menunggu Haidar bawakan borang.

Sambil menunggu, Aireen meliarkan pandangan di sekitar tempat itu. Gymnasium ini agak luas dan selesa. Dari tempatnya duduk, dia boleh melihat beberapa orang yang sedang work out di sebalik dinding kaca.

Tak berapa lama kemudian, keluar seorang lelaki bertubuh sasa, tinggi dan berotot dari arah pintu gym tadi. Raut wajah lelaki itu tampak garang seakan The Rock. Aireen meneguk liur melihat lelaki itu. Walaupun tubuhnya besar, tapi lelaki itu nampak dua kali lebih besar darinya. Bukan besar kerana lemak, tapi besar kerana otot.

Lelaki itu menuju ke arah kaunter berhampiran dan dia berbual dengan Haidar. Aireen hanya perhatikan lelaki itu sejak tadi manakala Dean hanya tertumpu pada telefon bimbitnya saja.

Tak berapa lama kemudian, Haidar dan lelaki berotot itu pandang ke arahnya. Aireen cepat-cepat mengalihkan pandangan. Takut bertembung mata dengan lelaki berotot itu.

Kemudian, Aireen perasan mereka berdua sedang menuju ke arahnya. Aireen masih lagi membuang pandangan ke arah lain sehinggalah mereka berdua melabuhkan duduk di kerusi berhadapan dengannya.

"Ini borang untuk you isi. Dan I nak perkenalkan you dengan coach yang akan train you nanti." Haidar letakkan pen dan sehelai kertas di atas meja.

"Sebelah I ni Coach Kiki. Dia yang akan train you nanti."

"Bhahahhaaha." Aireen meletuskan tawa. Terburai tawanya di situ.

Ketiga-tiga lelaki di depannya saling memandang antara satu sama lain. Apa yang kelakar?

"Aireen... Aireen..." Dean mencuit lengan Aireen untuk menghentikan tawa gadis itu. Dah kenapa dengan isterinya. Kena sampuk ke?

"Sorry... I tak boleh tahan." Tawa Aireen sedikit reda setelah beberapa lama. Dia menyeka air mata yang keluar di hujung mata. Sehingga keluar air matanya kerana ketawa.

"Why you're laughing? What so funny?" soal Haidar keliru. Pada masa yang sama dia rasa terhibur melihat Aireen ketawa.

"I tak expect nama dia Kiki." jawab Aireen dengan tawanya yang masih tersisa.

"It's like Kikilala. So cute but macam tak sesuai dengan orangnya." Sekali lagi tawa Aireen kembali meledak.

Haidar dan Dean hanya mampu menahan tawa. Mereka berdua pandang wajah Coach Kiki yang sudah merah padam. Tak ada lagi orang yang berani gelakkan nama Coach Kiki di depan lelaki itu. Tapi Aireen lah orang pertama.

"Is it funny??" Tiba-tiba suara garau Coach Kiki mula kedengaran. Tawa Aireen tadi terus mati. Suasana bertukar tegang. Aireen betulkan duduknya dan menunduk memandang lantai.

"Err...sorry I..." Aireen menggigit bibir.

"Mungkin bagi you nama I kelakar. It's okay... Gelaklah dulu nanti I akan pastikan you tak mampu gelak macam ni lagi. I'll make sure you will crying a lot after this." Coach Kiki tersenyum sinis.

Aireen membulatkan mata. Dia mendapat ugutan dari lelaki itu. Dia baru sedar bahawa lelaki itu yang akan melatihnya nanti. Mati lah dia nak kena hadap lelaki bermuka bengis itu. Nama aje macam teletubies tapi orangnya macam malaikat maut.

.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, Aireen termenung di dalam kereta. Sesekali nafas berat dihela.

"I will make sure you will cry a lot after this." Terngiang-ngiang ugutan Coach Kiki di telinganya. Aireen menghentakkan kepalanya ke atas dashboard kereta.

"Eh, you dah kenapa?" Dean yang sedang memandu di sebelah mula risau. Tiba-tiba Aireen hempuk kepala sendiri.

"You... I takutlah nak datang gym next week. I tak nak Coach Kiki tu jadi coach I. You dengar kan apa dia cakap tadi. Dia mesti nak dera I."

"Tapi mana boleh cancel dah. You dah sign borang tadi." Dean menahan tawa dalam hati. Siapa suruh Aireen pergi bantai gelakkan nama Coach Kiki depan-depan. Sekarang mula nak menyesal.

"I terpaksa sign tadi sebab dia macam cabar I suruh sign. Dia ingat dia boleh dera I? Ini Puteri Aireen Tasneem lah! I boleh belasah dia kalau dia cuba buli I." Aireen mendabik dada untuk menjemput semangatnya yang tadi kian runtuh.

"Lepas tu buat apa you takut nak datang gym next week? Kalau you boleh belasah dia."

"Entahlah. I takut lah juga dengan dia. Kalau ikutkan badan I dengan dia, badan I pun besar juga. Tapi dia tinggi dan berotot. Mungkin I boleh pengsan kalau penumbuk dia hinggap kat muka I." Aireen mencebik bibir. Dia menyesal kerana mengutuk nama lelaki itu secara depan-depan.

"Jangan risau lah. Coach Kiki tu baik orangnya cuma dia tegas waktu training. Tapi I tak boleh tahan juga waktu you cakap nama dia macam Kikilala. Nasib baik I tak tergelak masa tu."

"You pun rasa nama dia kelakar kan?" Aireen sambung ketawa. Hilang terus rasa takutnya setelah berbual dengan Dean.

Tergeleng-geleng kepala Dean melihat keletah Aireen. Muka yang monyok tadi telah bertukar ceria dan mampu tersenyum lebar. Dia juga tak sangka Aireen begitu berani mengutuk nama Coach Kiki secara terang-terangan. Gadis itu baginya memang sukar dijangka.

My Chub (COMPLETE)Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin