Fever

2.3K 123 7
                                    

"Aireen!!"

Coach Kiki lantas terjun ke dalam kolam untuk menyelamatkan nyawa Aireen. Tetamu yang berada di sekeliling hanya mampu melihat dan langsung tidak menghulurkan pertolongan.

Tubuh Aireen dibawa ke tebing kolam. Mujur dia mampu mengangkat tubuh Aireen yang seberat 100 kilo itu.

"Aireen! Bangun!" Coach Kiki menampar-nampar wajah Aireen agar gadis itu sedar.

Dean pula masih leka menari bersama Haidar tanpa mengetahui apa yang berlaku saat itu.

"Dean, isteri kau lemas!" Salah seorang rakan Dean memberitahu.

"Aireen lemas?" Berkerut wajah Dean. Bukankah tadi dia sudah menyuruh Aireen untuk pulang. Dean segera mengatur langkah ke arah kolam renang.

Dean melihat Coach Kiki sedang menekan dada Aireen untuk berikan bantuan.

"Aireen!" Dean tiba dengan wajah panik. Jujur dia terlalu risau keadaan Aireen ketika ini.

"Kau buat CPR untuk dia. Dia masih tak sedar lagi ni," arah Coach Kiki.

"CPR?"

"Kau suami dia. Takkan kau nak aku pula yang buat?"

Nampaknya terpaksalah Dean selamatkan Aireen dengan cara tersebut. Takkan dia nak biarkan Aireen mati di sini.

Dalam tiga kali hembusan, akhirnya Aireen sedar. Terbatuk-batuk Aireen apabila air kolam yang memasuki rongga pernafasannya kini berjaya dikeluarkan.

"Are you okay?"soal Dean dengan wajah risau.

"Deannn..." Aireen terus memeluk tubuh Dean. Dia menangis teresak-esak di dada suaminya. Dia masih terkejut dengan apa yang berlaku. Dia hampir mati lemas.

"Sshh... I ada kat sini dengan you." Dean mengusap belakang Aireen untuk menenangkan gadis itu.

.

Di dalam kereta, Aireen hanya senyap sambil memandang luar tingkap. Bajunya basah kuyup. Tubuhnya dilitupi dengan kain selimut tebal yang terdapat di dalam kereta.

Dean matikan penghawa dingin supaya Aireen tidak kesejukan. Sesekali dia mencuri pandang wajah Aireen di sebelah.

"Macam mana you boleh jatuh?"

Aireen senyap tak menjawab soalan Dean. Soalan itu dibiarkan tanpa jawapan sehinggalah mereka tiba di vila.

Masuk sahaja mereka berdua ke dalam rumah, Tan Sri Megat menyapa mereka berdua. Pelik melihat keadaan anaknya yang basah kuyup.

"Aireen, apa dah jadi ni?"

"Err... Aireen terjatuh dalam kolam renang," jawab Dean.

"Macam mana boleh jatuh?"

Dean tak mampu jawab. Dia sendiri pun tak tahu apa yang berlaku ketika itu.

"Aireen tergelincir. Salah Aireen sebab cuai. Aireen masuk bilik dulu. Good night, daddy." Aireen malas untuk memanjangkan cerita dan dia tak mahu Dean dipersalahkan oleh papanya.

.

Seusai membersihkan diri, Aireen membaringkan tubuhnya ke atas katil. Sejak tadi dia langsung tidak bercakap dengan Dean. Dia masih terasa hati dengan perbuatan Dean yang menyuruhnya pulang awal dari majlis itu.

"Kenapa I tanya you, you tak nak jawab? You marahkan I?"

Aireen senyap tak menjawab. Aireen pejamkan mata untuk tidur.

"Aireen, say something."

Soalan Dean dibiarkan sepi tanpa jawapan lagi. Dean menghela nafas berat. Dia capai tuala untuk membersihkan dirinya.

My Chub (COMPLETE)Where stories live. Discover now