Lies

3.2K 207 16
                                    

Dean menghampiri Aireen yang sedang kusyuk menjamah donut di ruang tamu. Donut yang terdapat pelbagai perisa itu dia minta Zayyan belikan sebelum pulang kerja tadi.

"Makan tak ajak I." Dean datang duduk di sisi Aireen. Sebelah tangan spontan memaut bahu Aireen.

Aireen sengih kemudian dia mempelawa Dean. "You nak ke? Nah..."

Aireen menyuapkan sebiji donut ke mulut Dean. Dean terus menganga dan menggigit donut tersebut.

"You nak tahu tak apa persamaan antara you dengan donut ni?" soal Dean sambil tersenyum.

Aireen memincingkan mata.

"You nak cakap dua-dua bulat kan?" duga Aireen.

Dean menghamburkan tawa. Satu cubitan Aireen hinggap ke lengannya.

"Taklah. Jawapannya... Dua-dua gebu." Dean sambung ketawa lagi.

Bukk! Satu tumbukan melayang ke perut Dean.

"Sakitlah I darling... You tak sayang I ke? Penumbuk you tu dah lah padu." Dean menjeling Aireen. Bahaya bergurau dengan Aireen. Asyik kena belasah aje.

"Padan muka. Perli I lagi."

"Bukan perli. Tapi memang betul you gebu. I suka gebu-gebu ni. Nampak cute angat!" Dean mengucup pipi Aireen. Pinggang Aireen pula dipeluk erat.

"Mengada lah you ni. Dah... Tepi sikit I nak makan ni. Jangan kacau I." Aireen menepis tangan Dean. Padahal hatinya sedang berbunga-bunga dipeluk begitu.

"Nak kacau juga." Dean menggeletek pinggang Aireen.

"Dean... Stop it lah... Geli..." Aireen menjerit kegelian. Bergema gelak tawa mereka berdua di ruang tamu itu.

Tan Sri Megat yang sejak tadi memerhati, tersenyum melihat kemesraan antara Dean dan Aireen. Dia menghela nafas lega. Akhirnya, dia tak perlu risaukan lagi tentang Aireen. Dean pasti mampu menjaga Aireen dengan baik.

.

Di pejabat, Dean didatangi Lydia. Gadis itu tidak setuju dengan permintaan Dean yang inginkan mereka berpisah. Dia berasa agak tercabar dengan Aireen kerana Dean sanggup tinggalkan dia demi Aireen.

"You tipu I, Dean. You cakap hari tu you akan selalu ada untuk I. You cintakan I. Sekarang, you senang-senang buang I dari hidup you kan?" Lydia menghempas tas tangannya ke atas meja kerja Dean bagi menunjukkan protesnya.

"I'm sorry. I know that's my fault. But I tak boleh tipu diri I. I love my wife. And I can't love you. So, please jangan datang jumpa I kat sini."

Lydia merenung Dean sambil tersenyum sinis. Kemudian dia berjalan menghampiri Dean yang masih duduk itu. Dean mula rasa tak sedap hati dengan renungan Lydia.

"Are you sure, baby? Did you really love her?" Lydia menarik tali leher Dean sehingga mengakibatkan wajah mereka semakin merapat.

"Yes. I do love her," jawab Dean penuh yakin.

"Bukan sebab harta?" Lydia menjungkit kening sambil tersenyum sinis.

Dean terkedu. Lydia dah tahu tentang hal itu?

"You nak Megat Holdings kan? Sebab tu you kahwin dengan perempuan gemuk tu?" Jari runcing Lydia bermain di tepi rahang Dean. Sengaja dia ingin menggoda lelaki itu.

Dean pantas menepis tangan Lydia. "You merepek apa ni?"

Dean terus bangun dari kerusinya untuk menjauhi Lydia. Namun Lydia lebih pantas menolak semula tubuh Dean ke kerusi lalu Lydia melabuhkan punggung di atas riba Dean.

My Chub (COMPLETE)Where stories live. Discover now