Party

2.3K 104 9
                                    

"Faster!"

Aireen berlari tercungap-cungap menghampiri Coach Kiki yang sedang berdiri bercekak pinggang di depan.

"Penatlah coach. Bagi I rehat dulu."

"Baru satu pusingan dah minta rehat? I nak you pusing tasik ni lima pusingan kalau macam tu."

"Apa ni coach... Tadi cakap tiga pusingan aje." Bibir Aireen muncung.

"Dah you nak rehat." Coach Kiki tersenyum sinis. Hari ini dia perlu melatih Aireen di luar gym pula. Tak boleh setiap masa hanya di gym sahaja. Aireen perlukan cardio training untuk membakar lemaknya dengan lebih cepat.

Cardio training mampu membantu membakar kalori dua kali ganda berbanding weight training. Tapi tak bermakna weight training di gym itu tak penting. Weight training diperlukan untuk membina otot sekaligus untuk mendapatkan tubuh badan yang ideal.

"Okey lah... I sambung lari. Tapi tiga pusingan aje." Aireen menjeling Coach Kiki sekilas sebelum dia menyambung lariannya.

Setelah Aireen berjaya menamatkan larian sebanyak tiga kali pusingan, dia terus meneguk rakus air mineralnya.

"Slow sikit minum tu. Dah macam unta minum I tengok," tegur Coach Kiki selamba.

"Uhukk!... uhukk!" Tersedak Aireen dibuatnya.

"Haa... Kan dah tersedak." Coach Kiki tergelak.

"You lah punca... Cakap I minum macam unta." Aireen memberi jelingan maut. Coach Kiki masih ketawa lagi. Jarang dia nampak lelaki itu ketawa.

"Betul la I cakap. Unta minum air macam tu la. Minum berbunyi."

"Okay... fine!" Aireen malas nak gaduh. Dia meneguk perlahan air tersebut.

"I nak tanya you something boleh?" Tiba-tiba  Coach Kiki bersuara selepas mereka senyap beberapa saat.

"Tanyalah."

"You dengan Dean dah lama kenal?"

"Hmm... Tak lama mana pun. Tak sampai setahun pun kami kenal. First time kami jumpa waktu birthday party papa I. Selepas tiga empat bulan kami couple, kami kahwin. Kenapa you tanya?"

"Tak ada apa. Saja." Coach Kiki tersenyum nipis.

"I pun ada soalan untuk you."

"Apa?"

"Kenapa nama you Kiki? Nama sebenar you apa?" Baru kali ini Aireen berani bertanyakan nama sebenar lelaki itu.

"Muhammad Fakih."

"Sedap nama you. Tapi kenapa letak nama Kiki?"

"Sebab anak sedara I suka panggil I dengan nama tu. Tapi sekarang dia dah tak ada. Meninggal sebab kanser,"ujar lelaki itu dengan wajah sedikit muram.

"Sorry... I tak tahu." Aireen jadi serba salah. Sudah lah dia selamba ketawakan nama lelaki itu semasa kali pertama mereka bersua dulu.

"It's okay. I pun nak minta maaf sebab selalu marahkan you waktu training. Mesti you menyampah kan dapat coach macam I?" Lelaki itu ketawa kecil.

"Menyampah lah juga. Setiap kali datang gym aje nampak muka ketat you. Baru hari ni I nampak you okey sikit. Baru nampak you ketawa. Kalau tidak muka mengalahkan komodo."

Lelaki itu ketawa lagi. Aireen baru tahu lelaki itu boleh ketawa juga. Jadi dia manusia normal.

"Bukan komodo lah...Komando. Komodo tu sejenis spesis biawak." Coach Kiki menjentik dahi Aireen. Dia gemar menjentik dahi Aireen jika Aireen melawan cakapnya ketika training.

My Chub (COMPLETE)Where stories live. Discover now