Honeymoon

2.9K 144 11
                                    

Suhu bilik hotel itu masih terasa sejuk meskipun pemanas sudah dipasang. Aireen di sebelah masih lagi nyenyak  tidur. Dean bangkit menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.

Seusai mandi, Dean menghampiri Aireen yang masih lagi tidur. Bibirnya mengukir senyuman apabila teringat memori manis yang mereka cipta semalam. Kini mereka sedang berbulan madu di Korea Selatan. Baru sekarang dia berpeluang membawa isterinya pergi berbulan madu.

Wajah Aireen yang masih lena ditatap penuh kasih. Dahi Aireen dikucup lembut sebelum dia bergerak menuju ke ruang wardrobe untuk memakai pakaian. Hari ini dia akan membawa Aireen melawat beberapa tempat menarik di sekitar Seoul.

Aireen tersedar apabila terasa ada ciuman hangat hinggap ke atas dahinya. Matanya dibuka perlahan lalu mencari tubuh lelaki yang semalam tidur bersamanya. Matanya kemudian menangkap figura Dean yang sedang berjalan menuju ke almari pakaian.

Setelah Aireen pastikan Dean masuk ke ruangan tersebut, dia pantas bangun dari katil dan berlari masuk ke bilik air.

"Saranghaeyo."

Terngiang-ngiang lagi suara Dean menuturkan kalimah cinta dalam bahasa korea itu. Rasa kelakar pun ada. Aireen tertawa kecil di hadapan singki bilik mandi. Semalam, Dean meluahkan isi hatinya di tepi Sungai Han. Dia takkan lupakan saat indah dan romantis itu.

"I love you so much, Puteri Aireen Tasneem. I nak sehidup semati dengan you sehingga hujung nyawa I. I tahu I dah banyak lukakan hati you selama ini. But now, I'm so into you. I tak boleh tipu diri I lagi yang I betul-betul cintakan you. Dalam hati I cuma ada you seorang. I dah tak cintakan Lydia lagi. Trust me..."

Aireen tersengih-sengih di dalam kamar mandi sehinggalah senyumannya mati akibat bunyi ketukan pintu dari luar.

"Darling, you tengah mandi ke tu?"

Sejak semalam Dean memanggilnya dengan panggilan darling. Kadangkala dia dipanggil princess oleh lelaki itu. Semakin berbunga hati Aireen dibuatnya.

"Ha'ah. I tengah mandi." Aireen lantas membuka pili air pancur. Dia tak mahu Dean tahu yang sejak tadi dia hanya berangan di depan cermin.

"Okey. Cepat sikit. Nanti kita keluar breakfast."

"Okey sayang," balas Aireen sambil tersenyum sendiri. Dia mula berasa bahagia bila bersama Dean.

.

Aireen dan Dean melawat salah satu istana Korea yang terdapat di Seoul. Mereka memasuki perkarangan Istana Geongbokgung. Istana ini wujud sejak era dinasti Joseon. Sebelum mengambil gambar di dalam istana, mereka memakai pakaian tradisional orang korea terlebih dahulu.

"Ke kiri sikit."

Aireen bergerak ke kiri seperti yang diarahkan Dean.

"Okey nice..."

Kcakk! Beberapa gambar Aireen diambil Dean menggunakan kamera DSLR.

"Okey tak? Can I see it?" Soal Aireen.

Dean angguk lalu menunjukkan gambar tadi. Aireen berdiri di samping Dean sambil menilik gambar pada kamera.

Aireen tersenyum melihat gambarnya yang begitu cantik diambil berlatar belakangkan kolam istana. Pokok-pokok di situ pula daunnya terdapat pelbagai warna. Ada yang kuning, oren dan merah.

"Let me take your photo." Aireen menyarungkan tali kamera ke lehernya. Dean pula bersedia untuk diambil gambar. Pelbagai gaya lelaki itu lakukan. Dean memakai pakaian seperti raja Joseon iaitu pakaian berwarna merah. Manakala Aireen memakai hanbok berwarna merah jambu.

My Chub (COMPLETE)Where stories live. Discover now