Promise

2.3K 106 6
                                    

Dean teragak-agak untuk mengetuk pintu bilik kerja peribadi Tan Sri Megat. Namun, dia terpaksa lakukan jua demi kebaikan dirinya.

Setelah diketuk beberapa kali, dia diizinkan untuk masuk ke dalam. Pintu bilik itu dikuak perlahan dan langkahnya diatur ke arah Tan Sri Megat yang sedang duduk di meja kerja.

"Duduk, Dean. Dean ada nak cakap sesuatu?" Soal Tan Sri Megat sambil memerhatikan wajah menantunya yang kelihatan gusar.

Dean melabuhkan punggung ke kerusi. Wajah tua Tan Sri Megat dipandang seketika sebelum dia menutur kata.

"Hmm... Dean nak bincang sikit dengan daddy mengenai..." Dean menggaru belakang tengkuk. Dia bimbang soalannya akan mengundang amarah lelaki tua itu.

"Tentang apa Dean?"

"Tentang janji yang pernah daddy ucap sebelum Dean berkahwin dengan Aireen." Akhirnya terluah juga kata-kata itu dari bibir Dean.

"Oh pasal tu... Jadi, Dean nak daddy tunaikan apa? Dean boleh minta apa saja yang Dean mahu. Itu janji daddy kan." Tan Sri Megat bukanlah seorang yang suka memungkiri janji. Dia telah pun berjanji pada Dean jika Dean sanggup mengahwini Aireen, dia akan tunaikan segala permintaan Dean.

"Dean nak daddy serahkan Megat Holding pada Dean. Daddy boleh tunaikan?"

Raut wajah Tan Sri Megat serta-merta berubah. Dia tak sangka dengan permintaan menantunya itu. Baru sebulan menikah, sudah berani minta hartanya.

"Kalau daddy tak sanggup untuk tunaikan, tak apa. Dean boleh ceraikan Aireen,"ugut Dean.

Ugutan Dean membuatkan Tan Sri Megat terdiam lama. Tak sangka menantunya mengugut untuk menceraikan Aireen semata-mata kerana harta. Baru kini dia sedar bahawa Dean tidak ikhlas berkahwin dengan anaknya.

Namun, dia tak mudah termakan dengan ugutan Dean. Dia ada rancangannya yang tersendiri.

"Daddy boleh berikan company daddy tapi dengan syarat pastikan Dean beri daddy cucu dahulu."Tan Sri Megat bersandar ke kerusi sambil berpeluk tubuh.

"Whattt?" Dean bingkas bangun dari kerusi. Terlalu terkejut dengan jawapan dari ayah mentuanya. Dia sangka dia dapat mengugut lelaki tua itu. Ternyata dia pula yang diugut.

"Kenapa? Tak boleh tunaikan?" Kening Tan Sri Megat terjungkit sebelah. Senyuman kecil terlorek di bibirnya.

"Tapi kan daddy janji akan tunaikan apa saja permintaan Dean setelah Dean berkahwin dengan Aireen?"soal Dean tak berpuas hati.

"Mungkin Dean lupa apa yang daddy cakap masa tu. Daddy kan janji akan tunaikan permintaan Dean jika Dean sayangkan Aireen sepertimana daddy sayangkan dia. Jadi, daddy nak Dean buktikan yang Dean betul-betul sayangkan Aireen sebagai isteri dengan berikan daddy cucu. Kemudian, Dean akan dapat Megat Holding seperti yang Dean mahukan." Tan Sri Megat terpaksa bertegas. Dia tak mahu hidup anaknya sia-sia di tangan orang yang salah.

Tan Sri Megat tahu anaknya, Aireen terlalu sayangkan Dean. Jadi dia tak mahu Aireen kecewa jika terpaksa berpisah dengan Dean. Disebabkan itu, dia terpaksa memaksa Dean untuk mencintai Aireen sebagai isteri.

Dean kembali teringat akan janji Tan Sri Megat pada ketika itu.

"Kalau Dean sanggup jadi suami Aireen, uncle akan tunaikan apa saja yang Dean mahu. Tapi dengan syarat, Dean sayangkan Aireen betul-betul sepertimana uncle sayangkan dia."

Terlajak perahu masih boleh diundur, terlajak berkahwin mungkin cerailah jawabnya. Tapi sekiranya dia menceraikan Aireen, dia takkan dapat satu sen pun harta Tan Sri Megat Muzaffar. Takkan dia mahu mengalah begitu saja? Jika tidak, sia-sia aje lah pengorbanannya selama ini yang terpaksa mengahwini gadis gemuk seperti Aireen.

My Chub (COMPLETE)Where stories live. Discover now