2nd Chance

3.3K 157 9
                                    

Tan Sri Megat menghampiri Dean yang sedang duduk termenung di hadapan kolam ikan.

"Dean..."Bahu Dean ditepuk perlahan.

"Eh, daddy." Dean memberi ruang untuk ayah mentuanya itu duduk.

"Seorang aje ke? Mana Aireen?"soal Tan Sri Megat.

"Aireen keluar dengan Zayyan. Katanya ada urusan kerja kat luar."Dean tersenyum hambar. Sejak tadi dia asyik memikirkan tentang hubungannya dengan Aireen. Entah bila hubungan mereka akan jadi lebih baik.

"Kamu dan Aireen bergaduh ke?"

"Mana ada daddy. Kami okey aje." Dean cuba berdalih.

"Daddy tengok kamu berdua macam ada masalah aje."

"Betul daddy. Kami okey. Mungkin perasaan daddy aje tu." Dean cuba meyakinkan Tan Sri Megat kerana dia perlu dapatkan kepercayaan ayah mertuanya agar Megat Holding akan menjadi miliknya suatu hari nanti.

"Daddy bukan nak masuk campur hubungan kamu berdua. Cuma daddy nak pesan supaya jaga rumahtangga kamu sebaiknya. Perkara yang paling iblis dan syaitan suka adalah melihat pasangan yang bercerai-berai. Daddy tak nak Aireen kecewa. Jadi, daddy harap sangat Dean pelihara hubungan ni. Daddy nak Aireen bahagia. Dean masih ingat tentang perjanjian tu kan?"

"Dean ingat, daddy. Dean pun sayangkan Aireen dan Dean tak nak Aireen terluka disebabkan Dean. Dean akan cuba jadi suami yang terbaik buat Aireen."

Tan Sri Megat sedikit lega mendengar jawapan Dean.

"Aireen tu nampak aje kuat dari luar. Tapi sebenarnya dia perlukan sokongan dari dalam. Dia dibuli sejak sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah. Kalau Dean perasan Aireen tak ada ramai kawan. Hanya Zayyan saja kawan yang dia ada. Jadi, daddy harap Dean dapat jaga Aireen bila daddy dah tak ada nanti. Tolong sayang dia macam mana daddy sayangkan dia." Suara Tan Sri Megat kedengaran sebak.

"Baik,daddy. Dean faham."

.

"Aireen, berat you semakin bertambah. You tak diet ke?" Berkerut dahi Coach Kiki melihat bacaan pada penimbang.

"Sorry coach... I terlalu stress lately ni. Jadi untuk hilangkan stress, I kena makan," jawab Aireen selamba.

Coach Kiki mengetuk kepala Aireen dengan sebatang pen di tangannya.

"Penat aje I trained you kalau you tak ikut nasihat I. You nak kurus ke tak ni?"

Aireen menggosok kepalanya."Nak. Tapi I tak boleh tahanlah. Kenapa makanan kat Malaysia ni semua sedap-sedap?"

"Salahkan makanan pula. You yang tak pandai kawal nafsu makan you. You nak makan boleh tapi jangan ambil dalam kuantiti yang banyak," pesan Coach Kiki.

"Pernah dengar tak kata-kata ni...makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang. Ini tidak... dah betul-betul kenyang baru you nak berhenti makan." Coach Kiki membebel lagi.

Aireen menjuihkan bibir apabila dibebel lelaki itu.

"Habis tu...kita makan untuk apa? Bukan ke kita makan sebab nak kenyang?" balas Aireen sambil menjeling.

"You ni ada aje kan nak menjawab. I tak kira, lepas ni I nak you diet. Kalau tak I suruh your husband yang control pemakanan you."

"My husband? Nak jaga diet I? Dalam mimpi aje lah. Macam lah dia rajin sangat nak ambil tahu pasal I." Aireen menyilangkan tangan ke dada.

"Kenapa? You dengan Dean ada masalah ke?" Coach Kiki cuba mengorek.

"Tak ada apa lah. Biasalah suami isteri. Kadang baik dan kadang gaduh." Aireen tak pasti perkahwinan mereka akan bertahan sampai bila. Hatinya dah mula tawar.

My Chub (COMPLETE)Where stories live. Discover now