Karya V (Lima)

51 13 0
                                    

   Rintik-rintik hujan mula membasahi bumi, rumput-rumput yang berada di tanah mula basah dek hujan yang deras. Ratna menyuakan tangannya kearah hujan yang turun, bau hujan yang lembut, mula masuk ke rongga hidungnya.

"hujan?" soal Nazhreel. "ha'ah, hujan lebat ni. Macam mana Nazhreel nak balik? Awak park kereta jauh kan?" ekspresi Ratna mula menunjukkan reaksi risau. Nazhreel berfikir sejenak, kalau nak redah hujan lebat macam ni, dia tiada masalah.

"Raden, kau bawa baju tak? Mama ajak kau tidur sini" ujar Adrienne sambil mengelap pinggan yang baru sahaja dicucinya.

"tidur sini? Boleh tapi aku tak bawa baju la, sehelai sepinggang je ni" kata Nazhreel

"baju abang kan ada?" selamba gadis itu berkata.

"erm, sabar aku pergi tengok ada tak baju aku yang sesuai dengan kau. Badan kau dah la tough"

Pinggan kaca yang berada ditangannya diletakkan dengan perlahan di atas meja, berlari ke arah biliknya mencari baju yang sesuai.

"so, sekarang awak buat apa?" soal Ratna sambil meninjau ke luar tingkap.

"buat apa? Erm, tengah tengok Ratna?" selamba dirinya menjawab.

Ratna mula ketawa, menggelakkan lelaki yang berada di sebelahnya itu.

"bukan, maksud Ratna, Nazhreel kerja apa sekarang ni?" pandangannya dikalihkan kearah Nazhreel yang sedari tadi menatapnya

"erm, Nazhreel sekarang kerja kilang je, tak kerja hebat mana pun" ujar Nazhreel sambil menatap lembut mata gadis dihadapannya.

"oh jadi GTR tu siapa punya?" soal Ratna sambil jarinya bermain dengan bunga mawar yang berada didalam pasu kecil dihadapannya.

Dia sememangnya minat dengan haruman bunga mawar, dengan warna merah yang terang, ianya menarik perhatian gadis itu.

"erm, tu kereta kawan Areel. Dia pergi overseas, tu yang dia bagi pinjam, minta tolong tengok-tengokkan" tak tahu mengapa, Nazhreel kelihatan canggung dan kini di mula berpeluh sejuk.

Ratna mengerutkan wajahnya hairan, dah kenapa dengan Nazhreel ni ? "Abang Nazhreel demam ke? Muka berpeluh-peluh tu kenapa?"

dengar sahaja perkataan 'abang' tulang rusuknya mula bergetar, luruh jantung dengar perkataan yang sudah lama tidak dengar dari mulut Ratna.

"N-Nazhreel o-okay. Haha, biasa lah semput" dia keliru, dah kenapa dengan dirinya sekarang ni? Tadi berpeluh sejuk, sekarang jantung berdegup laju. Adrienne ada letak racun ke dalam ikan tadi? Tak mungkin dia mahu bunuh kawan baiknya sendiri.

"Raden! Ni aku ada baju pajamas dengan baju t-shirt sesuai dengan kau" Adrienne berlari laju kearah mereka berdua sambil membawa beberapa helai baju yang bercorak animasi Minions serta seluar yang berwarna kelabu.

"tadaa! Comel tak? Aku beli baju ni dulu sebab teringat kau masa kau overseas dekat-" kata-kata Adrienne terhenti apabila dia terpandang Ratna yang sedang terpinga-pinga dengan perbuatan dirinya.

"overseas? Abang Nazhreel pernah pergi mana?" soal Ratna dengan teruja. Nazhreel memberi jelingan tajam kepada Adrienne yang terlepas kata, sempat juga dia berkata kesat dalam benak hatinya.

"pergi Singapore je, tak jauh mana pun. Haha! Dah la Nazhreel nak tumpang mandi sekejap" untuk mengelakkan dari nampak mencurigakan, baik dia melarikan diri terlebih dahulu.

Cahaya bulan menerangi segenap pelosok halaman rumah. Dingin malam mula menyucuk kulitnya yang nipis. Di gazebo itu Adrienne duduk santai sambil mengeluarkan asap dari mulutnya.

Dia seorang perokok yang agresif, namun tak pernah dirinya merokok di depan ibunya walaupun Puan Kysara tahu akan perihal ini.

Dia tidak mahu dirinya dicop sebagai anak yang biadap, baginya itu adalah satu panggilan yang mencemar harga dirinya.

"dari sekolah, masuk universiti, sampai dah graduate kau tak berubah eh? rokok tu mesti melekat dekat tangan. Kau tak sayang nyawa ke Adrienne?" tangannya sengaja dimasukkan didalam poket.

Nazhreel sejenis tak tahan sejuk, kalau pergi bukit yang tinggi seperti Cameron Highland mesti baju yang dipakainya sehingga dua hingga tiga lapis, Nasib baik ada hoodie dalam kereta, jadi tak adalah sejuk sangat.

"sayang la, tapi nanti la aku berhenti. Aku boleh je berhenti bila-bila masa aku nak" selamba Adrienne membalas, jawapan standard semua perokok tegar. Padahal kalau tak berasap mulut sehari mula lah gelisah tak tentu pasal.

"jangan terlalu khayal dengan nikmat dunia Adrienne, ingat ni dunia bukan syurga kau boleh senang-lenang lama-lama" ujar Nazhreel sambil mengusap lembut bahu kawan baiknya.

Risau kawan baiknya yang sudah dianggap macam adik-beradik ni terpesong jauh. Dia takut kalau apa-apa jadi pada Adrienne di kemudian hari. Nanti dengan siapa dia nak bergurau senda?

"rancak borak? Tak sejuk ke duduk luar macam ni?" satu suara lembut menegur mereka.

Rokok yang berada dimulutnya segera dipadamkan dan dibuang di dalam bekas yang dikhaskan untuk membuang putung rokok.

Puan Kysara membawa sedulang teh O' dan beberapa Cinnamon Rolls kegemaran Adrienne.

"mama, mengapa dibawah sinaran candhra, engkau terlihat begitu indah? cantik berseri-seri sehingga aku terpaku melihat kecantikan mu?" Adrienne mula bersastra dengan bondanya.

Puan Kysara hanya mampu tergelak kecil dengan tingkah laku anak sulungnya itu. "pandai bersastra dengan mama, nak mama suap la tu" serta-merta Puan Kysara mengambil sebiji Cinnamon Rolls yang terletak kemas di atas piring kaca itu lalu disuakan ke mulut anak sulungnya.

"bukan itu maksud aku mama, bukanlah elok jika aku bermain sastra denganmu dengan niat hanya sekadar ingin bergurau senda? Lagipun bahasa kita mempunyai seni yang berbeza dari bahasa yang lain. Tak salah sebagai orang melayu ingin mengangkat bahasa sendiri dan jadikannya sebagai permainan" Adrienne mengambil manisan yang berada di tangan ibundanya lalu disuapkan ke mulut Puan Kysara.

Tangannya menggapai pencuci mulut itu lalu diberikan kepada Nazhreel dan dia mengambil yang terakhir yang berada di piring kaca tersebut dan akhirnya disuapkan ke mulutnya sendiri. Manis dan lembut!

"Ah! Sudahlah kau. Bodek je lebih"

Cinnamon Rolls buatan ibunya memang tiada tandingan!

"mana Ratna aunty?" Nazhreel mula bersuara setelah sekian lama berdiam diri.

"Ratna dah tidur dah. Dia bukan burung hantu macam kau orang berdua. Sudahla, mama pun nak masuk tidur. Esok nak bangun subuh. Tidur awal ya nak?"

Kepala anak sulungnya diusap lembut, begitu juga dengan pipi Nazhreel, disentuh dengan penuh kasih sayang.

Kasih sayangnya kepada dua anak muda itu tidak pernah berbelah bahagi, semua sama rata. Dimata wanita itu, mereka masih kanak-kanak riang yang nakal dan suka mengusik. Walaupun mereka sudah beranjak dewasa, pasti ada sifat kekanak-kanakkan yang ada di dalam jiwa mereka.

-xhiphs

----------------------

Wahaha, rajin gila aku upload few days ni. tapi next time berminggu-minggu la korg tunggu CR hehehe. Dh bye!

tataaaa~~

Chenta Ratna | On GoingWhere stories live. Discover now