Karya XV (5-belas)

25 4 0
                                    

Kediaman Puan Kysara riuh dengan tangisan bayi. Tak perlu difikir siapa. Sudah tentulah tangisan Danile, anak angkat Adrienne.

"Shh shh, cucu nenek janganlah nangis" Kehulur kehilir Puan Kysara berjalan. Sekeliling rumah sudah puas dia terokai. Apa yang tak kena ni?

"Dah satu jam Danile nangis, mana bapak dia ni. Dah tak ingat jalan nak balik ke?" Kata Nazhreel sambil mengurut kepalanya sendiri.

"Kan Adrienne buka kafe sampai malam, tak pelik la kalau pukul dua pagi baru jejak kaki dekat rumah" sampuk Ratna.

Dia masih terkesan dengan budi bicara Adrienne petang tadi, apa salah dia sampai suaranya kasar seperti itu?

"Mama, taknak bagitahu papa ke pasal semua ni?" Sekali lagi Ratna berbicara.

"Jangan! Mama takut kalau papa tahu, habislah kita!"

Nazhreel hanya duduk disofa sambil memicit kepalanya sendiri. Garisan-garisan yang ada dilengannya diusap perlahan. Ya, dia seorang penoreh lengan.

"Habis? Maksud aunty?"

"Suami aunty tu, baran. Kalau dia tahu ada bayi dalam rumah ni, habislah. Tak tahunlah apa akan jadi dengan kita semua. Lagipun Nazhreel tak pernah jumpa dia kan?" Sayu suara Puan Kysara berkata-kata. Apalah nasibnya dijodohkan dengan lelaki eropah tak guna tu?

Nazhreel menggelengkan kepala.

"Assalamualaikum. Mama, Abang dah balik"

Suara ketukan pintu dan salam mengejutkan semua orang di dalam rumah. Tangisan Danile yang hampir sejam memenuhi segenap
penjuru rumah tiba-tiba senyap.

"Waalaikumusalam. Masyaallah, dia dengar suara daddy dia terus diam. Rindu daddy ya?" Tersenyum Puan Kysara melihat tingkah laku cucu angkatnya. Macam tahu-tahu bapaknya balik.

Ratna yang duduk dibucu dinding, hanya diam membisu. Bunga ros yang dibelikan Nazhreel dibelek.

Sementara yang lain kecoh dengan ahli keluarga baharu, dia naik ke bilik. Dalam kepalanya pelbagai soalan timbul. Walaupun kini dia sudah beranjak dewasa. Tetapi, Ratna masih memerlukan kasih sayang.
Itulah yang ada didalam fikirannya.

Dari biliknya, terdengar suara riuh rendah keluarganya berbual meraikan orang baharu.

Telefonnya dicapai, mencari nama seseorang yang paling dia perlu. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk.

Tok Tok Tok

'Kacau mood orang nak galau la, baru nak telefon papa' Bisik hati Ratna.

"Siapa? Masuk jela, pintu tak kunci" Jerit Ratna dari dalam bilik. Air mata yang hampir turun ke pipi diseka perlahan.

"Nazhreel ni, takkan lah nak masuk je? Segan lah" Kata Nazhreel dibalik pintu.

"Oh tak apalah, buka je pintu tu. Kalau segan berdiri je dekat bingkai pintu" sayu suara Ratna berkata.

Perlahan-lahan pintu itu dibuka. Terlihat sosok seorang lelaki. Kepalanya dikeluarkan dibalik pintu.

"Ratna nak makan apa? Nazhreel nak-"

Kata-katanya terhenti.

"Nazhreel nak apa?"

"Ratna nangis ke?"

Pintu dibuka penuh, figura seorang lelaki berdiri dihadapan pintu biliknya dengan badan yang sasa.

"No I'm not" Dalihnya.

"Jangan tipu. I know you very well, Ratna"

Ratna senyap.

Dia ingat dia boleh tipu Nazhreel? Come on lah, semua buku jenis psikologi dia dah baca. Setakat baca riak muka sang kekasih, dia pro lah!

"Ratna sedih sebab Adrienne marah masa dekat kafe tu ke?" Nazhreel cuba memujuk.

Sekali lagi Ratna senyap. Dia akui, dia terasa dengan jerkahan Adrienne petang tadi. Dia sejenis mudah terasa. Tuan Henry dan Puan Kysara tak pernah meninggikan suara kepadanya. Walaupun sedikit.

"Diam tu maksudnya ya. Well, kita semua tahu Adrienne tu macam tu. Nanti Nazhreel cakap dengan dia ya? Dah lap air mata tu. Nazhreel beli ayam madu. Nak?"

Mata biru dan coklat Ratna membesar. Gila lah kalau Ratna tak nak ayam madu. Favourite kut!

"Nak!" Kata Ratna dengan teruja.

"Aight, Nazhreel pesan untuk Ratna okey?" Sambil berkata, tangannya menggapai kerusi dimeja belajar. Matanya hanya tertumpu pada skrin telefon pintar. Ralit jarinya menekan tombol.

Ratna yang berada di atas katil hanya duduk bersila melihat Nazhreel yang leka. Dari kecil sehingga sudah hampir tamat belajar, dengan Nazhreel lah dia membesar.

Dia seorang penasihat dan pendengar yang baik, tak peliklah kalau sekarang dia berkerjaya sebagai psychiatrist. Satu kerjaya yang sesuai untuknya.

Semakin lama Ratna merenung, semakin dia layu dalam bayangannya sendiri.

"Kenapa Ratna tengok Nazhreel macam tu?" Walaupun matanya fokus ke arah skrin, namun dia perasan dua mata memandang ke arahnya.

'Uish, mana dia tahu aku tengah tengok dia? ada mata ketiga ke?' desis hati Ratna.

"Haah, ada mata ketiga dekat dahi ni" Dia bagai seorang pembaca fikiran. Macam tahu-tahu je orang mengumpat pasal dia!

"Eh, tak cakap apa-apa pun. Nazhreel mengarut apa ni?" Dalih Ratna.

Mata Nazhreel hanya menjeling. Iye lah tu tak cakap apa-apa.

Sesekali dia menjeling, matanya tertumpu pada buku-buku yang penuh di rak. Kesemuanya novel karya Nrayd. Terbeliak mata Nazhreel melihatnya.

"Fuyoh! Banyaknya buku Nrayd! Berapa ratus lah habis ni" Dengan teruja, dia meletakkan telefon pintarnya ke dalam poket. Jangan risau, dia sudah siap membuat pesanan.

"Adalah dalam seribu lima ratus. Tak mahal pun, murah je"

Murah dia kata? Dekat rak sahaja dah ada tiga puluh buah buku. Bahagikan dengan seribu lima ratus, jadinya..

Lima puluh ringgit untuk satu buku!

Mahalnya!

Nazhreel terkejut, namun reaksinya tetap tenang.

"Ini kalau Nrayd tahu Ratna kumpul sampai tiga puluh buah buku dia saje, mesti dia bagi free sign untuk setiap buku"

"Patutnya jadi seribu lima ratus lima puluh ( RM 1550 ), tapi Nazhreel dah belanja haritu. Terima kasih tau" Kata Ratna dengan penuh syukur.

"Halah, sikit je tu. Ratna nak beli buku Nazhreel- I mean, buku Nrayd banyak mana pun Nazhreel tak kesah. Just say, I'll make your wish come true"

Ratna terkesima. Ingat jinn aladdin ke? Buat tiga permintaan terus dapat?

----

877 words

Chenta Ratna | On GoingWhere stories live. Discover now