Karya VI (Enam)

57 13 0
                                    


Dalam lena, tekaknya terasa kering. Biarpun badan lemas, terpaksa membangkitkan diri untuk ke dapur.

Badannya terhuyung-hayang. Tangannya mula meraba-raba dinding.

perlahan-lahan dia berjalan sehingga lah kepalanya terlanggar sesuatu yang keras.

Buk!

"aduh, sakit kepala aku. Dah kenapa dinding ni berdiri dekat sini buat semak je" Ratna mula menyalahkan dinding. Walaupun salahnya sendiri, dinding juga yang jadi mangsa.

kaki gadis itu menapak perlahan, takut terlanggar dinding lagi. Sayup-sayup dia terdengar alunan lagu yang datang dari dapur. Bulu romanya mula berdiri tegak. Siapa pula yang bernyanyi malam-malam buta macam ni, dekat dapur pula tu!

'Gadis itu menyorok di belakang dinding, mahu mengintai empunya suara yang menyanyi dengan suara merdu itu.

Matanya tertancap melihat satu susuk tubuh yang tegap sedang membancuh air. Haruman kopi memenuhi ruangan dapur, masih keliru sama ada itu adalah Adrienne atau Abang Nazhreel yang menginap dirumah mereka. Susuk itu berpaling, wajah bersihnya ditatap lama.

"Ratna, Nazhreel minta kopi sikit ya? hauslah" kata Nazhreel sambil menunjukkan secawan kopi yang berada ditangannya.

"Oh, Nazhreel rupanya, ambil lah, tu Adrienne punya" dengan malas Ratna menjawab, mengantuk!

Cawan yang berada di dalam almari digapai, dengan matanya masih mamai, tanpa sengaja kepalanya terhantuk pintu almari dan cawan kaca yang berada ditangannya terjatuh ke lantai.

Bunyi pecahan kaca memenuhi ruang dapur. Ratna cuba tunduk untuk mengutip kaca yang pecah, namun dihalang dengan tangan kasar Nazhreel yang menggenggam kemas lengannya.

"kaca tu tajam, jangan sentuh. Biar Nazhreel yang kutip. Nana pergi ambil kotak" katanya lembut sambil perlahan-lahan mengutip serpihan kaca yang berterabur di lantai. Mata Ratna yang tadi kuyu mengantuk, terus menjadi segar-bugar.

----

Di dapur, Nazhreel meneguk air liurnya sendiri, melihat serpihan kaca yang kini berada di hadapannya.

Ketar-ketar tangannya menggapai satu persatu kaca itu. Nafasnya mula turun naik, pandangannya mula menggelap, bibit-bibit kenangan silam mula mengelilingi dirinya.

Resah mula menghasut.

'genggam kaca itu!'

Tanpa disedari, tangannya menggenggam bilahan kaca yang ada, rasa sakit diabaikan. Menitik-nitik darah yang ada pada telapak tangannya. Suara Adrienne mengejutkannya dari lamunan

"Raden! kenapa berdarah-darah ni?!"

Wajah Adrienne jelas menunjukkan reaksi cemas dipandang dengan penuh ketakutan.

"Ak-aku tak sengaja Adrienne!"

Belum sempat Nazhreel menyambung kata-katanya Adrienne memeluk sahabatnya yang mula menitiskan air mata.

"Aku ada dengan kau, biar aku kemas kaca-kaca ni, kau jangan buat apa-apa"

Pelukan dileraikan, wajah Nazhreel ditatap lembut. Serpihan kaca yang dipenuhi dengan cecair merah milik Nazhreel, perlahan-lahan dikutip dan dimasukkan ke dalam kotak.

Nazhreel merenung telapak tangannya yang penuh dengan luka. Dalam leka dia termenung, perlahan-lahan Ratna menggapai tangan kasarnya dan merawat lukanya dan menyapu ubat.

"Nasib baik luka tak dalam, kalau tak kena jahit ni" kata Ratna yang entah dari mana datang.

Tangannya menggapai pembalut yang sedia ada didalam peti kecemasan dan membalut tangan Nazhreel yang baru sahaja selesai disapu ubat.

Nazhreel merenung wajah Ratna dengan lembut, terasa kehangatan diantara mereka. Air mata yang deras mengalir dari tadi dikesat perlahan, tak mahu gadis di hadapannya itu fikir bahawa dia lemah. Tangan Ratna yang lembut mula bermain dengan jarinya. Sedikit demi sedikit balutan mula mengelilingi jari-jemarinya.

"Nana dah baca novel yang Areel belanja kelmarin?"

Nazhreel cuba mengajak bicara, tak mahu dirinya terlalu fokus dengan luka yang mula rasa perit.

"Novel? Oh belum lagi, tunggu-" belum sempat Ratna menyambung katanya, Adrienne mencelah.

"Tunggu aku habis baca, aku pun minat Nrayd juga tau" ujarnya sambil mengenyitkan mata.

Nazhreel hanya mampu berdecit, potong stim la Adrienne ni.

"Aku nak pergi buang kaca ni sekejap dekat luar tau, jangan buat maksiat!" usik Adrienne.

Lebihan pembalut yang berada di atas meja sengaja dibaling kearah Adrienne.

"Kau memang shibal, berambus sana. Shuh-shuh" Nazhreel menghalau Adrienne dari terus menganggu saat-saat indah ini.

Adrienne tergelak kecil sambil berlari anak.

"Tangan berbalut ada hati nak baling barang dekat orang" usiknya lagi.

Cepat-cepat kakinya melangkah kearah pintu dapur, sebelum dia kena baling dengan barang yang entah apa-apa, baik dia berambus.

"Thanks, pandai Ratna balut, kemas" kata Nazhreel sambil membelek tangannya sendiri.

"Areel nangis ke? Mata merah, hidung pun dah merah tu, Areel okay?"

Ratna menyoal lelaki yang berada dihadapannya, sudah tidak kekok seperti sebelum ini.

"im fine, penat kerja, biasalah. Haha!" balasnya sambil menyelitkan gelak dihujung ayat.

Walaupun dalam hati ingin menjerit, ingin orang mendengarkan rintihannya.

Tiba-tiba telefonnya berdering, mereka sama-sama terkejut.

"Siapa telefon? Awek eh? kalau macam tu, Nana taknak kacau la. Ratna masuk bilik dulu" ujar Ratna sambil menggosok matanya.

Hati Ratna perlahan-lahan retak, sakit hati dengan tanggapannya sendiri.

"eh bukanlah, ni kawan yang telefon. Sekejap ya? Areel nak angkat call ni" ucapnya. Ratna sudah menopak dagu, mula mengantuk tapi teringin nak berbual dengan lelaki yang berada di hadapannya.

Tiba-tiba Nazhreel berbual dalam bahasa asing, gadis itu mula kehairanan. 'bahasa apa yang dia cakap ni?' bisiknya. Malas dia nak berlama di dapur, baik dia masuk bilik dari menahan mata.

Ratna mula berdiri dan merenggangkan badannya yang terasa sengal. Belum tua lagi dah sakit satu badan, dah tua nanti macam mana lah agaknya ya?

-xhiphs

----------------

k byee (841 words)

edit ( 798 words ) 4/1/24

Chenta Ratna | On GoingOnde histórias criam vida. Descubra agora