Karya XI (1-belas)

45 7 2
                                    

   "Have a seat" dengan lembut Nazhreel berkata sambil membukakan pintu keretanya untuk Ratna.

"Um.. thanks"

Jambangan bunga mawar masih lagi digenggam.

Sayang, Ratna terlalu sayang dengan bunga yang merupakan bunga kegemaran ibunya.

Ini adalah kali pertama dia diberikan sejambak bunga oleh seorang lelaki. Bunga yang dia tahu diberikan dengan penuh ikhlas.

Pintu dibahagian pemandu dibuka, lelaki yang dia membesar dan bermain bersama, Nazhreel. Dia mula melabuhkan punggungnya ke kerusi kereta yang berlapik kulit.

"Ratna lapar tak? ke nak pergi kafe Adrienne terus?" Soalnya.

"Kita pergi kafe terus lah, kesian dekat abang jaga baby tu dengan Syafieq je. Makhluk eksotik tu mana reti jaga budak"

Nazhreel hanya tergelak kecil. Enjin dihidupkan dan mereka terus berlalu dari tempat parkir kereta.

Mereka diam, tidak bunyi walau sedikit suara. Hanya bunyi radio yang menemani.

'Dan sekarang kita sudah masuk ke segmen Apa Kata Cinta'
DJ di radio mula menjalankan tugas.

'Pada hari ini saya akan memetik kata-kata mutiara dari buku Chenta Untuk Dia, karya Nrayd. Penulis terkenal yang tengah hot dikalangan anak muda, dengar cerita orangnya handsome segak kacak bergaya'

Nazhreel menguntumkan senyuman kecil, tangannya yang lebar mula menggapai penguat suara radio. Dipusing sedikit demi sedikit.

Ratna mula teruja apabila nama penulis yang menjadi pujaan hatinya disebut-sebut. Matanya mula bersinar, tak sabar dia nak mendengar kata-kata mutiara yang ditulis oleh Nrayd.

"Nazhreel kuat lagi, kuat lagi!" teruja Ratna berkata.

'Pandangan matanya membuatkan aku terpaku,
suaranya yang kecil mencairkan hatiku,
senyumannya yang manis membuatkan aku terduduk,
rayuan darinya membuat aku terpujuk

Suaranya jelas bermain dimataku,
terbayang wajahnya dikala rindu,
api cinta semarak di dada,
adakah ini yang dinamakan cinta?

Tangan menggapai pena,
ketagih menulis rasa cinta padanya,
jika itu yang terbaik untuk melepaskan rindu,
aku rela menulis seribu'

Ratna mula menjerit kecil, begitulah reaksinya setiap kali mendengar atau membaca puisi yang ditulis oleh Nrayd. Adrienne dan mama memang sudah faham perangainya dari dulu.

Nazhreel hanya tergelak, bukan main lagi suka Si Ratna dengar puisi ni.

"Amboi, sampai terjerit-jerit. Suka sangat dengan Nrayd ni"

"Mestilah, Nazhreel tahu tak, salah-satu buku dia ada nama Ratna tau, tajuk dia 'Sayang untuk Ratna'. Mana taknya Ratna blushing?" katanya sambil menutup wajah dengan tangannya sendiri.

"Eleh. Areel rasa, Areel lagi handsome dari dia. Dia tu setakat buat duit dari menulis, Areel pun boleh buat"

"Ha kalau macam tu, buat lah. Nak menulis ni payah tau! Nak kena cari idea, susun idea, cari masa yang kosong nak menulis. Penat tau?"

Nazhreel hanya tersenyum senget. Banyak juga Ratna tahu selok belok penulisan. Dia teruskan pemanduannya ke arah kafe milik Adrienne.

"Yang ini lah kafe Adrienne kan?" soal Nazhreel mahukan kepastian.

Kali terakhir dia pergi ke sini sehari sebelum dia pergi Russia. Dari dulu sampai sekarang, rupanya tidak berubah. Cantik macam dahulu.

"Hm, betul la ni. Ada nama dia dekat signboard"

Terpampang besar papan tanda yang bernama Dyers Cafe dihadapan wajah mereka.

"Okey, jom turun! Dah sampai!" Jambangan bunga mawar masih lagi didalam genggaman.

"Bunga tu tak nak letak dalam kereta ke? nak bawa je? tak lenguh tangan nanti?" soal Nazhreel.

Ratna hanya menggeleng, dia tak mahu bunga kesayangannya layu dek bahang di dalam kereta.

"Kalau macam tu, biar Areel bawa. Berat bunga tu, pegang lama-lama lenguh nanti"

Sejambak bunga ros di tangan Ratna digapai lembut. Dia lelaki yang gentleman, itu yang seharusnya dia lakukan!

Kereta GTR R35-nya sudah dikunci. Nazhreel membiarkan Ratna berjalan dahulu, dia mahu memastikan semua barang pentingnya berada dipoket. Termasuk pelekat kucing dan buku warna merah jambu yang diberikan oleh Ratna.

Loceng berbunyi. Pintu kaca yang besar itu selamba Ratna tolak. Pandangannya mencari-cari kelibat Syafieq dan Adrienne. Tapi matanya tertuju kepada Erdiff yang mengelap meja.

"Hai bestie! Mana abang dengan Syafieq?"
tegur Ratna

"Eh, Hey slay girl! ada tu, Adrienne dekat dapur rasanya. Syafieq tengah jaga counter. Pergi lah jenguk Adrienne dekat dapur, dia tengah main cak cak dengan Danile"

"Danile? siapa Danile?" Ratna bingung.

"Anak dia la, Takkan lah awak tak tahu? Awak sebumbung dengan dia kan?" selesai dia mengelap meja, Erdiff mula bercekak pinggang.

Nazhreel yang berada dibelakang Ratna mula menjungkit kening. Anak? Apa maksud Erdiff dengan 'anak dia'?

Tak membuang masa, mereka berdua melihat sesama mereka sendiri dan terus meluru ke arah dapur. Teguran Syafieq dihiraukan.

Pak!

Bunyi pintu dibuka secara paksa.

"Woi! Patah pintu aku kau berdua ganti eh, aku tempah pintu ni mahal tau!" berang Adrienne sambil memeluk Danile kedakapannya.

"Adrienne we need an explaination from you" Kata Nazhreel.

Sekali imbas, wajah Danile dan Adrienne seiras. Sangat seiras! Dibahagian mata Danile kedua-duanya mempunyai warna yang sama seperti Ratna. Biru muda dibahagian kanan, Coklat gelap dibahagian kiri.

"Okay-okay, chill. Duduk dulu biar aku terangkan satu-satu"

------------------

-xhiphs 793 words

Chenta Ratna | On GoingWhere stories live. Discover now