Karya XIX (7-belas)

19 1 0
                                    

Tingkap yang terbuka membiarkan angin luar masuk, serta merta mengusap wajah Ratna. Wajahnya jelas kelihatan keliru. Bahunya ditepuk perlahan, tangan besar milik Adrienne masih lagi melekat dibahunya.

"Termenung kenapa? Ayam goreng yang aku tinggalkan untuk kau, kau tak usik pun lagi." Lembut suara Adrienne masuk ke telinganya.

"Aku ada banyak soalan nak tanya kau, Adrienne" Kata-kata dingin Ratna jelas meniupkan angin yang tidak senang.

"Tanyalah, seribu soalan aku sanggup jawab" Tangannya mula memeluk dirinya sendiri. Dia tahu Ratna keliru dengan keadaan yang terjadi saat ini. Jadi dia perlu menjelaskan semuanya kepada Ratna.

"Kenapa.. Nazhreel macam tu?"

"Maksud kau?" Adrienne pura-pura tidak mengerti, dia mahu soalan yang penuh. Kakinya bergerak setapak demi setapak menuju ke arah adiknya.

"Maksud aku, kenapa dia macam.."

"Tak betul?" Suara Nazhreel mencelah. Kulit wajahnya sedikit pucat, segaris senyuman langsung tidak ditayangkan seakan langit jatuh menimpa dirinya.

"Bukan tu maksud Ratna, Nazhreel.." Ratna tertunduk sedikit, dia risau andai Nazhreel terasa dengan kata-katanya.

"Habistu?" Dingin.

"Maksu- maksud Ratna, kenapa Nazhreel macam tu? Nazhreel sak- sakit apa?" Mulut Ratna gagap menuturkan bicara.

Mata Nazhreel tajam memandang kearah mereka berdua. Itulah bahagian dirinya yang dia tidak seharusnya tunjukkan kepada Ratna.

Nafasnya dihela panjang, dia tidak sepatutnya berasa marah kepada benda kecil seperti ini.

"Nazh tak sakitlah, Nazh sihat je." Wajahnya berpaling dari kedua beradik itu. Jelas dia menunjukkan satu pembohongan terhadap dirinya.

Tangannya menggapai kunci kereta miliknya yang berada di atas meja. Wajahnya masih lagi berkerut, nafasnya menghembus laju.

"Eh, Nazhreel. Nak pergi kemana? Meh la makan dulu, Pak Amad ada beli Apam Balik ni." Ujar Pak Amad yang baru balik dari kampungnya.

Dihujung jarinya ada sebungkus plastik berisi Apam balik yang masih hangat.

"Tak apa lah Pak Amad. Saya nak balik bagi kucing-kucing saya makan, diorang tak makan lagi"

Dengan wajahnya yang ketat, dia masuk ke dalam kereta kesayangannya dan menghidupkan enjin seperti biasa. Tanpa berkata apa-apa, dia keluar dari perkarangan rumah.

"Nazhreel kenapa macam badmood? Period ke?" Pak Amat menanyakan soalan.

"Senggugut tu, dah jom la Pak Amat. Dia taknak makan, biar saya je makan Apam Balik ni" Jawab Adrienne selamba

"Ha bagusla, kebetulan Pak Amat ada beli
banyak. Boleh buat santapan petang"

"Alang-alang saya kenalkan Pak Amat dengan ahli keluarga baru ya?"

Wajah Pak Amat bertukar mengkerut. Dia tidak faham, apa maksud tuannya itu?

"Maksud Adrienne?"

"Pak Amat masuk dulu, nanti kita berkenalan dengan dia ok?"

    Nafasnya dihela panjang, pintu rumahnya yang bermangga, dibuka dengan kunci.

"Assalamu 'alaina wa 'ala 'ibadillah al-Solihin." Nazhreel memberikan salam. Bunyi loceng yang  ada dileher kucing hitamnya mula masuk ke telinga. Cik berbulus hitam mula berlari ke arahnya, diikuti juga dengan tiga lagi anak-anak kucing.

"Assalamualaikum sayang, baba dah balik!" Dengan senyuman, tangannya didepakan untuk memeluk kucing-kucingnya. Lututnya dilipat agar memudahkan dia untuk menyentuh kucing-kucingnya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 10 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Chenta Ratna | On GoingWhere stories live. Discover now