Karya XVI (6-belas)

31 1 0
                                    

"My babyboo, jom makan! Ayam dah sampai ni!" Adrienne jerit dari tingkat bawah memanggil adik kesayangan.

Tiada jawapan.

Lelaki lingkungan akhir 20-an itu mula hairan. Takkan adiknya tertidur pula? Lagi satu, mana Nazhreel? Takkanlah dia pun tidur  sekali?

Laju Adrienne berlari menuju bilik adiknya. Jangan cakap yang-

"FBI open up!"

Pintu bilik Ratna yang tidak berkunci ditendang. Novel-novel milik Ratna bersepah diatas lantai.

"Kau dah kenapa, bodoh?" Tanpa sengaja Nazhreel tercarut. Sempat dia mengusap dadanya sendiri dek kerana terkejut.

"Entah. kau dah kenapa? Teringin nak jadi fbi?" Sambung Ratna.

Melihat novel-novel yang berselerakkan di lantai membuatkan Adrienne hairan. Soalan Ratna dibiarkan berterbangan. Tak dijawab.

"Kenapa bersepah sangat ni? Kau nak jual ke buku-buku ni semua?"

Kakinya terinjut-injut mencari lantai untuk menapakkan kaki. Terlalu banyak novel, sampai nak jalan pun susah.

"Taklah, Nazhreel kata nak tengok. Aku turunkanlah semua novel Nrayd yang ada bagi dia tengok." lembut Ratna berkata.

Kening Adrienne terangkat sedikit. Bukan dia tak tahu perangai Nazhreel ni, sejenis sentuh buku setahun sekali. Jadi dia hairan, sejak bila Nazhreel minat dengan buku?

"Ha lantak kau lah, aku nak makan. Pintu ni jangan tutup, buka je"

Adrienne menapak kakinya keluar bilik, dibiarkan pintu bilik terbuka luas. Biarlah dua ekor burung merpati bermain cinta. Kalau hati dah terikat, tiada apa yang boleh pisahkan mereka.

"Ratna" Nazhreel memanggilnya.

Wajah Ratna memaling ke arah lelaki yang ada dihadapannya. Mata bulatnya menatap lembut wajah maskulin milik Nazhreel.

"What do you think about Nrayd?" Suara garau Nazhreel lembut masuk ke dalam telinga ratna.

Mata Ratna tetap merenung mata milik lelaki itu.

"Ratna suka cara dia menulis. Lembut, dan tenang."

Disaat mata mereka bersatu, degupan jatung mereka berdua makin lama makin laju. Air liur diteguk perlahan menahan nafsu.

"Kalau Ratna dapat jumpa dia depan-depan. Apa yang Ratna nak cakap dengan dia?" Nazhreel menyoal lagi.

Mendengar soalan itu, Ratna berfikir sejenak. Jari runcingnya terletak kemas merentasi dagu dan bibir.

"Mungkin Ratna akan pengsan dulu, baru bercakap dengan dia, Haha!" Gelak kecil menghiasi kata-katanya disaat akhir. Lagipun apa yang dikatakan itu ada betulnya. Kalau dah jumpa idola kesayangan, mesti dia akan pengsan dulu.

Nazhreel masih lagi menatap wajah Ratna, tak berkedip tak bernafas. Melihat gadis yang berada dihadapannya membuatkan dia terpaku tak mampu bergerak. Mata heterochromia milik Ratna seakan menguncinya tak dibenarkan untuk dia beralih pergi kemana-mana.

Dia bukannya mahu melihat koleksi novel karya Nrayd yang bersepah dihadapannya. Dia tidak peduli dengan semua itu. Dia hanya mahu melihat Ratna.

Jujur, Nazhreel menyimpan perasaan cinta yang kuat untuk gadis itu. Dia suka segalanya tentang Ratna.

Mata Heterochromia Ratna yang menawan,

Wajah Ratna yang jelita,

Suara Ratna yang lembut,

Tingkah laku Ratna yang comel,

Chenta Ratna | On GoingWhere stories live. Discover now