Karya IX (Sembilan)

41 11 6
                                    

Hujung baju milik Nazhreel ditarik, jari Ratna menunjukkan kearah sebuah kedai bunga yang berada berhampiran.

"Nak belikan bunga untuk mama" ucapnya perlahan.

"Boleh, jom kita pergi sana" ujar lelaki itu.

Terkedek-kedek Ratna berjalan menuju ke kedai bunga. Dengan baju blouse putih dan shawl hitamnya, dari jauh nampak tak ubah seperti penguin.

Nazhreel hanya tersenyum melihat tingkah gadis itu. Pelekat berbentuk kucing yang berada di tangannya dari tadi tak pernah dilepaskan. Sesekali hatinya berbunga-bunga apabila terkenangkan situasi tadi. Wajahnya mula merah dan dirinya terasa ingin menjerit. Malu!

"Nazhreel cepat lah! Kenapa tercegat dekat situ lagi?" jerit Ratna yang sudah jauh dihadapan. Hairan juga dia dengan lelaki itu. Lepas dari keluar kedai tadi, wajahnya tidak berhenti merah.

'sakit ke dia ni? Dari tadi muka dia merah je. Takkan lah demam?' bisik hatinya risau.

Pantas dia berlari kearah Nazhreel yang masih lagi dalam dilemma cintanya. "cepat la jom kita pergi kedai bunga tu, nanti tak sempat" marah Ratna sambil berpeluk tubuh.

Wajahnya mula berkerut. Orang nak cepat dia boleh tersengih-sengih pula, Nasib baik handsome! Nazhreel hanya tersenyum. "Okey-okey, kita pergi kedai tu jom" balasnya.

Sesampai mereka di kedai bunga, pasangan itu mula teruja. Baik Nazhreel atau Ratna, kedua-duanya rambang mata melihat pelbagai jenis bunga yang ada.

"Fulamak! Banyak gila bunga! Aunty mesti suka ni kalau dia ada dekat sini"

"tula kan? Rugi mama tak ikut kita tadi"

Sementara mereka berjalan memperhati setiap pelosok kedai bunga itu, seorang gadis muda menghampiri mereka.

"Selamat datang! Akak dengan abang ni nak cari bunga ya?"

Ratna mula mempamerkan satu garisan kepadanya, dia mula menjawab "Ya, saya cari bunga untuk mama saya. Bunga ros ada tak?" soalnya.

"Ada, Akak ikut saya sekejap, saya nak tunjukkan jenis-jenis ros yang kami ada" ramah gadis itu berkata.

Choo Choo!

Mata Nazhreel mula tertumpu pada kereta api yang membunyikan loceng diluar. Matanya mula bersinar.  Kakinya mula bergerak kearah pemandu kereta api itu.

"bang, orang dewasa boleh naik ke? Berapa kalau sekali naik?" soalnya dengan teruja. Nampak kereta api terus lupa Ratna yang berada di dalam kedai.

"Boleh je, tak ada masalah. Seorang lima ringgit je bang. Abang nak naik ke?"

Dengan muka yang tak malu, Nazhreel mula mengangguk. Teruja bila tawaran untuk naik kereta api kecil yang ada di depan matanya sekarang. "okey cun! Tapi lambat sikit lah, tunggu ramai orang, nanti saya bawa abang pusing-pusing dengan awek abang sekali"

Apabila perkaatan awek itu dilontarkan, muka Nazhreel mula berkerut hairan. Aik? "eh saya tak ada awek bang"

"eleh, habis yang dalam kedai tu siapa? Dari tadi saya pusing-pusing dekat sini abang berkepit dengan awek tu je. Mengaku jela tu awek abang kan?" usik pemandu kereta api itu. Telefon Nazhreel tiba-tiba berdering.


[ Adrienne gay ]


"saya angkat telefon kejap eh bang, kejap lagi saya datang balik" kata Nazhreel.

Pemandu itu hanya mampu tersengih.

"hello Qhalisy, ha, apa kau nak?"

'amboi garangnya orang tua ni. Weyh, aku dengan Syafieq jumpa baby kena buang depan kafe. Sini lah datang kedai aku kejap' kata Adrienne yang berada di dalam talian

"eh kau, biar betul? Anak siapa pula tu?" jelas reaksi Nazhreel terkejut.

'oh tu anak jamal, bapak dia saje-saje je letak budak ni depan kafe aku. Soalan kau ni kan, sama taraf bodoh dengan Syafieq. Mana lah aku tahu'

Nazhreel mula merengus kasar, sudah la panggil dia orang tua, membodohkan orang pula. Kuajaq!

'tapi kan, budak ni special sikit. Mata dia heterochromia. Sama warna dengan Ratna pula tu. Terkejut aku bila tengok mata budak ni'

Tangisan bayi mendayu-dayu masuk ke talian mereka.

'eh budak ni nangis pula, alamak.. macam mana ni Raden? Aku tak reti jaga budak'

"ala kau dodoikan jela dia. Lepastu bagi susu, susu paket tu kau bancuh la. Mungkin dia lapar. Dah la bye!" Nazhreel terus tutup panggilan. Malas mahu masuk campur.

———

"Lamanya Ratna beli bunga, dah siap ke belum tu?" keluh Nazhreel sambil mengusap wajahnya sendiri. Ini lah yang jadi bila perempuan masuk kedai, pilih bunga pun berjam-jam!

"belum, nak bagi bunga dekat mama kena perfect!"

Nazhreel sudah tepu. Dia bercadang untuk menaiki kereta api kecil di dalam mall itu bersama Ratna, tapi tak sangka pula Ratna pilih bunga sampai dua puluh minit!

Kakinya bergerak mengelilingi setiap sudut kedai bunga, sesekali tangannya mengelus bunga-bunga plastik yang tersusun rapi.

"cari bunga ke bang?"

Suara seorang lelaki lembut. Dengan kaku Nazhreel memusingkan badan, gigil-gigil tangannya apabila terdengarnya.

"ha? Ha.. ya.. s-saya saya cari bunga" gagap-gagap dia berbicara.

"abang nak bunga apa? Kita ada bunga ros, bunga melur, bunga orkid, bunga-bunga cinta saya pada abang pun ada" sempat lelaki lembut itu mengenyitkan mata.

Ini yang Nazhreel tidak gemar. Bila balik Malaysia, mesti dia diganggu oleh golongan-golongan belok ni. Entah apa yang difikirkan didalam benak otak mereka sehingga mahu berhubungan sejenis. Tak takut kena sula ke?

"saya..saya.. na..nak bunga r..ros"

"berapa abang nak?"

"ambik jela berapa pun"

Nazhreel sudah mula tidak selesa. Lantak lah berapa pun, janji lepas daripada lelaki yang cuba menguratnya. Ngeri!

Sekali lagi lelaki lembut itu mengenyitkan mata ke arahnya, naik semua bulu roma Nazhreel. Dia dah tak fikir apa, janji lepas dari sini. "nah abang, dua ratus lima puluh je" sejambak bunga ros diberikan kepada Nazhreel.

"tapi sebab abang ni comel sangat, saya bagi offer lima puluh persen, jadi seratus dua puluh lima je"

Tak cakap banyak, seratus lima puluh dikeluarkan dari dompet hitamnya dan dihulurkan kepada lelaki itu. "keep the change" bergegas Nazhreel mencari Ratna, mahu menjauh dari lelaki itu.

"Nazhreel! jom kita naik train tu!" rupanya Ratna sudah berada diluar. Redha jela. "Ratna nak naik train tu? Boleh, lepastu kita balik ya?" lembut Nazhreel berkata-kata. Terus terlupa dengan lelaki lembut yang menganggunya tadi. Kalau lama-lama dekat situ, dia boleh jadi gila.

"bang, untuk dua orang ya?"

Pemandu kereta api tadi mengangguk. Sempat lagi diseretkan satu senyuman. Mereka berdua terus masuk ke dalam kereta api kecil itu. Nasib baik ada dua kerusi. Jadi tak perlu lah duduk bersebelahan.

Ratna perasan akan sejambak bunga ros yang dipegang Nazhreel. "amboi, besarnya bunga. Untuk mama juga ke?"

"Tak lah, ni untuk Ratna. Nah, ambiklah" selamba jejaka itu berkata sambil menghulurkan bunga itu kepadanya.

Nazhreel pernah terfikir untuk memberikan gadis itu hadiah. Tapi tak sangka pula secepat ini. Ada hikmah juga Nazhreel kena ganggu dengan lelaki lembut tadi.

Ratna mula kaku, "Areel ni suka tau bergurau" Ratna masih tak percaya. "eh apa pula, mana ada bergurau, ni memang untuk Ratna" kata Nazhreel. Niatnya memang nak memberi gadis itu bunga. Love language katanya.

"er.. te-terima kasih.." gugup. Keadaan mereka saat ini sangat canggung. Secanggung-canggungnya! Kalau boleh canggung kuasa sepuluh!

"lepas ni kita balik eh? Adrienne kata ada budak kena buang depan kafé" selamba Nazhreel berkata.

"apa?!"

--------

Chenta Ratna | On GoingWhere stories live. Discover now