Karya XII (2-Belas)

31 5 0
                                    


    "Sebenarnya, aku plan nak ambil budak ni jadi anak angkat" kata Adrienne perlahan.

Mata Nazhreel dan Ratna terbeliak besar. Biar betul Adrienne ni?

"Kau jangan main gila la, kau baru jumpa budak ni tak sampai setengah hari tau. Fikir masak-masak la" berkerut-kerut wajah Ratna membebel.

Dah kalau abangnya sendiri buat keputusan yang terburu-buru, tak ke kalut semua orang dibuatnya?

"Ya, Aku dah fikir masak-masak. Lagipun, aku mampu. Harta papa pun bertimbun tak habis tujuh keturunan" balas Adrienne selamba.

Mentang-mentang anak dato', Suka hati dia je nak kikis harta bapak sendiri.

Ratna sudah menggelengkan kepala. Adrienne ni kalau dia cakap A, memang A la kita kena ikut. Lelaki keras kepala!

"Memanglah kau mampu, tapi masalahnya kau pun sendiri rokok sekotak sehari. Kalau apa-apa jadi dekat budak tu, kau sanggup ke?" Nazhreel mencelah.

Adrienne sudah terdiam. Tak terkata apabila dia dibidas oleh mereka berdua.

"Sudah, bak sini budak tu. Kau pergi settle-kan hal customer dulu. Kesian dekat Syafieq dengan Erdiff layan customer dari tadi, tak menyempat nak berehat."

Sekali lagi Nazhreel bersuara. Baby Danile yang berada di dakapan Adrienne diambil alih oleh Nazhreel sendiri. Bunga ros yang tadi dipegang olehnya diserahkan kepada Adrienne.

Lelaki itu hanya merenung wajah lembut bayi yang ada dipelukannya. Terasa kasih sayang antara mereka berdua walaupun dia hanyalah orang luar.

Adrienne berjalan keluar dari dapur dan menuju ke kaunter. Tangannya mula bergerak lincah menyiapkan pesan dari pelanggan. Mentang-mentang hujung minggu, bukan main lagi pesanan masuk tak henti-henti dari tadi.

"Ratna, sini sekejap!" Jerit Adrienne.

Adrienne tidak peduli pelanggan memandang kearahnya. Ini kafe dia, suka hati dia la.
Bunyi tapak kasut tumit tinggi menuju ke arahnya.

"Ha, kenapa panggil aku?"

"Bukan tadi kau kata nak keluar dengan Aleesya ke? Kenapa kau ada dengan Areel? Siap dengan bunga ros berjambak-jambak lagi" kata Adrienne sambil bercekak pinggang.

Muka Ratna berkerut, baru dia perasan bunga ros dia hilang dari pandangan mata.

"Eh, ha'ah lah! Mana bunga ros tadi?" Ratna mula gelabah memcari-cari bunga ros-nya.

"Are you trying to change our topic? Answer my question first"

"No, I'm not! Aku dengan Nazhreel jalan sama-sama sebab Aleesya cancel last minute. Lagipun dia yang ajak, sebab dia tak tahu selok-belok jalan dekat sini. Sekarang, mana bunga ros tadi?"

Adrienne hanya menunjukkan riak wajah selamba. Bahunya diangkat dan sambung kerjanya dengan kopi.

"Cepatlah, mana bunga tadi!" Rengek Ratna sambil menarik apron hitam Adrienne.

Jarinya ditunding kearah sebuah meja yang kini menjadi tempat duduk Nazhreel. Dia bersama dengan Baby Danile dan sejambak bunga ros di atas meja.

Ratna mula berjalan menuju ke arah meja itu. Dia tersenyum melihat Nazhreel bermain bersama dengan bayi itu.

"Pandainya Nazhreel main dengan baby tu, pernah jaga budak ke dulu?" Ratna menyoal.

"Ha'ah, dulu masa dekat overseas nak cari duit poket, Nazhreel jadi babysitter dulu"

"Ha! Cakap pasal overseas, Nazhreel dulu pergi sambung belajar dekat mana? Ambik kos apa? Best ke?" Bertubi-tubi soalan yang dilontarkan. Macam biasa emosinya cepat berubah.

Nazhreel tergelak kecil, banyak betul soalan yang ditanya oleh gadis dua mata ni.

"Okay, Nazhreel jawab satu-satu. Dulu Nazhreel sambung belajar dekat Moscow, Russia. Bab kos pula, ambik kos psikologi and not bad la"

Ratna terpegun. Matanya mula membulat besar, menunjukkan minatnya dalam bidang itu.

"Jadi, Nazhreel ni psychologist la? Kenapa tipu Ratna kata Nazhreel kerja kilang je? Sampai hati"

Riak wajahnya mula muram, tak kecewa pun sebenarnya. Cuma acah.

"Eh eh, bukan macam tu. Sebelum ni, Nazhreel memang kerja dekat kilang, tapi dah berhenti sebelum pergi Russia tu" Perlahan-lahan dia cuba menerangkan satu persatu.

"Best ke pergi russia? cuaca sana sejuk tak? mesti banyak awek-awek yang cantik kan?"
Sekali lagi Ratna melontarkan soalan.

"Best gila, babushka dekat sana baik-baik. Selalu bagi Sup Borscht dekat Nazhreel dengan housemate. Kalau awek tu biasa lah, memang banyak yang cantik-cantik"

( babushka/ба́бушка ; nenek tua )

"Eleh, suka la tu. Kenapa tak bawa balik empat? kan qouta Nazhreel cukup nak penuhkan" usik Ratna.

"Memanglah lelaki ni boleh khawin empat, tapi hati ni ada satu je. Lagipun, hati Nazhreel ni dah ada seorang ratu. Takkan lah nak cari lain?" Jujurnya.

"Siapa?"

"Ratna, tolong angkat cawan-cawan ni boleh? tangan aku penuh, dah tak muat nak sumbat" Rintih Syafieq meminta tolong dari Ratna.

Cawan bertimbun-timbun dikedua-dua tangannya, nak tak nak dia terpaksa meminta tolong.

Ratna hanya mengangguk. Pantas dia menggapai cawan yang ada di atas meja.

Nazhreel mengeluh lega. Sempat dia mengusap dadanya sendiri.

'Fuh nasib baik!'

----------

Haii dah lamanya xhiphs tak borak dgn korang, rindu readers kesayangan xhiphs ni. Korang sihat? harini hari khamis so xhiphs ingat nak buat double update. minta maaf ya selalu menyepi. Tangan ni yg malas nak menaip. bye semua have fun reading! muah!

Chenta Ratna | On GoingWhere stories live. Discover now