Karya XIII (3-Belas)

37 7 2
                                    

"Ratna! Ratna!" Nazhreel menjerit memanggil nama Ratna.

"Ratna jangan la merajuk, abang minta maaf! Nanti aku ganti balik patung barbie kau! Jom lah balik, mama dah risaukan kau" Kali ini, giliran Adrienne yang menjerit memanggil nama Ratna.

Awalnya, mereka bertiga bermain bersama di halaman rumah. Tetapi tanpa sengaja, Adrienne terpijak patung barbie kesayangan adiknya sehingga patah terbelah dua. Jadinya Ratna merajuk, membawa diri hilang ke dalam hutan di belakang rumah.

Dramatik betul budak ni.

"Taknak balik! Princess nak duduk sini sampai bila-bila! Biarlah princess kena makan dengan batu belah batu bertangkup! Abang bukan sayang princess pun kan?" Rajuk Ratna memeluk tubuhnya dihadapan sebuah batu besar.

Cari punya cari, rupanya mereka terpisah diantara batu besar tersebut.

"Ala, jom lah balik dik, aku dah penat lah layan perangai kau ni"

"Taknak!"

"Okay fine! kau taknak balik kan? Lantak kau la! Aku nak balik nak makan Cinnamon Rolls yang mama buat! Bye!" Dengan ego, Adrienne berjalan meninggalkan Ratna.

Sejurus selepas Adrienne meninggalkannya, Ratna mula menangis teresak-esak.

"Daddy.. abang tak sayang princess.."

Kaki Nazhreel yang baru sahaja hendak melangkah pergi, terpacak kembali ke tanah. Dia berpusing ke arah Ratna yang masih menangis teresak-esak.

"Daddy.. baliklah.. princess nak peluk daddy.. princess rindu daddy.."

Nazhreel mengintip Ratna dari belakang batu besar tersebut. Terlihat Ratna sedang menangis sambil memeluk patung barbie yang kakinya telah patah. Patung pemberian ayahnya.

"Ratna? Ratna rindu Uncle Henry ke?" kata Nazhreel sambil mencangkung untuk menyamaparaskan kedudukannya dgn gadis yang berada dihadapannya.

Ratna hanya mengangguk kecil, dia mula berpaling dari memandang wajah Nazhreel. Dia taknak Nazhreel tahu dia sedang menangis.

Nazhreel yang ketika itu hanyalah seorang remaja lapan belas tahun, duduk bersebelahan dengan Ratna. Menikmati indahnya pemandangan hutan diwaktu petang.

"Abang Nazhreel pun rindu ayah dengan mak abang. Tapi Abang Nazhreel beruntung, dapat menumpang kasih sayang dengan keluarga Ratna. Dapat kawan dengan Ratna yang cantik macam Cinderella"

Ratna diam membisu.

"Ratna tahu tak, dekat hujung situ ada sungai tau, jom kita main dekat sana!" sambungnya lagi sambil cuba untuk memujuknya.

Gadis itu hanya menurut, kemana dia dibawa pergi, dia ikut.

Perlahan-lahan Nazhreel membawanya berjalan ke arah sungai dihadapan mereka.

"Abang Nazhreel, kaki Ratna sakit" dia mengadu.

"Kaki sakit? Tak apa, meh abang dukung. Panjat belakang abang" Katanya sambil mencangkung memberi ruang untuk Ratna memanjat.

Dengan hati-hati Ratna panjat ke belakang badan Nazhreel dan mereka meneruskan perjalanan.

Setapak demi setapak, mereka sudah sampai ke sungai yang jernih warna airnya.

Mata Ratna mula bersinar, kagum dengan ciptaan Allah SWT. Dia tidak pernah tahu ada sungai yang cantik dibelakang rumahnya.

"Okay Princess, kita dah sampai. Kaki sakit lagi ke?" Dengan penuh prihatin, Nazhreel menyoal.

"Lenguh sikit, mungkin sebab Ratna lari jauh sangat"

"Tak apa, Little girl. Kita duduk dekat batu ni je okay?"

Chenta Ratna | On GoingWhere stories live. Discover now