2

21.5K 632 6
                                    


Sampai sahaja kat site aku terus rasa teramat-amatlah bahang kerana cuaca teramat-amatlah panas. Aku cepat-cepat pakai topi keselamatan. Fuh kurang sedikit panas. Tapi aku rasa ketiak dah berbuih-buih dah ni. Hu hu hu.

Aku ikut aje boss dari belakang. Kalau dia kata nak pen aku beri pen. Nak fail hijau tadi, aku beri fail hijau , nak cop dia, aku beri juga. Pendek kata, beg aku ni memang tempat penyimpanan barang. Dalam beg ni boleh dikatakan semua barang boss. Barang aku cuma beg dompet lapuk aku dan kunci motor skuter aku yang dah lapuk kat tempat parkir pejabat. Nak memiliki telefon bimbit, aku tak mampu. Aku hanya ada telefon rumah je, itupun dah nak kena potong bulan depan kalau aku tak jelaskan bil.

Gaji aku kerja dengan boss memang lumayan, tapi sayangnya, tiap-tiap bulan gaji aku tu aku peruntukkan untuk membayar hutang yang abang aku buat tiap-tiap bulan. Kalau dia buat guna nama dia aku tak kisah, tapi guna nama aku. Dah tiap-tiap bulan lintah darat cari aku. Hampir setahun aku bekerja semata-mata untuk menghabiskan hutang tu. Tapi makin hari makin banyak. Aku dah jadi runsing.

Untuk mengelakkan hutang tu bertambah lagi banyak, aku selalu juga ambil tender jadi tukang jahit manik kat rumah.Cukup masa, hantar kat butik. Lepas tu ambil lagi beberapa baju lagi untuk dijahit maniknya. Adalah dalam 500 sebulan dapat. Ditambah dengan gaji aku, sebulan aku boleh dapat dalam 3000 ringgit. Tapi sayangnya 2500 aku kena bayar along. Jadi duit makan , duit bil dan duit sewa rumah aku kena cari lain. Maksudnya, setiap sabtu dan ahad, aku akan bekerja jadi waitress kat satu hotel ni. Dan impaknya, mata aku dah pun jadi mata panda. Aku nak cari duit lebih sedikit nak beli eye patch. Kata kawan aku benda tu boleh hilangkan lingkaran hitam bawah mata.

"Fif, jom kita ke bahagian utara." Aku mengangguk. Tak larat nak berkata-kata. Tekakku kering semacam.
Aku ikut je boss jalan. Aku yang baru umur baru nak masuk 25 ni dah termengah-mengah, tapi boss steady je rempuh bukit-bukit kecil bertanah merah. Padahal boss dah boleh dikira dalam kategori jubli emas ni tau.

Sampai sahaja kat tapak pembinaan sebelah utara, aku tengok langkah boss semakin laju. Boss, saya dah penat ni. Apa kata boss belanja saya minum sekejap lagi. Nampaknya bercawan-cawan air kopi campur garam aku minum malam ni. Aku tahu kalau siang aku dah kerja sepenat ni , sah-sah aku sampai saja kat rumah kejap lagi aku mesti akan berhibernasi. Jadi langkah untuk mengelakkan dari berhibernasi adalah minum kopi bersama garam yang dikacau bersama kopi hingga sebati. Hu hu hu.

Aku jalan sambil pandang bawah.Langkah aku terhenti bila mata aku menjamah sepasang kaki yang dilitupi dengan kasut kulit hitam. Perlahan-lahan aku pandang atas. Gulp. Aku menelan air liur yang bertakung tiba-tiba. Terik matahari berjaya membakar mukaku. Serentak mukaku berubah merah. Nampak sangat aku yang gatal kat sini. Hu hu hu.

"Sss.. Sorry" Apa kes ni terus jadi gagap?! Aku memarahi diriku sendiri. Dia seolah-olah terkaku. Janganlah kaku macam ni, cakaplah sesuatu. Aku dah tak tentu arah kejap aku pandang kanan, kejap aku pandang kiri, akhir sekali aku cari boss. Hah, tak payah cari, boss memang dah on the way nak ke mari dah pun.

"Hey, lama tak muncul Zrill?" Boss tepuk Adam Haizrill dari belakang. Adam Haizrill terus berpaling melihat ayahnya.

"Ermm, Fif, saya tahu awak dah nak kering dah kat sini. Apa kata awak duduk je kat bawah banggunan sana. Nanti saya. Datang, saya ada hal sedikit nak bincang dengan Mr Haizrill" aku dengan muka terujunya mengangguk. Dalam hati, aku sempat mengucapkan syukur berulang-ulang kali. Pantas saja kakiku melangkah ke tempat redup.

"Fif, jom kita lunch?" Aku dah terlelap terjaga apabila terdengar suara boss. Aku cepat-cepat celikkan mata aku. Aku dapat lihat ada dua batang tubuh dihadapanku. Aku dapat kenal boss yang mana satu sebab boss pendek dan berisi. He he he. Pekerja yang derhaka dianugerahkan kepada Nurafifah Alia Aqilla. Yay!

Protect The Boss (MalayNovel)Where stories live. Discover now