6

15.7K 468 8
                                    


‘Cip, cip, cip’ kedengaran suara burung menyanyi merdu di luar tingkap. Angin menghembus lembut masuk ke dalam bilik melalui tingkap yang berlangsir merah jambu. Ehh? Merah jambu? Bukan langsir aku warna hijau ke? Nanti, akukan tidur atas katil super keras. Kenapa aku terasa macam tidur atas kapas je ni?

Loading punya loading , baru aku teringat semua perkara yang terjadi. Serta merta jantung aku berdebar kencang. Aku terus bangkit dari katil dan menerjah keluar dari bilik. Sebaik sahaja keluar dari bilik , aku tengok semua saudara mara sedang riuh rendah berbual. Tapi sebaik sahaja aku kehadapan sedikit memunculkan diri, semua terdiam memandang aku. Aku dah rasa macam nak makan biskut yang alice makan untuk jadi kecil aje!

Aku tengok mereka berbisik sesama sendiri. Tiba-tiba Hafiz yang ada kat bawah tu naik atas dan terus tarik aku masuk ke dalam bilik. Aku seolah-olah tergamam dan langsung tak melawan. Aku rasa semua ni macam mimpi ngeri sahaja.

“Aku tak nak kahwin dengan kau” Aku mula menunjukkan protes. Hafiz pandang aku dengan wajah yang berseri-seri.

“Hah, bagus. Aku pun tak hingin nak kahwin dengan kau. Jadi, jom clearkan semua benda ni. Papa ada kat bawah. Semua rancang pernikahan ini akan berlangsung malam ni!” Tiba-tiba aku rasa lega pula bila Hafiz cakap macam tu. Mana tahu rancangan dia akan berkesan?

“Ikut aku.” Hafiz terus keluar. Aku ikut dia sambil uraikan semula rambut yang kusut masai ni. Aku dapat rasakan ramai yang memandangku dengan penuh kebencian. Semakin sukar hidup aku lepas ni. Auww.

“Papa. Hafiz tak setuju dengan semua ni.” Hafiz menyerbu bilik ayahnya tanpa adab. Aku kat belakang ni dari tadi sibuk nak minta tangan aku balik.Syok sendiri je pegang-pegang tangan anak orang. Tapi dia bukan nak lepaskan, lagi dia genggam adalah.
Aku mendengus sedikit kuat. Boss yang tengah termenung kat balkoni pusing belakang. Riak wajahnya tenang seperti biasa. Aku pula yang menggelabah tak tentu pasal.
“Lepaslah.” Aku tarik lagi tangan aku. Baru je aku rentap tangan aku, tiba-tiba pintu dirempuh. Aku dengan Hafiz pulak yang terperanjat beruk. Hu hu hu. Aku terkaku tengok Haizrill yang masuk. Ohh, sekian lama aku menunggu kau wahai puteraku , akhirnya datang datang membawa cahaya untukku. Wah, buat pertama kalinya aku mempraktikkan ayat cerita dongeng. He he he.

“Biar Zrill yang kahwin dengan Fif , papa.” Mulutku ternganga luas. Aku menundukkan kepalaku. Aku rasa aku dah tak ada muka nak tengok boss dengan Haizrill. Apa yang dia merepek ni?

” Zrill papa..” Belum sempat boss habis cakap..

“Mama tak setuju! Zrill, kamu tu muda lagi! Mama tak nak kamu jadi pak sanggup! Bukan boleh percaya sangat dengan Hafiz ni, entah berapa banyak perempuan yang dia noda pun mama tak tahu! Dia dengan perempuan ni dah buat hal, biar mereka yang tanggung! Tu perut tu, belum tahu kosong lagi ke dah berisi!” Aku tergamam. Bergenang air mata aku.

Sekuat hati aku merentap tangan aku dari genggaman Hafiz yang juga kelihatan terkejut. Tapi Hafiz langsung tidak memandang ibunya. Dia masih dengan postur dia menghadap boss dari tadi.

“Sarah?! Apa yang awak cakap ni?” Boss menegah. Aku semakin panas duduk kat sini lama-lama!

“Apa? Abang memang nak menangkan dia, konon-konon staf baik. Tu dalam pejabat je, luar pejabat siapa tahu dia menyundal?” Dengan lancarnya makcik yang bernama Sarah ni mengutuk aku.

” Sarah!” Jerkah boss seraya meluru ke arah isterinya dan menaikkan tangan. Aku tergamam dengan tindakan boss. Haizrill terus berdiri depan makcik Sarah. Tamparan yang boss layangkan hampir mengena pipi Haizrill.

“Mama, papa. Don’t fight. Zrill penat . Mama, Zrill tak kisah. Zrill terima dia seadanya mama. Papa, Zrill tahu papa takkan hampakan Zrill kan?” Dada boss berombak. Makcik Sarah keluar dari belakang Haizrill dan terus tatap mata suami dia.

Protect The Boss (MalayNovel)Where stories live. Discover now