26

11.9K 451 21
                                    

"Penat..." Aku merungut seraya terduduk di atas kerusi. Tangan kiriku dah mula memicit kepala yang tiba-tiba terasa pusing.

"Laa. Baru sikit je ni. Kita baru aje dapat baju , kad kahwin , tempat , hurmm yang kita tak dapat sekarang ni cenderahati untuk tetamu , kek , baju untuk pengapit kita nanti. Hurrm , banyak lagilah!" Hafiz menggaru-garu kepalanya sambil menanda keperluan yang sudah ada. Aku mengeluh.

"Tengku Hafifi Hafiz , masih ada 12 hari lagi untuk siapkan ni. Tahu tak kita dah keluar dari lepas zohor tadi sampai dah nak habis maghrib dah ni. Aku penatlah. Baliklah , rehat. Aku ni dahlah bukan kaki jalan . Please . Hujung minggu ni kita habiskan ya? Esok kita dah mula kerja. Eh? Eh? Hujung minggu ni aje okey?" Aku tak berhenti-henti memujuk Hafiz. Kepala dah sakit sangat.

Lama Hafiz merenung aku. Aku dengan tak ada rasa malunya memandang dia. Minta-minta dia boleh bertolak ansur dengan cadangan aku.

" Ye la. Ye la. Memandangkan muka kau pun dah pucat. Jomlah balik. Okey? Kau tak nak makan dulu ke sebelum balik?" Aku cuma menggeleng. Aku hanya ikut dia jalan dari belakang dan sekali lagi dia brek emergency . Oi , oi! Boleh kena sakit jantung aku macam ni. Hu hu hu.

Aku tengok dia berpaling seraya memandang aku yang dah mengurut dada. Ha ha ha! Tangan aku yang dah sejuk beku ni dicapai dan terus menggenggamnya. Okey , aku mengaku . Sekarang ni , memang aku terharu. Ha ha ha! Aku berjalan berdampingan dengan Hafiz sehingga ke tempat parkir.

"Fif , Fif .. Fif..?" Aku nak usik Fif , kasihan pulak . Macam penat sangat aje. Tak larat lagilah tu. Fif ni , nampak aje keras . Tapi dalam bukan main lembut lagi. Ceh.

Satu-satu adengan balas berbalas antara aku dan Fif di butik tadi menjengah fikiranku. Tiba-tiba aje aku tersenyum. Haiih Fif , kenapalah kau tak dengar luahan hati aku yang tulus lagi suci murni ni? Hah? Aku memang tahu kau loading. Masalahnya sekarang , ke-loading -an kau memang dah tak boleh diselamatkan lagi dah. Ha ha ha!

Aii aii , ralat betul dia tak dengar apa yang aku sampaikan hari itu. Tapi bila difikir-fikirkan semula , macam okey aje dia tak dengar. Aku takut nanti dia jadi takut dengan aku bila aku ucapkan ayat-ayat yang boleh buat bulu hidung terangkat.

Haiih! Lama sangat aku mengelamun kat sini. Baik aku bawa Fif naik . Pintu kereta papa aku tutup dengan penuh berhati-hati supaya tidak mengejutkan Fif yang memang dah macam orang kena belasah. Penat sangat kut.

Papa dan mama tersenyum sebaik sahaja terlihat aku masuk ke dalam rumah bersama Fif yang berada dalam kendongan aku. Haih! Malunya. Aku berdehem sekejap sebelum bergegas naik ke tingkat atas. Aku sempat merakam tawa papa yang boleh dikategorikan dalam ketawa spesis sengal. Ha ha ha!

Aku nak biarkan Fif tidur atas sofa , macam tak sampai hati. Tak apa , hari ni kau boleh tidur atas katil. Tidur , tidur . Kejap lagi baru aku join . He he he ! Aku terus bergegas turun ke bawah semula .

Selepas mengangkat beberapa barang aku dan Fif yang masih dalam beg kertas dan plastik , aku terus kunci kereta pacuan empat roda papa ni. Aku melangkah lesu ke dalam rumah. Banyak sangat bercakap , tekak pun jadi kering. Aku terus melencong ke dapur.

Lama aku duduk di dapur. Aku leka mencatat barang-barang keperluan. Aku mengambil masa yang lama untuk memilih makanan yang sesuai.

"Ai , ai! Pening aku lah! Esok bincang dengan mama. Kenapalah idea ni keluar dari kepala aku? Tak pe, tak pe , lepas ni biar semua tahu yang Fif dah berpunya. Yay yay." Aku dah membayangkan betapa kecewanya Amir dengan Kir. He he he. Aku baru aje nak berangan jauh-jauh , aku terdengar orang berdehem. Pantas aku menoleh.

" Hmm. Kau buat apa katt sini." Nyata aku tidak selesa bila Haizrill ada.

"Takkan rumah sendiri aku nak mintak kebenaran dari kau mana aku nak pergi?" Jawab Haizrill sinis.

"Kata dah tak nak balik. Duduk UK lah , ada kondo sendiri bagai." Aku dah mula melancarkan peluru berpandu.

"At least aku makan duit aku sendiri kan? Aku bangga yang aku bukan penghikis harta macam kau." Aku dah baran bila dengar dia cakap macam tu.

"Sebab kau dah buat kesilapan besar . Kau ingat aku tak tahu kenapa kau menjauhkan diri dari keluarga ni? Sebab kaulah penyebab kematian Alia. Zrill , tempoh hari aku tak sempat nak beri amaran kepada kau. Kau dengar apa yang aku nak cakap. Sekali lagi kau sentuh Fif depan aku , aku tak pasti yang kita akan bergelar saudara sedarah lagi." Aku mengangkat jari telunjukku tepat ke muka Haizrill yang kelihatan tenang. Aku pula yang emo semacam.

"Kita memang tak macam saudara sedarah. Apa ada hal." Haizrill menjawab dengan tenang seraya tersenyum sinis. Perlahan dia meneguk air mineral di hadapan aku yang sedang berbahang ni.

"She's not Alia . Dia Fif. Isteri aku. Kalau kau fikir aku akan lepaskan dia. Kau silap Haizrill." Haizrill mengangkat kening.

"Jadi?" Aku hampir sahaja menerkam Haizrill. Tetapi aku masih lagi dapat kawal amarahku.

" Jadi , pandai-pandailah kau didik diri kau jauhi Fif. Faham?!" Aku terus pusing dan berjalan pergi.

"Lepaskan dia. Aku boleh bahagiakan dia. Selayaknya dia untuk aku , dah bukan kau." Aku tergamam. Macam mana seorang adik boleh bercakap macam ni dengan seorang abang?

" Aku cintakan Fif. Kau cintakan Alia. Kau confuse dengan perasaan kau sendiri. Macam yang aku cakap , aku takkan lepaskan dia. Heii , ada aku kisah kau boleh bahagiakan dia? Haizrill , aku minta kau tolong jaga batas-batas kau." Aku langsung tidak memandang wajah Haizrill.

"Aku tahu batas aku. Aku tidak jahil lagi. Aku nak jumpa Fif." Haizrill terus meninggalkan aku. Aku bagaikan tersedar dari mimpi . Terus aku merentap bahu Haizrill.

"Don't you dare Haizrill!" Aku dah mengetap gigi. Bergerak-gerak rahang aku menahan amarah. Haizrill tersenyum sinis sebelum meninggalkan aku. Aku terdiam sendiri sambil melihat Haizrill berjalan ke ruang tamu berjumpa dengan mama dan papa. Aku tak boleh biarkan dia rampas Fif dari aku. Tak mustahil Fif takkan tak suka dengan orang yang seperfect Haizrill.

Hoi . Hoi! Aku betul-betul serabut. Aku mencapai pen dan kertas yang terdampar di atas bar tadi seraya bergegas ke bilik.

Bunyi seseorang mengigau membuat aku tersenyum. Mesti Fif. Desis hatiku. Perlahan aku menutup pintu bilikku.

Aku berbaring di sebelah Fif yang tidur mengiring menghadapku. Comel betul tengok dia tidur. Huish! Tak boleh jadi ni! Tak terkawal! Tak terkawal. Buat niaya anak orang aje. Aku mesti kawal perasaan ni.

Semakin lama, semakin kronik Fif mengigau. Ha ha ha! Siap masuk ketam nak gigit lagi. Terus aku tutup lampu dengan remote control . Perlahan-lahan aku menarik tubuh Fif ke dalam dakapan. Aku tertidur setelah beberapa minit berkeadaan begitu.

Protect The Boss (MalayNovel)Where stories live. Discover now