22

12.1K 452 1
                                    


" Kau macam mana dengan Hafiz..?"Aku dah berhenti depan pintu. Apsal pulak aku jadi topik ni? Terus aku bermastautin di tepi pintu pantri .

"Aku dengan dia? Memang tak ada harapan dah. He he he!"Aku gigit bibir sambil kening sebelah kanan terangkat-angkat secara automatik. Dalam kata lain aku marah. Ha ha ha! Punyalah panjang penerangan kan?

"Maksudnya kau tak tut tut dengan dia lagilah ni?"Pergh , boleh tahan jugak otak si Mia ni. Ha ha ha. Bakal , bakal . Aku menjawab soalan Mia .

" Tengkorak kau. Tak nak aku . Aku sekarang ni dah macam tak boleh lari . Aku rasa macam nak minta cerai. Tapi aku seriklah , kali lepas aku minta cerai dia.."Fif terhenti . Aku dah senyum sampai telinga. Ada hikmah jugak aku tercium dia hari tu. He he he! Oh no! Kenapa aku begitu suka ni? Ini adalah petanda yang buruk. Ha ha ha!

"Dia apa? Cepatlah! Ni mesti dah jadi apa-apa ni.. Heh."Mia cuba korek rahsia lagi.

"Apa yang kamu bincangkan pasal Encik Hafiz ni?!"

"Opocot mak pocong mati!"Geetha melatah. Aku pun dah terkejut macam cipan dah ni. Ha ha ha! Apalah , akak kerani ni buat orang heart attack aje.

"Tak de pape. Mana ada apa-apa ."Mia coverline .

"Ye ke? Macam ada benda aje yang kau orang sorokkan ni."Akak kerani tu macam nak serkap jarang aje.

" Tak delah kak , kita orang puji Encik Hafiz tu tadi. Dahlah kacak , kaya , bergaya kalah kak Gayah . Apa lagi ? Tu ajelah kot. Perangai totally out! Tak boleh jadi laki. Ha ha ha!"Ceh! Baru aku nak kembangkan hidung ni sikit bila dengar Fif puji . Tiba-tiba dia tambah pulak perasa kutuk mengutuk kat belakang pujian tu buat aku rasa macam nak kiss dia lagi. He he he.

"Ha ha ha! Niaya kamu kalau Encik Hafiz dengar."Tak payah lah akak , memang dah dengar dah pun. Kecut hati saya. Ha ha ha! Dah kecut dah ni tau! Fif , kau kena pam balik nanti!

" Haih kak? Siapa beri hadiah tu?"Geetha bertanya.

"Bukan akak yang dapat , ni Fif punya. Ada secret admire beri."Aku terkejut beruk. Fif pun ada orang nak ke?

"Siapa kak? Amir dengan Kir lagi ke?"Fif bertanya. Aku mengangkat kepala. Lagi? Maksudnya dah banyak kalilah ni? Ceh! Ini tak boleh jadi ni! Aku mesti buat sesuatu.

" Ye la , siapa lagi. Nah. Kalau tak nak 'cekelat' tu , moh sedekah kat akak."

"Ambillah kak. Tapi saya nak simpan bunga tu."Fif?! Mana boleh ambil hadiah daripada lelaki yang tidak dikenali? Tidak!

Aku tak sanggup nak dengar lagi. Aku terus berjalan masuk ke dalam bilik aku. Nasib baik Fif tak perasan. Kalau tak masak aku.

*******

Dalam bilik , aku sibuk memikirkan cara apa yang harus aku buat biar semua orang tahu yang Fif tu milik aku. Hurrmm. Apa ya?

"Hafiz , lepas ni kau kena hadiri mesyuarat dekat.."

"Fif! Aku dapat satu idea. Tapi kau jangan marah tau!"Aku terus bangun dan tarik tangan Fif keluar bilik.

"Ehem! Attention ! Me ... and Fif is married. Saya ingin menjemput semua ke majlis resepsi kami nanti. Kad jemputan akan diedarkan secepat mungkin."Seraya aku memandang wajah Fif yang dah kelat tu. He he he.

Tanpa aku jangka Fif dah buka langkah dan terus lipat aku. Arrgh! Aku kena belajar ilmu mempertahankan diri lepas nilah! Kalau tak patah riuk aku nanti kena lipat dengan Fif. Fif dah hilang entah kemana.

"Alaa , dia malulah tu.."Bergema tawa semua staf apabila papa berkata macam tu. Papa yang rupa-rupanya tidak jauh dari meja-meja staf tu sempat tunjuk tanda 'terbaek' kat aku. Ha ha ha! Semua staf terpinga-pinga lagi kecuali Geetha dan Mia yang aku assume memang dia orang dah tahu pasal kami.

Protect The Boss (MalayNovel)Where stories live. Discover now