15

11.1K 466 2
                                    


"Abang Zrill , abang Hafiz!" Semua mata beralih ke empunya suara lunak yang nyaring tu.

"Syaz. Apa Syaz buat kat sini?!" Hafiz bersuara , aku baru nak tolong Haizrill bangun tapi si Hafiz ni tak nak lepaskan tangan aku. Kurang jeruk betullah!

"Syaz datang dengan abang jumpa klien kat Kenny Rogers kat dalam tu hah. Syaz tunggu abang , tak masuk-masuk tu yang Syaz keluar." Aku mengangguk-angguk. Apa masalah Hafiz ni sebenarnya? Daripada tadi tak nak lepaskan tangan aku? Tengok , aku dah terlepas peluang dah nak bangunkan Haizrill , Syazana pula yang tolong dia. Hah! Baru aku perasan yang aku dah ingat nama dia.

"Balik!" Belum sempat aku berkata apa-apa tangan aku dah direntap terlebih dahulu. Apa ni!? main cara kotor?! Aku rentap tangan aku balik. Dia langsung tak nak lepaskan. Last last aku mengalah aje.
Baru aje dia nak memerah minyak , tingkap cermin sebelahku diketuk. Aku terus menoleh. Aku baru aje nak marah Hafiz habis-habisan.

"Apa?" Aku tanya Mia dan Geetha. Dia orang sengih aje.

"Ni hah , beg kau! Tak ada kerja aku nak cari kau hantar beg nanti."
Mia hulur beg tangan tu kat aku .Aku ambil aje. Bolehkan lupa?

"He's in love with you" Bisik Geetha. Merona merah muka aku dibuatnya. Aku terus menjeling Geetha yang dah ketawa terkekeh-kekeh.
Belum sempat aku tutup tingkap Hafiz dah memecut. Terus aku tekan butang automatik untuk menutup tingkap.

"Apa masalah kau sebenarnya? Hah?" Aku tanya Hafiz. Hafiz mendiamkan diri. Langsung tak pandang aku. Tapi , dari sini aku boleh nampak ciri-ciri kelakiannya. Hu hu hu. Angin gatal aku dah datang! Aduh!

"Aku tanya kau kan? Apa masalah kau? Kita bukan pun a lovely couple . Yang kau nak emo-emo apa hal? Haizrill cuma nak tolong aku je kot!" Walaupun angin gatal aku ni tak surut lagi , aku masih tak lupa yang aku tengah bengang dengan mamat buaya antarabangsa ni!

"Puan Nurafifah Alia Aqilla! Kau sedar tak yang kau dah bersuami? Haram hukumnya bersentuhan dengan orang yang bukan muhrim dengan kau?! Tak dapat-dapat lagi ke?Aku tak nak ditarik ke dalam api neraka disebabkan kau!" Hangin aku dengar kenyataan dia.

"Tengku Hafifi Hafiz , kau sedar tak yang kau tu lagi banyak buat maksiat dari aku? Bukan aku rela pun nak berpelukan dengan Haizrill! Tak macam kau! Arak dan perempuan macam aktiviti rutin kau aje!Aku tak nak ditarik sama kalau kau masuk neraka!" Hah! Ambil hang sebiji!

"Orang macam kau apa tahu? Heii! Jangan fikir kau baik sangatlah! Luar aje nampak suci tapi dalam?!" bergenang air mata aku mendengar ayat yang tidak aku inginkan keluar dari mulut suami sendiri. Kenapa aku sedih pulak ni?!

"Hafiz!! Ceraikan aku.." Perlahan aje aku mengucapkan ayat 'ceraikan aku' . Serentak brek ditekan secara mengejut. Aku terdorong ke depan tapi tangan kanannya sempat menghalang aku dari merempuh dashboard . Keretanya dihentikan di bahu jalan.

"Apa kau cakap?" Hafiz memandangku tepat dimata. Aku ingin melawan pandangannya tapi aku tak kuat. Kenapa aku macam ni?

"Ceraikan aku. Aku dah lama nak cakap ni . Aku tak tahan hidup dengan .." belum sempat aku menghabiskan ayatku , aku sudah ditarik ke dalam dakapannya. Serentak bibir kami bertaut . Aku bolehkan terkaku? Adoii! Betul loading. Jantung aku kembali bekerja lebih masa. Semakin sukar untuk bernafas ketika ini!! Argh!
Setelah dia melepaskan aku , dia terus berpaling ke tingkap. Aku dapat tangkap riak wajahnya yang juga terkejut. Nak ikutkan hati aku , memang aku dah lipat dah dia sekarang. Entah kenapa aku bolehkan terkaku aje.

"Turun." Dia bersuara. Aku terkesima , ceh! Ayat novel lagi!

"Turun!!" Dia meninggikan suara. Apa? Ingat aku nak sangat ke naik kereta kau ni? Aku mendengus seraya keluar dari kereta dia yang super mahal tu.

"Aku pun tak hingin nak naik kereta kaulah!" Jeritku. Tiba-tiba sahaja air mataku menitis satu persatu. Cepat-cepat aku lap.
Kenapa aku macam ni? Kenapa aku perlu menangis demi seorang lelaki yang tidak pernah kucintai? Kenapa dia begitu kejam dengan aku? Kenapa dia sanggup tinggalkan aku berseorangan disini? Terlalu banyak soalan yang bermain diminda ku ketika ini.

Protect The Boss (MalayNovel)Where stories live. Discover now