34

11.9K 428 1
                                    

Macam wedding of the year pulak majlis kami ni Hafiz buat. Siap ada press lagi. Aku bersanding esok , hari ni mereka dah serbu aku. Tanya macam mana kami jumpalah. Apalah. Biar aku flashback semula.

" Panggil saya Fif." Aku membetulkan panggilan namaku. Aku tidak suka orang panggil aku Aqilla. He he he.

"Baiklah , Fif boleh kami tahu bila pertama kali kalian bertemu?" Aku dan Hafiz berpandangan. Ha ha ha! Pertama kali bertemu ? Wahh , memang kenangan pahit!

" Pertama kali kami bertemu? Hurrmm. Sebenarnya , kami dulu tak sebulu. Gaduh sana , gaduh sini. Masa pertama kali bertemu dengan dia , saya cari pasal dengan dia. And the result lepas gaduh dengan dia , saya kena karate dengan dia."Hafiz menjawab soalan dari wartawan itu untuk aku. Semua dah tergelak. Ha ha ha! Betul -betul! Siapa suruh buat aku masa tu.

" Jadi macam mana kau orang boleh bercinta?" Aku pula tersenyum. Terus aku letak tanganku di atas peha Hafiz.

"Kami pun tak tahu." Aku dan Hafiz menjawab serentak. Kalau tersilap jawab ni , mati aku. Mana boleh reveal yang aku dan dia terpaksa bernikah sebab kena tangkap basah! Hu hu hu.

" Perasaan tu datang sendiri bila hari-hari jumpa dia. Gaduh dengan dia. Sampailah satu hari saya sendiri yang luahkan perasaan kat dia.." Hafiz membiarkan ayatnya tergantung. Lama dia merenung aku. Aku sudah melarikan anak mata sambil tersenyum. He he he. Jet 'aime .

Lepas tu macam -macam lagi soalan ditembak kat kami. Tapi Hafiz lagi banyak bercakap berbanding aku.

Sesi temu bual tu berakhir selepas Hafiz meminta diri untuk pulang. Dah lama sangat kamu keluar. Tak sangka dah pukul enam dah. Yang paling bestnya , sesi temu bual itu Hafiz akhiri dengan satu brief kiss di pipiku. Arrghh! Malu! He he he.

__________________________________________________________________

"Fif ni putih , kalau pakai inai memang comfirm cantik. Teguk air liur jugaklah kalau si Fiz tu tengok akak rasa." Aku terus memandang Fif yang dah tersipu-sipu. Elleh , malu konon. Ha ha ha!

" Apsal nak teguk air liur pulak?" Aku mengangkat kening sambil bertanya kat Rina. Rina hanya tersengih.

"Nanti kau tahulah malam esok.He he he! Fiz , mari sini aku pakaikan inai ni kat jari manis dengan jari anak kau." Aku hanya menurut. Otakku masih sedang memproses kata-kata Rina. Err, teguk air liur?

Aku merenung jari manisku yang dah bersalut dengan inai. Hurrm , esok nak kena pakai cincin kahwin. Mana pulak aku campak cincin tu ya? Err..

Oh! Dah ingat dah! Kat dalam bilik air! Cincin tu tersarung kat jari manisku buat beberapa jam selepas aku dah selamat bergelar suami kepada orang yang paling loading pernah aku kenal , iaitu Nurafifah Alia Aqilla. He he he!

Memang tidak dinafikan , dulu aku memang benci gila gila dekat Fif. Tapi sekarang? Wahh , aku ni memang orang yang pegang pada prinsip. Tiba-tiba aku jadi serba salah pulak dengan Melinda. Maklumlah , dulu aku tabur janji dengan dia macam tabur gula-gula. Ha ha ha. Boleh pulak macam tu.

" Oleh kerana esok kamu nak bersanding , Fiz aku pinjam bini hang bawak balik rumah aku." Faiza dah tersengih dengan statement Rina. Apa ? Nak pinjam Fif?!

"Mana boleh! Dia hak milik kekal Tengku Hafifi Hafiz seorang aje. Tak boleh tak boleh." Nanti siapa nak jadi bantal peluk aku? Uwaa!

" Elleh , berpisah sehari pun tak boleh ke? Fif , Fif muak tak tengok si Hafiz tu hari -hari?" Mata aku dah bertembung dengan Fif. Sekejap aje , lepas tu dia jeling aku. Hu hu hu. Kejam betul.

" Muak jugaklah. Ha ha ha. Maklumlah , hari-hari tidur dengan baby tua." Bergema villa ni dengan gelak tawa manusia -manusia yang suka bergosip ni. Termasuk papa! Hu hu hu.

" Muak?" Aku menjongket kening.

" Ya , muak. He he he." Aku terus buat muka. Hancur hati abang yang err luhur , suci , comel campur hensem ni! Ha ha ha.

" Elleh , siape baby tua hah? Dahlah subuh tadi..."

"Lalala! Kak , lagu Ungu sedap didengar kan kak? Ha ha ha.!" Aku dah tergelak. Elleh , nak coverline lah tu. Yana menggeleng aje . He he he. Kita orang memang macam ni , dah tak boleh nak rawat lagi dah.

" Dah , dah . Fiz , malam ni Fif tidur dengan kami kat rumah aku. Kau tu kena pantang . Mana tahu kau tak tahan tengok Fif malam ni ke? Hilang seri orang tu nanti." Rina dah mengemas inai-inai kat lantai. Buat malu aku je Rina ni tau! Heii , aku kan pencinta wanita , setakat menahan perasaan ni small matter lah. Tak de masalah punya.

Okey , mengaku , kadang-kadang geram jugak tengok Fif . He he he!

"Alah , Rin.. alah! Takkan jadik punya. Alaaa!" Semua dah tergelak. Fif dari tadi menunduk. He he he! Malulah tu.

" Ye la , ye la . Pergilah abang izinkan." Ujarku dalam nada rajuk. Wargh! Sedih! Hu hu hu.

" Yay yay! Fif jadik bantal peluk kami." Aku dah mencebik.

"Nanti abang call Fif." Lama Fif merenung aku. Aku pun kebetulan tak ada benda untuk direnung , jadi aku pun berbalas renungan dengan dia . Ha ha ha! Boleh pulak macam tu ?

Ketika Fif melambai ke arahku sebelum pergi , aku sempat melihat balutan di tangan dia. Tempoh hari mama ada tanya pasal balutan tu. Oleh kerana aku dah tak tahu nak jawab apa , aku pun rekalah cerita kartun. Aku cakap , Fif hampir kena ragut tapi sempat diselamatkan oleh hero Malaya , iaitu Tengku Hafifi Hafiz. Ha ha ha! Papa dan mama bukan main emosi lagi, siap suruh aku report polis.

Takkan mama tak perasan , sejak Fif jadi setiausaha aku , dah jarang dah Fif bawa beg tangan sebab dengan aku kerja langsung tak ada. Maklumlah aku kan asyik bermain aje kat pejabat. Mana nak ada kerja. Baru-baru ni baru aku sibuk siapkan kerja untuk tender pertama aku. He he he!

Bila perhatikan semula , nampaknya Fif lagi disayangi orang ramai daripada aku. Hu hu hu. Sedih! Maklumlah , aku kan asyik buat muka mintak penampar aje . Ha ha ha.

Protect The Boss (MalayNovel)Where stories live. Discover now