3

17.2K 556 9
                                    

Sampai saja kat rumah aku , aku tengok ada sebuah Honda Civic tersadai di hadapan rumah . Siapa pula yang bawa kereta Honda ni? Nak kata kawan, Geetha dengan Mia je kawan aku. Dia orang pun sama species dengan aku, sengkek. Ada motor je. Selalu juga kita orang pergi merempit. He he he. Tipu je.

Aku rasa musykil, hanya aku seorang je ada kunci rumah ni. Memanglah ada pendua, tapi kunci pendua tu aku letak bawah pasu bunga. Apa-apa hal senang. Tapi, kenapa pintu rumah aku dah terbuka ni. Aku rasa ni mesti lintah darat yang lawat rumah aku ni. Perlahan-lahan aku pusing balik.Urgghh, seram meyh!

Aku dah hampir sampai ke pintu pagar aku dah, tiba-tiba ada satu lengan sasa balut leher aku. Hey! Apa ni?! Aku baru je nak siku dia..

"Kau dah lupa aku ke Qilla..?" Suara garau tu buat aku kaku. Berkali-kali aku menelan air liur. Ya Allah kau selamatkanlah aku. Aku berdoa banyak-banyak kali.

"Aku nak duit!" Selamba saja dia raba peha aku cari poket aku.

"Aku tak ada duit!" Aku cepat-cepat peluk erat beg tangan aku. Cuma tinggal seratus saja duit makan aku untuk bulan ni. Kalau tak ada ni macam mana aku nak hidup. Makin motor aku tu asyik sakit perut je sejak kebelakangan ni. Maklumlah, tuannya kat membawa motor tu secara tak bertauliah. Depan polis je aku tunjuk baik.

"Masuk." Suara dia berubah bengis. Aku tahan je kaki aku. Aku tahu, bila aku masuk.Pasti akan terjadi sesuatu yang tak diingini. Aku tak nak! Tapi aku manalah berdaya, dengan selambanya dia tarik rambut aku. Macam nak tercabut dah kulit kepala ni.

"Aku cakap tak ada , tak adalah!" Aku jerit. Tiba-tiba badan aku dihumban kedinding. Terhentak kepala aku sedikit. Buat seketika aku jadi pening.

"Kau ingat aku tak nampak ke kau pergi ke restoran tadi? Huh?!" Dia cengkam leher aku pula. Berderau darah aku. Dia nampak?! Jadi ianya bukan sangkaan akulah? Menggigil-gigil tangan aku ingin meleraikan tangannya dari mencengkam leherku. Semakin lama semakin kuat cengkamannya. Nafasku semakin sesak.

"Aku tak ada duit!" Aku tempelak dia lagi dengan nada yang tersekat-sekat. Beg tadi masih setia menjadi penemanku saat itu.

" Arrh! Bohong." Leherku ditarik. Serentak kepalaku terdorong kehadapan. Serentak itu juga dia menghentak kepalaku ke dinding. Terus mataku terpinar-pinar . Aku dapat rasakan beg tangan versi Petaling Street aku tu direntap. Aku terlorot dan seraya pandanganku menjadi kelam. Aku sempat rakam di mana Fakhri menggeledah begku.

Sebaik sahaja aku tersedar, aku lihat pintu rumah aku terbuka. Aku tengok jam pula. Dah tepat pukul 6 pagi. Lamanya aku 'ter'pengsan dengan pintu terbuka ni! Aku tengok keliling lagi, semua barang aku bersepah. Satu lagi kerja yang aku kena buat tiap-tiap kali pelawat setia tu datang rumah aku. Tanpa aku sedar tangan aku telah mengoyakkan bantal kecil aku aku ramas dari tadi.

Aku rasa sangat-sangatlah tertekan sebab dapat abang yang sebegini rupa. Nak nangis, sudah kering dah air mata ni. Sebenarnya mata aku ni dah boikot aku, tu sebab aku tak boleh nangis lagi. Apa jenis alasan daa, nampak benar tipu . Hu hu hu. Aku bangkit. Leher dan belakang kepala aku terasa perit. Perkara pertama yang aku buat adalah mencari cermin.

"Huii! Lebam teruk ni! Macam mana aku nak pergi kerja?" Aku bermonolog sendiri. Tangan aku sibuk meraba leher aku yang membiru.
Lepas je bersihkan rumah, aku sepahkan pula dengan membaling cotton bud yang aku celupkan dengan krim concealer banyak-banyak kat depan meja ruang tamu. Tension! Krim tu pun tak dapat hilangkan kesan lebam ni. Ada ke orang pakai concealer nak hilangkan lebam? Nak hilangkan kesan jerawat adalah. Ni bukan jerawat lagi. Ni terus pergi species saudara jerawat. Hu hu hu.

Aku tengok jam lagi. Dah nak pukul 7 dah. Bila pulak aku nak siap pergi kerja. Aku dah malas nak cover pakai concealer lagi.Aku terus bangun tinggalkan cotton bud dengan keadaan berselerak.Nanti-nantilah aku kemas. Aku nak solat dulu. Bertepek-tepek dosa aku tinggalkan dua waktu malam tadi. Takkan subuh pun aku nak tinggalkan.

Protect The Boss (MalayNovel)Where stories live. Discover now