19

11.7K 450 2
                                    


Lepas aje makan maggi 3 paket , kami meneruskan lagi pengembaraan kami. Eceh! Pengembaraan. Aku tak kisah , sebab semua perbelanjaan under Hafiz. He he he. Asal aku tertengok muka dia, aku teringat pelbagai kejadian bermula dari detik selepas aku mengucapkan ' ceraikan aku.'

Sebenarnya , dah lama aku ingin meminta benda yang satu tu. Entah kenapa , ada sesuatu yang sentiasa membatalkan niat aku ketika ingin bercakap mengenai itu. Pengaruh mimpi yang datang sebelum aku bernikah tempoh hari juga menjadi faktor penting. Lelaki yang datang dalam mimpiku itu ada parut sepanjang dua sentimeter di bawah lengan. Banyak kali aku mencuba skodeng lengan Hafiz . Selalu tak jadi! Asyik kantoi aje dengan Hafiz! Hu hu hu.

"Cepatlah!" Hafiz menolak lembut bahu aku yang sedang terpinga-pinga di hadapan teksi. Ha ha ha! Aduh! Boleh berangan kat sini?

"Take us to Myeongdong .. Err.. Myeongdong please ." Hafiz seolah-olah sedang mengingati sesuatu. Lupalah tu mana dia nak pergi.

"Ouhh! Myeongdong? Araso ( Saya faham)." Aku yakin , pakcik teksi ni cuma faham Myeongdong aje. Ha ha ha! Sia -sia aje Hafiz mengkaji tempat-tempat pelancongan yang selalu dilawati pelancong di Korea ni sebentar tadi. Ha ha ha! Akhirnya dia lupa juga apa yang dia cuba ingat tadi.

"Lepas kita pergi Myeongdong , kita pergi Lotte Theme Park nak? Nak? Aku nak tengok kau menangis naik roller coaster . He he he!" Aku mencebik. Ceh , jom tengok , siapa yang nangis kejap lagi.

"Aku tak ada masalah. Jom. Tapi Myeongdong ada apa aje?" Aku tanya dia. Dia mengangkat bahu. Sengal , nampak sangat dia main pilih aje tempat apa yang dia nampak kat atas peta mini tadi. Peta yang disonglap dari hotel. He he he.

"Entahlah , ada banyak kedailah kot , macam jalan Itaewon. Ingat kau seorang aje boleh shopping? Aku pun nak shopping jugak. Alang-alang esok dah nak balik , kenalah puaskan hati hari ni dulu." Aku tak menjawab. Aku sibuk lihat permandangan dari atas jambatan. Ni mesti sungai Han . Kalau lalu malam -malam mesti cantik. Sebenarnya , aku ni rajin tengok berita. Tempoh hari masa tahun cuti-cuti di Korea , banyak kali jugaklah dia orang tayang keindahan sungai Han pada waktu malam. Naik bengkek aku. Balik-balik korea. Balik -balik korea. Ha ha ha!

Sampai aje di Myeongdong , kami disapa dengan orang ramai yang membanjiri tempat yang bernama Myeongdong ni. Kata Hafiz , sini kota fesyen . Sebut sahaja , baju seperti mana yang kita nak . Mesti ada. Lagi satu , kat sini harganya taklah semahal mana. Kira berpatutan. Aik? Kata tak tahu apa-apa. Nampak sangat tipu.

Banyak mata-mata yang memandang aku yang bertocang satu ni. Topi semalam setia kat tangan. Kalau turun salji , ke apa ke senang. He he he!

"Mana topi yang kau pakai semalam tu?" Hafiz tiba-tiba aje tanya. Aku mengangkat topi tu . Dia mengambil topi tu seraya membuka selendang semalam yang terlilit di lehernya. Topi tu disarung kepalanya.

Selendang dia punya dia lilit kat leher aku sampai tutup hidung dengan mulut aku. Aduh , lembutnya selendang bulu kambing biri-biri ni.

Memang nyaman. Sebab cuaca sekarang ni dah mencecah -2 darjah celcius! Memang boleh beku kalau tak pakai baju sejuk.

Aku macam dapat agak aje kenapa dia ambil topi aku . Ni mesti sebab dia tak nak mamat mamat korea ni semua pandang aku kan...? He he he! Perasan lebihkan aku ni?

*******

Masing-masing buat muka bengkek bila dah ada kat airport kecuali boss yang dah membuat makanisma yang bernama tahi mata. Hu hu hu. Aku dan Hafiz pula , dari tadi sibuk main angry bird dari dalam telefon android dia. Balik-balik aku kalah. Ni semua idea papa , nak datang awal-awal kat sini sebab takut sesak konon-kononnya.

Mama aje yang sedang syok makan aiskrim yang bersalut wafer . Sejuk-sejuk macam ni , mama boleh lagi makan aiskrim. Aku salute lah. He he he.

" Bila kita nak kena gerak ni?" Aku tanya Hafiz. Hafiz mengangkat bahu.

"Entah. Papa kata dalam pukul 11 pagi baru gerak. Hurrmm , ada lagi 1 jam." Terus aku mengeluh kuat. Hafiz tersengih.

"Aku pun nak join papa tidur laa." Tiba-tiba aje Hafiz tarik telefon dia yang super canggih tu dari tangan aku.

"Lah , nak main kejap pun tak boleh. 'Kedek!'" Aku mengejek dia . Dia tersengih.

"Aku punya , mestilah kena kedek sikit." Aku mencebik seraya memanjangkan leher memerhati manusia-manusia yang bersesak-sesak nak masuk ke dalam balai berlepas. Setelah bosan , aku pandang Hafiz yang dah pun lena bersama iPhone di tangan. Perlahan-lahan aku mencilok iPhone dia. He he he! Aku bosan!

Nak ikutkan , aku baru aje nak berbual dengan mama , tapi bila aku pusing aje . Mama dah pun tidur juga. Aduh! Aku ni pun satu , mata ni bukan nak mengantuk! Hu hu hu.

Aku tergamam sebaik sahaja melihat wallpaper yang Hafiz gunakan . Seorang gadis cantik bermata menawan ala-ala artis inggeris . Rambut berwarna. Ni mesti mandi bawah air karat ni. Hu hu hu.

Aku ralat tengok gambar perempuan cantik tu. Aku rasa ni mesti Melinda. Ada satu rasa aneh bercambah tanpaku sempat menghalang. Aku pergi ke inbox dia pula. Aku membaca semua mesej-mesej Hafiz dan dia. Sumpah boleh muntah! Ha ha ha!

" Apa kau buat ni?!" Hafiz terus rampas balik telefon bimbit dia. Aku terkejut yang teramat. Aku hanya mampu memandang wajah Hafiz yang tegang. Cepat-cepat aku mengalihkan pandangan. Terus aku bangun dan mencari tandas.

"Fif. Kau nak pergi mana tu?" Suara dia menusuk ke lubang telinga aku. Aku hanya diam dan terus berjalan.

Lama aku memandang cermin mencari apa makna semua yang berlaku kebelakangan ini . Sejak akhir-akhir ni , aku sering marah dan sedikit cemburu dengan siapa sahaja Hafiz bergaul. Sikit aje okey? Tak banyak. Masih belum kronik kan?

" You are nuts Fif. Kau kena cepat-cepat sedarkan diri kau siapa. Jangan nak perasan yang kau setaraf dengan mereka. Uruskan perkara ni cepat-cepat Fif . Mulakan hidup baru." Aku bermonolog sambil melihat cermin yang memantulkan wajah sedihku.

"Fif? Fif?" Aku terdengar suara mamat tu dari dalam ni. Mesti dia di depan tandas. Aku buat tak tahu aje. Aku tak de kekuatan nak tengok muka dia sekarang ni. Mesti dia dapat kesan yang aku sedang bersedih.

"Weh , keluarlah." Dia panggil lagi. Aku mengeluh .Tiba-tiba ,bagaikan terkena tembakan tepat di kepalaku. Aku mengerang perlahan. Gelombang itu lagi. Aku betul -betul kena buat medical check up balik nanti ni.

Aku memaut sinki supaya tidak terjatuh. Menggigil -gigil bibir aku menahan sakit. Dalam kepayahan , aku kuatkan juga kaki ini untuk berjalan . Aku tak dapat nak tegur Hafiz yang setia menanti di hadapan pintu tandas. Aku cuma mampu untuk membuat wajah biasa-biasa aje.

Hafiz buat muka tak puas hati bila aku tak layan pertanyaan dia. Melepaslah aku nak sakitkan hati dia. Aduh.

"Kenapa bibir kau pucat?"

"Kenapa kau jalan macam orang mabuk?"

"Kenapa kau tak pandang aku masa keluar tadi?"

"Kenapa? Kau cemburu dengan Mel ke?" Tak kuasa aku nak menjawab semua soalan kau Hafiz oii , kepala tengah sakit macam ni. Panadol pula aku tak bawa! Memang masaklah aku.

"Oi oi. Jawablah aku tanya. Buat angin gedik pulak." Aku diam lagi. Hafiz ni , cubalah kau berputus asa dari mengasak aku untuk bercakap? Aku tengah sakit ni , angin lain macam sikit. Ada yang kena tempelak ni kang. Baik aku mendiamkan diri aje. Hu hu hu. Laki aku tu , takkan aku nak tempelak kan? Ceh! Sejak bila aku mengaku dia laki aku ni?

Protect The Boss (MalayNovel)Where stories live. Discover now