11

11.6K 439 1
                                    


He he he , padan muka tak dapat ayam masak lemak cili api. Memang boleh kecur air liur tengok lauk yang mama bawa. Aku pun apa lagi , sebatlah! Aku sempat mencuri pandang ke Haizrill yang sedang berbual dengan boss di hujung wad.

Nak kata aku ni dah jatuh cinta dengan Hafiz sejak malam tadi , jantung aku ni tak berhenti-henti buat overtime bila tengok muka Haizrill. Aku rasa sangat selesa bila dia di sisi. Macam-macam kami cerita ketika mama dan papa belum sampai tadi.

Nak tergelak aku bila ingat balik cerita Haizrill mengenai perangai dan rahsia-rahsia Hafiz yang boleh dianggap kelakar ! Ha ha ha.

"Mama , mama tahu tak bila Fif boleh keluar?" Aku tanya mama yang tak habis-habis mengemas wad ni dari tadi. Aku tengok semua okey aje. Mama ni memang terlebih rajinlah. Kalau aku ni ? Huh! Memang bersepahlah jawabnya. Tak kuasa aku nak mengemas kalau aku datang melawat sesiapa kat hospital. Memang sah aku ni pemalas. Hu hu hu.

"Mama dengar esok pagi baru boleh keluar." Ujar mama seraya berhenti dari menyusun bunga-bunga dan memandang wajah aku.

"Kalau nak keluar hari ni juga boleh tak ma?" Aku buat muka penuh dengan sentimen 'meminta simpati' . Mama menggeleng-geleng.

"Banyaklah cantik. Apalah salahnya duduk lama sikit dekat hospital? Tak jadi kudis pun." Mama dah mula membebel. Aku awal-awal dah angkat tangan tanda menyerah kalah. Mama tersenyum puas.
Aku menyambung suapan yang terhenti tadi. Tiba-tiba wajah Hafiz muncul di muka pintu. Dia siap berdehem lagi sebelum duduk diantara boss dan Haizrill. Nampak sangat jealouse

"So papa , is the meeting this morning run well without me?" Aku nak tergelak aje. Apalah punya soalan. Sah-sah boss akan jawab perkara yang negatif.

"Mesyuarat tadi lagi best kalau kamu tak ada. Buat semak aje." Aku dah tergelak. Tersembur air sirap yang aku baru telan.Ha ha ha! Padan muka ambil hang setepek. Hafiz pandang aku sambil jengilkan matanya.
Aku tengok Haizrill pun dah tergelak . Aku tak boleh berhenti dari gelak sakan. Boss sorang je gelak lain nada. Gelak boss boleh dikategorikan gelak jahat. He he he.

"Ye la. Ye la. Sedar,sedar! Dah , dah baik Fiz balik main PS3 lagi baik. Dahlah kempunan. Ceh!" Hafiz jeling semua orang dalam wad tu kecuali mama. Hah , cubalah jeling mama , sah-sah mata tu tak ada kejap lagi kena cungkil dengan mama. Ha ha ha.

"Pergilah balik. Tak herann~" Boss menyakitkan hati Hafiz lagi . Aku tak jadi nak makan , aku sibuk gelakkan Hafiz.

"Huh!" Hafiz terus ambil dia punya beg dan terus keluar. Walaupun tengah bengang , dia sempat salam tangan mama. Ye la , kat situ mama sorang je yang tak usik dia. He he he.
Aku pandang ayam masak lemak cili api kat depan aku ni. Alahai kesian pula kat dia tak dapat merasa. Nanti-nantilah ya kalau aku ada mood nak jadi isteri mithali baru aku masakkan. Kalau sekarang ni , jangan haraplah. Yang pasti cuti seminggu ni aku nak jadi pelawat setia katil. He he he.

Protect The Boss (MalayNovel)Where stories live. Discover now