4

15.3K 461 3
                                    


Aku rasa mekap aku dah nak cair dah kat dalam kereta ni bersama Haizrill. Dia sering memberiku kejutan sehingga mampu merosakkan sistem permikiranku. Hu hu hu. Antara kejutan yang dia buat tadi adalah, menjadi jurusolek tidak diupah untukku dengan hanya melihat seimbas lalu tutorial di dalam internet. Aku yang belajar dah nak dekat tiga puluh minit ni pun masih tak dapat tangkap apa yang cuba orang yang mengajar tu sampaikan, dia yang baru saja datang cepat je tangkap apa yang tukang pengajar tu ajar. Aku ni betul-betul loading!

Dia datang dengan baju t dan seluar pendek saja. Nampak sangat dia tak sertai majlis tu. Aku kecewa ni. Baru aku sedar muka aku dah berubah jadi begitu berat. Hu hu hu. Sebenarnya, bulu mata palsu yang terlekat di kelopak mata aku ni buat aku rasa nak tidur lagi. Haizrill siap cakap lagi, mata wanita memainkan peranan penting. Bagus sangatlah tu,dia tak sentuh bahagian lain di wajahku tapi sibuk mekap mata aku yang berwarna hazel ni. Aku tengok kat cermin lagi. Takutnya aku kalau-kalau rantai ni terlorot ke, terputus ke. Aku dahlah tak biasa pakai rantai cekik leher ni. Aku ni kolotkan?

"Rasa rimas ke?" Tanya Haizrill tiba-tiba. Tersentak jantung mak , nak. Aku urut-urut dadaku yang sedikit terdedah. Tapi tak melampaulah. Semakin ramai tengok aku hari ni , semakin berkepuk-kepuk dosa aku kumpul buat saham kat akhirat nanti. Ha'ah, sahamlah sangat ye cik Aqilla?

"Sikitlah."Haizrill cuma senyum. Aku nak bercakap dengan dia, tapi aku sendiri tak ada topik. Otak, buat kali ni je, tolonglah keluarkan idea.
Hampeh punya otak. Satu patah perkataan pun tak keluar dari mulut aku sepanjang perjalanan. Aku duduk diam je. Sekarang baru nak menyesal bila dah terkontang-kanting kat depan hotel mewah ni. Besar tahap gaban pula tu. Hish! Mana dewan tu? Haizrill dah tinggalkan aku . Entah datang balik ke tak. Akulah , dari tadi terpegun tengok hotel sampai tak perasan dia panggil. Hu hu hu.

"Fif!" Jerit seseorang . Aku cepat-cepat pandang atas. Boss sedang lambai-lambai aku kat balkoni. Aku cepat-cepat cam boss berada di tingkat berapa. Aku terus pecut masuk ke dalam perut lif. Macam budak-budak rebut lif. Itu sudah kemestian , betul tak?

Sebaik sahaja lif berhenti di tingkat 5, mataku melilau mencari sesiapa yang berpakaian gaun macam aku . Ada seorang! Aku cepat-cepat ikut dia dari belakang. Akhirnya, aku melangkah penuh bergaya masuk ke dalam dewan. Kesejukkan mencengkam tubuhku hingga ke tulang hitam.

Aku perhati sekeliling. Mana itu boss. Dia sudah hilangkah? Aku terus menuju ke balkoni. Mana tahu boss kat situ. Aku jengah kat balkoni, tiada. Apa ni boss main sorok-sorok!

"Aucchh! Sakitlah!" Jerit seorang perempuan nyaring. Aku 'terkezut' . Cepat-cepat aku pusing belakang. Terbeliak mata aku melihat dua pasang mata memandang aku dengan pandangan yang menjengkelkan. Aku pandang tangan lelaki kat sebelah perempuan tu. Selamba derk dia aje usap-usap pinggang perempuan tu. Hishh, kalau aku tu, sah-sah aku lipat dia. Lelaki ni memang boleh dikategorikan buaya bijih timah! B.B.T! yeah! Gelaran baru untuk dia. Tempoh hari perempuan lain, hari ni perempuan lain.

"Excuse me. Cepat-cepat aku larikan diri. Tak nak aku bergaduh dengan baju yang macam ni. Hu hu hu. Karang tak pasal-pasal jatuh maruah aku. Aku terus jalan tanpa memperdulikan dia. Tiba-tiba tanganku disentap. Terus keluar lambing api kat mata aku. Hah! Marah ni!

"Tempat ni bukan untuk perempuan bodoh macam kau." Bisik dia kat telinga aku. Terus keluar asap dari telinga aku. Buaya ni memang nak kena. Aku capai air kat atas meja sebelah aku, aku cangkung dan tuang kat kaki dia. Semua berlaku terlalu cepat sampai dia tak perasan apa yang aku dah buat. He he he. Kanak-kanak, air panas memang bagus untuk terapi kaki kan? Lagi-lagi untuk playboy macam dia ni. Afdal. Bagus untuk tenaga batin. Yeah! Ha ha ha. Merana siapa jadi isteri dia ni. Ish, ish , ish!

"Awww!" Dia terjerit sambil lompat-lompat. Aku terkekeh-kekeh ketawa sambil menyusup lari. Aku perhati dia dari jauh, seperti yang dah aku jangka, dia sedang mencari-cari aku. Padan muka!

Protect The Boss (MalayNovel)Where stories live. Discover now