BAB 2

10.8K 533 21
                                    

"Selamat pagi mama!" ucapku setibanya di ruang makan lalu mencium pipi Puan Suriana.

"Selamat pagi,awal bangun." kata mamaku sambil tersenyum.

Aku melihat jam dinding.

11 pagi !

Aku hanya sekadar tersengih-sengih.

"Tak ada kelas ICTL ke hari ni ?" soal ibuku sambil menuangkan teh tarik kegemaranku ke dalam cawan.

"Kelas ICTL kan esok," jawabku ringkas.

"Terlupa pulak mama, hari ni kan Isnin." balas mamanya.       

Jap, esok 16 Mei !

"Eh ma, esok tak ada kelas ICTL ! Sebab ada hari guru. " kataku.

"Datang pagi lah kan?" soal mama inginkan kepastian.

"Haah," jawabku ringkas.                

Aku pun mula menikmati nasi goreng special buatan mamaku.

Selepas itu, aku membantu mama untuk kemaskan ruang makan.

"Ma, Sha bersiap pergi sekolah dulu." kataku lalu menaiki tangga ke tingkat atas.

"Ada lagi 30 minit sebelum pergi sekolah. Susun jadual 5 minit, mandi 15 minit dan bersiap 10 minit!" bebelku sendirian.

Aku mula menyusun jadual dengan teliti. Kemudian, membersihkan diri dan bersiap untuk ke sekolah.

Aku memerhati penampilanku di hadapan cermin. Kekemasan amat penting. Nak tahu kenapa? Bagi aku, kekemasan melambangkan sifat keperibadian seseorang.

Disebabkan aku terlalu menitik beratkan kekemasanku, aku telah mendapat anugerah murid berpenampilan terpuji bagi kategori perempuan tingkatan satu,tahun lepas.

Aku membetulkan sedikit kedudukan cermin mataku ini.

"Ok, dah siap ! Kemas! " ujarku lalu menggalas beg sekolah yang berwarna hitam merah itu.

Seperti biasa, aku mengunci pintu bilikku dan menyimpan kunci tersebut. Bilik aku terlalu banyak benda 'rahsia'. Salah satu daripadanya, koleksi buku diariku sejak darjah empat sehingga kini tersimpan di dalam bilik itu.

                                 ❤

"Dah sampai. Belajar elok-elok." pesan mama lalu memberhentikan kereta.

"Baik ma,"balasku lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman.

Aku keluar daripada kereta dan terus memasuki perkarangan sekolah menuju ke dataran.

"Assalamualaikum," sapaku sambil bersalaman dengan kawan-kawan yang berada di dataran.

"Waalaikumussalam," jawab mereka sambil bersalaman denganku.

Belum sempat aku duduk...

"Happy Birthday Sha ! " ucap mereka serentak lalu menghulurkan hadiah kepadaku.

"Thanks guys," ucapku sambil menerima hadiah daripada mereka.

Kami membuka topik perbualan tentang hari guru yang bakal berlansung esok.

" Weyh, yang undian untuk My Favourite teacher is... Kau orang calonkan cikgu apa?" soal Wawa ingin tahu.

"Cikgu Shahirah!" ucap kami bertiga serentak.

Mereka berpandangan antara satu sama lain.

"Samalah kita," kata Wawa.

"Ya lah, cikgu tu kan baik dengan kita semua.Cara dia mengajar pun seronok, tak bosan." kata Ikin.

Aduhai, Senior Kerek !Where stories live. Discover now