BAB 10

7.3K 511 22
                                    

Sharmima mula terjaga daripada lena apabila dia terdengar penggera jam tangannya berbunyi.Dia menggeliat lalu melihat waktu di jam tangannya. Jam menunjukkan pukul 5.32 a.m.

Awal lagi.. Tidurlah sekejap !

Niatnya untuk sambung tidur terbantut apabila terdengar bunyi seperti air mengalir di dalam bilik air.

Siapa pulak dalam bilik air tu ?

Dia melihat katil kawannya. Namun, dia tidak dapat mengesan siapa yang tiada di atas katil kerana semuanya berselubung di dalam selimut.

Sharmima mengambil langkah untuk memeriksa siapa yang berada di dalam bilik air.

Tuk ! Tuk ! Tuk !

" Siapa kat dalam ? " soal Sharmima apabila berada di hadapan bilik air.

Tiada sahutan.

Tiba-tiba tombol pintu dipulas dari dalam. Sharmima masih menanti di hadapan pintu, untuk mengetahui siapakah yang berada di dalam.

"Ooo Mak Kau !!!" kata Atikah spontan ketika melihat orang di hadapannya. Orang ke ? Macam hantu je.

" Lah Atikah rupanya... Akak  ingatkan siapa tadi," kata Sharmima.

"Kak Sha ni, buat Tika terkejut je tau ! Rambut tu dah lah panjang, macam hantu tau ! Sebab nampak muka sebelah je," komen Atikah.

"Hmmm..." balasnya yang masih terasa mengantuk.

Dia mula mengambil alat keperluan untuk membersihkan diri manakala Atikah mengejut kawannya, Nina dan senior yang lain.

~~~

Ahmad Mikael membuat riak muka tidak puas hati.Matanya memandang seorang  demi seorang rakan sebiliknya.

"Haih... Aku dah siap solat pun tak bangun-bangun lagi ? Berapa kali nak kejut ? Tadi dah sahut ... Rasanya kalau simbah dengan air baru reti nak bangun ni," omelnya sendirian.

Dia mengambil keputusan untuk menarik selimut dan bantal kawan-kawannya itu.
Sebelum itu, dia menyelak sedikit langsir dan membuka tingkap seluasnya.

Angin sejuk dari luar memasuki ruang bilik yang sememangnya sudah sejuk.

"Woi ! Woi ! Bangunlah! Cikgu dah panggil! " kejutnya sambil memukul kawan sebiliknya menggunakan bantal.

Mereka bergerak-bergerak seolah ingin bangun tetapi tidak.

"Bangunlah !" teriaknya lagi.

"Lima minit.. Lima minit..." kata Ikhwan dalam keadaan separuh sedar.Selimut ingin ditarik, tetapi tiada.

Sejuk. Keadaan di dalam bilik semakin bertambah sejuk apabila angin luar memasuki bilik.

Ikhwan duduk di atas katil dan menggeliat. Dia berasa teramat sejuk. Matanya mula tertancap ke arah tingkap bilik.

"Mika ! Tutup tingkap ! Sejuklah weyh ! " bentak Ikhwan marah.Masing-masing sudah bangun apabila mendengar suara Ikhwan yang agak kuat.

"Reti pun nak bangun. Apa lagi, pergilah mandi ! Bersiap cepat ! Turun awal ! Aku tak nak ahli bilik kita yang paling lambat ! Dah pukul 5.58 a.m. !" bebelnya.

"Ya.. Ya.. Tapi tutuplah tingkap tu !  Sejuk kau tahu tak ? " kata Muazzam pula.

"Ok," balasnya ringkas lalu menutup tingkap semula. Dia tersenyum puas. Akhirnya bangun juga kawan sebiliknya.

Aduhai, Senior Kerek !Where stories live. Discover now