BAB 5

8K 486 18
                                    

KRINGGGGG !!!!

Menandakan waktu persekolahan bagi sesi pagi sudah tamat.

Pelajar-pelajar tingkatan tiga,empat dan lima memenuhi laluan untuk ke pagar sekolah.

"Zariff, kau datang ke petang ni ?" soal Ahmad Mikael sambil berjalan bersama kawannya menuju ke pagar sekolah.

"Mestilah datang, aku bertugas hari ni. Tapi bosanlah sebab Azzam tak datang," jawab Zariff.

"Ouh.. Kalau macam tu aku bertugas jugaklah petang ni," katanya.

"Kau bukan bertugas hari Jumaat ke? " soal Zariff berasa pelik.

"Ya,memang aku bertugas hari Jumaat. Tapi Jumaat lepas aku tak datang bertugas, jadi aku ingat nak gantikanlah dengan hari ni." terangnya.

"Ok lah kalau kau datang, tak ada lah aku rasa bosan sangat." kata Zariff.

Mereka berdua terus berbual-bual sehingga keluar dari perkarangan sekolah.

Sementara itu, pelajar tingkatan satu dan tingkatan dua berhimpun di dataran sekolah.

Cikgu Rosmawati memasuki kelasku. Hazim menjalankan tugasnya selaku ketua kelas.

"Selamat Sejahtera cikgu !" ucap Hazim dan diikuti yang lain.

"Baik,duduk semua."arah cikgu.

"Cikgu dah siap semak kertas ke ?" soal Adia tidak sabar ingin mengetahui markahnya.

Pelajar yang lain juga begitu.

"Kertas Sejarah kamu semua, ada lagi sikit cikgu tak habis semak. Kalau dah siap tanda hari ni, cikgu bagi." kata cikgu.

"Sesiapa yang belum siapkan lagi folio sejarah, boleh siapkan sementara saya habiskan tanda kertas exam kamu ni. Yang dah siap jangan bising!" pesan cikgu dengan nada tegas.

Mereka semua mula membuat kerja masing-masing.

"Kau orang dah siap folio? " soal Wawa.

"Dah," jawab Ikin.

"Sabtu lepas dah siap,"jawabku.

"Samalah dengan aku," kata Nisa lalu menepuk tangan Sharmima.

"Jadi semua dah siap! Apa lagi jom borak !" kata Wawa.

"Tapi jangan bisinglah nanti cikgu marah,".Aku mengingatkannya tentang pesanan cikgu sebentae tadi.

Mereka bertiga membuat isyarat 'ok'.

"Cerita tentang pertama kali kau jumpa 'Senior K' ," kata Wawa.

Aku mengangguk faham.

"Ehem, macam ni ceritanya. Tahun lepas masa hari guru....". Aku mula menceritakan tentang kali pertama aku terjumpa 'Senior K' tu.

Aku sampai sekolah terus berjalan pergi bilik guru sebab nak ambil buku kedatangan murid 1Kemahiran 2.

Jam dah pukul 7.20 a.m.! Semua dah mula beratur mengikut kelas. Aku tergesa-gesa menuju ke bilik guru.

Tiba- tiba masa nak belok masuk laluan bilik guru tu, aku bertembung seorang pelajar lelaki.

"Ooopss!" kataku spontan.

Aduhai, Senior Kerek !Where stories live. Discover now