BAB 11

7K 426 28
                                    

Selendang berwarna hitam dililitkan di atas kepalaku. Kemas. Aku melihat penampilanku di hadapan cermin dahulu sebelum melangkah keluar dari bilik.

"Sha ! Kau tak pakai sweater atau hoodie ke ?" soal Nisa sebelum Sharmima menutup pintu bilik.

"Tak," balasku ringkas. Aku hanya memakai jersi berwarna merah serta ina berwarna hitam sahaja.

Malas aku pakai ! Nanti sama dengan Senior Kerek tu !

"Tak sejuk ke ? Jersi dengan ina dah lah tak tebal, nanti kalau kau sejuk macam mana ? "  soal Nisa prihatin.

"Tak sejuk sangatlah rasanya," balasku sambil jalan beriringan dengan Nisa.

"Aku rasa kau kena pakailah ! Angin malam sejuk tau," kata Nisa lagi.

Aku menggelengkan kepala tanda tidak mahu.Degil.Kami berdua berjalan menuju ke dewan makan.

~~~

Pembungkus makanan dibuka. Kelihatan hidangan yang menyelerakan. Kawan semejaku memandang ke arahku. Mereka belum menjamah makanan lagi.

"Apa?" soalku pelik.

"Sha! Jangan kata kau nak skip dinner ni !" kata Wawa memberi peringatan.

"Haah, jangan nak mengada-ngada ! Makan !" arah Nisa pula. Tampak garang muka mereka kecuali Nina dan Atikah.

Dua orang junior di meja itu hanya menjadi pendengar sambil menikmati makan malam yang disediakan.

"Wait! Kenapa pulak kau orang nak paksa aku makan ? Aku tak nak lah ! Kenyang minum petang tadi," kataku.

"Kenyang ? Okay! Sarapan kau tak makan, kau makan kudapan yang biskut tu je ... Lepastu, tengah hari pun kau tak makan jugak ! Minum petang, hanya air dan kuih je. Itu kau cakap kau kenyang ? Nasi tak makan pun ! Makanlah... Nanti kalau kau sakit macam mana ? " bebel Ikin panjang. Dia risau akan kesihatan kawannya itu.

Aku tertunduk.

"Hmmm.. Terima kasih sebab ambil berat tentang aku. Tapi maaflah, aku memang tak boleh nak makan. Aku sakit perut dari pagi tadi, jadi makanan tak boleh masuk." terangku kepada kawanku.Mungkin aku nak datang bulan sebab tu sakit perut, dugaku.

"Sakit perut tu sebab tak makan," balas Wawa.

"It's okay. Kau orang makanlah," balasku.

"Degil," kata Nisa dan menggelengkan kepala.

Kawannya mula berhenti berbual dan mula menjamah makan malam.

~~~

Jam menunujukkan 7.58 malam. Perbincangan di dalam kumpulan diteruskan mengenai aktiviti malam kebudayaan. Sebahagian pelajar india tiada kerana mereka pergi ke kuil. Jadi kumpulan aku kekurangan seorang, Lashmina.

"Ok, semua memang dah dengar dan tahu kan lagu Rockabye ?  Memandangkan petang tadi semua setuju buat lagu ni, jadi kita gunakan lagu ni untuk persembahan nanti." bicara Senior Shakir.

"Abang! Apa tema kumpulan ni ?" soal Hafidz.

"Tema kemasyarakatan macam tu lah.. Persembahan kita ni mengenai lagu Rockabye tu." jelas Senior Shakir.

Aduhai, Senior Kerek !Where stories live. Discover now