BAB 9

6.9K 431 37
                                    

Ahmad Mikael meraup wajahnya. Pelik melihat karenah Sharmima itu. Nasib baik dia tidak dimarahi oleh fasilitator.

Sharmima terdiam setelah dimarahi oleh Mikael beberapa minit yang lepas.Dia mengingati situasi yang berlaku sebentar tadi.

" Sha ! " jerit Kak Feya terkejut melihat reaksi Sharmima.

"Kenapa kau jerit tiba-tiba?" soal Mikael pula.

Nasib baik Sharmima tidak menjerit kuat, hanya menjerit kecil yang dapat didengari oleh ahli kumpulannya sahaja.

"Kak Feya! Sha takutlah aktiviti nightwalk!" terangku.Mataku mula berkaca.

"Ya Allah budak ni ! Oi Mima! Kalau kau takut sekali pun, tak perlulah jerit macam tu !" kata Mikael merengus geram.

Aku memeluk tubuh Kak Feya. Kak Feya membalas pelukanku dan menggenggam erat jari-jemariku.

"Sejuk sangat tangan Sha ni," komen Kak Feya.

"Ta..Takut.." balasku ringkas.

"Takut ke tak takut ke... Kau kena sertai aktiviti ni juga ! Jangan nak mengada !" kata Senior Kerek itu tegas.

"Aktiviti ni untuk mencabar keberanian kita, jadi Sha sertai lah. Dalam bangunan ni sahaja, bukan dekat luar." kata Senior Shakir tenang.

Aku tertunduk.

"Fasilitator je yang mengusik ! Bukan hantu betul pun !" tambah Mikael.

"Sila berbaris sekarang !" arah Abang Zack.

Para peserta mula membuat barisan bagi lelaki dan perempuan.Sharmima menjadi orang terakhir di barisan perempuan.Itu pilihannya.

Seorang demi seorang dilepaskan untuk menaiki tangga yang gelap gelita itu.Diingatkan supaya sentiasa berhati-hati.

Beberapa minit kemudian,tiba giliranku bagi pelajar yang terakhir untuk menaiki tangga.

Hanya tinggal aku dan Abang Zack di bawah.

"Hati-hati,ada yang memerhati..." usik Abang Zack.

Haih... Fasilitator ni memang tugas dia mengusik orang je masa aktiviti nightwalk !

Aduhai, Senior Kerek !Where stories live. Discover now