BAB 15

8.6K 486 46
                                    

Aku dan kawan-kawanku dikejutkan oleh Atikah.Katanya, kini bas berhenti di R&R untuk persinggahan. R&R dimana pun aku tak tahu.

Aku dan kawanku melangkah menuju ke surau terlebih dahulu, sebelum mencari makanan untuk menjadi santapan.

Aku dan kawan-kawanku berpecah mencari makanan masing-masing ikut selera sendiri. Aku dan Nisa memilih untuk membeli Pizza Hut. Aku mula membuat pesanan. Masa yang diambil lebih kurang 20 minit sahaja.

"Kenapa kau beli 2 personal pizza?" soal Nisa ingin tahu.

"Tak kan seorang sekotak ? Aku bukan nak makan sangat pun, beli satu share sudahlah." sambung Nisa.

"Aku beli satu untuk kita berdua. Lagi satu untuk orang lain," jawab Sharmima.

"Siapa?" soal Nisa lagi.

"Senior K," jawabku ringkas. Jawapanku itu membuatkan Nisa terdiam.

Beberapa minit kemudian, pesanan yang dibuat telah pun siap. Sekeping wang bernilai 20 ringgit dihulurkan kepada jurujual. Baki duitnya diambil dan berlalu keluar dari Pizza Hut. Kebetulan, dia berselisih dengan Mikael yang ingin memasuki Pizza Hut.

"Mika..." panggilku. Serentak itu,dia menoleh dan menunggu ayat yang ingin aku katakan. Mukanya serius

"Nah, untuk kau." kataku dan memberikan sekotak Pizza Personal kepadanya.Dia tidak mengambil huluranku, sebaliknya dia bertanyakan soalan.

"For what ?" soalnya dengan riak muka penuh curiga. Sebelah keningnya sedikit terangkat.

"Tanda terima kasih, sebab kau tolong aku hari ni dan bagi aku kek strawberi coklat percuma tadi." jawabku dan cuba untuk senyum. Simbol 'peace' dibuat.

Mikael tersenyum. Muka seriusnya tadi bertukar ceria.

"Okay, thank you !" ucapnya tanda penghargaan kepada Sharmima.

Nak minta maaf ke tak eh ? Aku dah banyak salah dengan dia ? Lepas ni, belum tentu selalu jumpa... Hmm.. Tapi dia yang selalu cari gaduh, dia lah yang kena minta maaf ! Bukan aku... desis hatiku.

"You're Welcomes," balasku. Masing-masing mendiamkan diri.

Errr.. Dia tak ada rasa bersalah dengan aku ke ? Selalu buat aku sakit hati ! Tak minta maaf pun? Sekadar terima kasih atas pertolongan je ke? Atau aku yang harus minta maaf dulu? desis hati Mikael. Pelbagai persoalan yang difikirkannya.

Nisa hanya menjadi pemerhati dan perlahan-lahan meloloskan diri dari situ.

"Kau nak masuk bas dah ke ?" soal Mikael menghidupkan perbualannya semula.

"Haah, makanan dengan minuman dah ada semua.. Kan,Nisa?" kata Sharmima dan menoleh. Nisa tiada. Dia tinggalkan aku !, dugaku.

"Kawan kau dah pergi kut. Jom lah, aku pun nak masuk bas. Makanan, kau dah belanja." katanya dengan nada biasa. Tidak terlalu dingin dan lembut.

Di dalam bas, hanya ada 6 orang pelajar sahaja. Kawan Mikael tiada lagi manakala kawanku hanya ada Nisa.Fayyad dan rakannya juga tiada.

Aku mengambil tempat duduk.

"Kenapa tinggalkan aku?" soalku geram dengannya.

"Lambat sangat tadi... Jomlah makan, aku dah lapar ni!" kata Nisa.

Tiba-tiba Mikael memanggilku. Aku menoleh ke belakang. Dia memanggilku untuk ke tempatnya. Dekat je pun, selang sebaris. Nisa menjadi pemerhati dalam diam. Handphone Samsung J2 Prime dikeluarkannya. Dia mempunyai satu idea menarik.

Aduhai, Senior Kerek !Where stories live. Discover now