BAB 13

7.1K 448 28
                                    

Telingaku menangkap bunyi seperti orang sedang berbual-bual. Bunyi itu memang menganggu tidurku. Perlahan-lahan aku membuka kelopak mataku.

Argh ! Kenapa rasa lain macam ni ? Beratnya nak buka mata! desis hatiku.

Aku duduk dan menyandarkan badan ke kepala katil. Mataku hanya terbuka sedikit. Kelihatan rakan sebilikku semuanya sudah pun bangun.

"Good Morning Sha !" ucap Wawa menyapaku yang baru bangun. Aku hanya membalasnya dengan senyuman.

"Weyh !!! Mata kau bengkak !" jerit Wawa sedikit kuat. Dia baru perasan mata Sharmima bengkak.

"Kau ok tak ni ?" soal Nisa pula yang berada di sebelahku.

"Mata aku tak boleh buka sangatlah, lepastu pening kepala sikit..." jawabku jujur.

"Aku rasa kau alergik dengan ubat selsema lah," sampuk Nisa.

"Entah,tak tahulah. Aku memang dah lama tak makan ubat selsema," kataku. Terasa lemah pula badan ini.

"Ok,sekarang kau mandi dulu. Lepastu solat, bersiap dan kemas beg. Kita orang semua dah siap mandi dah," kata Wawa.

"Kemas beg ? Buat apa?" soalku pelik.

"Haih.. Hari ni kan hari terakhir dekat Cameron Highlands. Lupalah tu. Oh ya, kita ada lawatan je hari ni dan terus balik Selangor." terang Ikin.

Aku mengangguk faham dan mengambil segala barang keperluan lalu pergi ke bilik air.Aku berjalan terhuyung-hayang seperti orang mabuk.Pening !

"Woo! Kau ni hati-hati sikit, jatuh nanti. Kalau rasa tak ok dalam bilik air nanti, jerit je ! Tak payah kunci pintu, nanti senang nak buka kalau kau apa-apa nanti." pesan Nisa prihatin.Dia mengiring Sharmima ke bilik air.

"Hmm.. Ok dah ni," balasku ringkas dan melangkah memasuki bilik air.

Setelah siap menunaikan solat dan mengemas beg. Aku memeriksa sekali lagi barang-barangku,manalah tahu ada yang tertinggal.

"Nah Iphone kau,Sha. Cikgu pulangkan semua telefon semalam," kata Wawa dan menghulurkan kepada Sharmima.

"Thanks," ucapku ringkas. Hoodie diambil dan disarungkan ke tubuhku. Kemudian cermin mataku dipakai.

"Macam mata panda pulak, bengkak besar pulak tu." omelku sendirian.

Jam menunjukkan pukul 6.28 a.m. Bilik 303 ini telah kembali kemas seperti mula masuk dahulu.Pintu dikunci. Kami mengangkat beg masing-masing lalu dibawa ke dewan aktiviti.

"Meh,aku bawa!" kata seseorang menyapaku. Aku memandang wajah si penyapa itu.

Ahmad Mikael.

Belum sempat aku membalas katanya itu tadi, beg yang aku jinjing telah bertukar tangan.Aku terpana.Kawan-kawanku juga begitu. Kami hanya teruskan berjalan ke dewan aktiviti untuk meletakkan beg.

~~~

Setelah semua pelajar sudah berkumpul di dewan makan, Sir Arjunan memberi beberapa taklimat tentang lawatan ke beberapa tempat. Beberapa minit kemudian,para pelajar dibenarkan untuk mengambil makanan.

Aku pergi mengambil sarapan yang disediakan bersama rakan-rakanku. Selepas itu, aku beratur untuk mengambil air teh o pula.

"Kau pergilah duduk, aku ambilkan air." kata Mikael tiba-tiba. Aku tak perasan pula dia berada berhampiran denganku. Spontan aku menganggukan kepala tanda ok. Aku berjalan menuju ke meja.

Kenapa dengan Mikael ? Baik semacam je ? Aku pun satu ! Kenapa bagi je dia angkat beg dan ambilkan air untuk aku ? Macam terpukau je sebab mengiyakan dia buat semua tu... desis hatiku.

Mikael menghampiri mejaku dan meletakan secawan air teh o. Dia senyum lalu berlalu pergi sebelum aku mengucapkan terima kasih.

"Baik semacam je dia tu," kata Ikin tiba-tiba.

"Entahlah,aku pun pelik." kata Wawa pula.

Aku hanya mendiamkan diri dan menjamah makanan.

Usai makan, kami turun ke dewan aktiviti semula. Ramai mata yang memandang ke arahku dan bercakap sesama sendiri. Mungkin kerana mataku yang bengkak ini menarik perhatian mereka ataupun aku dijadikan bahan bualan tentang situasi semalam.

Aku duduk di dalam kumpulan. Ahli kumpulanku semuanya bertanya tentang kesihatanku. Penat aku menjawabnya, tapi tak apa. Orang yang paling prihatin dalam kumpulan ini adalah Hafidz. Ya, dia yang ku rasa paling prihatin terhadapku. Pelbagai soalan yang ditanya. Ahmad Mikael pula hanya membisu dalam kumpulan itu.

Kata-kata aluan diberikan serta ucapan dari fasilitator. Pengetua juga memberikan sepatah dua kata dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat.

Sijil penyertaan diserahkan kepada wakil murid dan penyampaian hadiah untuk aktiviti juga turut diberikan.Tanpa diduga, kumpulan 2 menjadi kumpulan terbaik dalam kem ini. Terpancar wajah kegembiraan dalam setiap ahli kumpulanku.

Seterusnya kami bersurai dan menaiki bas yang ditetapkan. Sekali lagi, beg aku diambil oleh Mikael.

Dia ni kan ! Haih.. Aku nak bertekak dengan dia ke nak berterima kasih tentang tadi ? Senior perempuan ada yang dah menjeling aku bagai tadi! Rimaslah ! desis hatiku.

"Hey! Bagilah beg aku ! Aku boleh bawa sendirilah," kataku dan memandangnya. Dia hanya menggalas begnya dan menjinjing beg aku.

"Sedarlah diri tu sikit. Kau tu sakit, mana larat nak bawa beg ni ! Kalau jatuh nanti aku gelakkan je," katanya selamba.Muka serius ditunjukkan.

"Kau nak cakap aku lemah lah ni ?" soalku geram.Dah lah tengah sakit mata, sakitkan pulak hati aku ni !

Mikael diam.

Budak ni kan, aku nak tolong kau sebab tanda minta maaf aku selama ni ! Boleh faham tak ?! Aku dah lah susah nak minta maaf ! Ego setinggi langit tau ! Arghh ! jerit batin Mikael.

"Jalan tu hati-hati, tengok depan. Mata tu dah lah macam panda ! " katanya dan selamba berjalan pergi meninggalkan Sharmima dan kawannya.

Aku tersentak. Sempat lagi Senior Kerek itu mengutuk dirinya !

"Serius aku cakap, aku tak faham dengan dia !" kata Nisa. Dia tercengang melihat situasi tadi.

Abang aku cakap, Mikael ni nak minta maaf ? Tapi macam nak cari gaduh je ? Peliklah ! desis Nisa.

"Aku lagilah tak faham," kataku dan terus berjalan.Pening kepala memikirkan perkara tadi.Kadangkala kita tidak dapat meneka maksud disebalik setiap sesuatu perkara yang berlaku.Mungkin ada satu mesej yang ingin disampaikan.

Aduhai, Senior Kerek !Where stories live. Discover now