EԹILOG

10.4K 552 79
                                    

Dua bulan sudah berlalu,

Kini sudah bulan Ogos.Empat bulan sahaja lagi sebelum berakhirnya tahun 2017 ini. Tahun depan dah 15 tahun, dan aku akan menghadapi PT3 ! Oh tidak, cepatnya masa berlalu ! Sukar untuk aku membayangkan betapa sibuknya aku dengan buku !

Entah mengapa tiba-tiba aku memikirkan tentang hal tersebut ? Padahal PT3 terasa seperti lama lagi. Peperiksaan Akhir Tahun yang semakin menghampiri ini yang patut aku risaukan ! Haih..

"Apa yang kau termenungkan tu?" soal Wawa yang menghentikan lamunanku.

"Err.. Huh? Tak ada apa-apa lah," kataku tidak ingin menceritakan perasaan yang terbuku di hati.

Aku hanya memerhatikan Kak Farah, senior tingkatan tiga itu yang sedang leka membaca buku sebelum Majlis Pembukaan Bulan Kemerdekaan dilansungkan.

Kak Farah ni, ulat buku betul lah ! Patutlah pandai ! desis hatiku.

"Dah hafal sajak ?" soal Wawa lagi.

"Mestilah dia dah hafal !" Ikin tolong jawabkan.Aku mengiyakan sahaja.

Aku dan Ikin akan mendeklamasikan sajak bersama-sama secara bersilih ganti ketika majlis kemerdekaan sekejap lagi. Majlis ini diadakan di sebelah pagi.

Para pelajar sudah memenuhi ruang dataran sekolah. Semua pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima yang berkumpul di situ.

Muhammad Qairyl Luqman, selaku ketua pelajar telah memulakan bicaranya sebagai pengerusi majlis. Kemudian,majlis tersebut dimulakan.

Lagu patriotik dimainkan sebagai pembukaan majlis tersebut. Seterusnya, ucapan, kata-kata aluan serta beberapa pertunjukkan dilakukan. Semuanya menarik perhatian!

Kebanyakkan pelajar tingkatan empat yang mengambil bahagian dan sebahagian daripada tingkatan lima, tingkatan tiga serta tingkatan dua.

Di pentas sekarang ini, sedang berlansungnya drama kemerdekaan daripada pelajar tingkatan empat. Hanya tiga daripada sembilan orang senior sahaja yang aku kenal. Senior Ihwan,Senior Mikael dan juga Kak Feya.

Dah lama aku tak jumpa kau, Senior Kerek ! Oopss ! Senior Mikael ! Kreatif juga geng dia punya persembahan ! pujiku dalam hati.

Setelah itu, acara kuiz pula dijalankan. Soalnnya agak senang. Tapi peluang untuk menjawabnya, agak tipis ! Aku hanya menjadi pemerhati mereka yang menjawab soalan dan menerima hadiah. Ada juga yang jawapannya salah, dan untuk itu aku mentertawakannya ! Kahkahkah!

"Bagi meneruskan majlis, saya menjemput saudari Nur Sharmima dan Ikin Fakeeha untuk mendeklamasikan sajak yang bertajuk 'Negara Yang Ku Cinta!' Dipersilakan, " ucap Senior Qairyl.

Tepukan gemuruh diberikan sebaik sahaja aku dan Ikin menaiki pentas. Aku lantang bersuara ketika bersajak dan seterusnya bersilih ganti dengan Ikin. Senyuman diukirkan ketika bersajak dan air mata juga turut mengalir di bahagian tertentu. Kami mendalami setiap bait ayat yang disuarakan.

Akhir sekali, kami mendapat tepukan yang sangat gemuruh daripada para pelajar dan guru.Pujian daripada Senior Qairyl turut diberikan.

~~~

Aku dan Ikin menuju ke bilik guru untuk memulangkan beberapa barangan yang kami pinjamkan daripada Cikgu Ratna.

Aku berselisih dengan seorang manusia yang cukup aku kenali, Ahmad Mikael. Senyuman diberikan. Hendak menyapa tapi mulut terasa berat pula untuk bersuara. Tapi apabila dengan guru, kawan, junior dan senior yang aku kenali pantas sahaja mulut menyapa! Dengan Mika? Terasa lain pula.

Aduhai, Senior Kerek !Where stories live. Discover now