BAB 14

7.3K 443 34
                                    

Bee Farm adalah destinasi pertama kami. Aku turun daripada bas lalu menghirup udara yang segar ini. Badanku terasa lebih baik berbanding semalam. Cuma mataku sahaja yang tidak seberapa baik.

Aku berjalan-jalan bersama-sama kawanku. Kami membeli strawberi yang segar di sini. Harganya pun murah. Setelah membeli strawberi, aku juga membeli beberapa jenis rantai kunci yang cantik dan unik.

Mataku tertancap kepada satu objek yang menarik perhatianku,beg. Aku bergegas menuju ke situ dan melihat corak setiap beg tersebut.Jenis kain beg itu juga elok.

Huwaaa! Cantiknya beg ni  ! Nak beli ke tak ? Boleh simpan buat kenangan... desis hatiku.

Aku memikirkan dahulu sama ada hendak membelinya atau tidak. Aku membuat keputusan untuk membeli benda lain dahulu, baru membeli beg tersebut sebelum kembali menaiki bas. Harap tiada siapa yang membeli corak beg yang aku ingini ini.

"Sha, kau beli apa ?" soal Ikin apabila melihat plastik di tangan Sharmima.

"Beli keychain,strawberi dengan coklat celup, asam strawberi, madu yang seringgit tu dengan buku nota lebah ni." jawabku.

Aku mula berbual dengan Ikin sambil memerhati barang jualan di Bee Farm ini. Ladangnya di bawah, sudah aku lihat.

Setelah lama berada di Bee Farm, tiba masa kami ke ladang teh pula. Aku bergegas pergi ke arah beg tadi dan ingin membuat pembayaran.

"Weyh, Sha ! Kau nak pergi mana? Cepatlah beratur, dah nak naik bas." laung Ikin apabila melihat Sharmima memasuki kedai bahagian cenderahati di Bee Farm. Dia hanya mengikut.

"Huh? Tak ada!" omelku sendirian.

"Apa yang tak ada? " soal Ikin pelik.

"Beg yang aku nak lah..." jawab Sharmim lemah.Dia mengatur langkah ke bas.

"Hmm... Tak ada rezeki, dah ada orang lain yang beli."kata Ikin. Kesian melihat  wajah kecewa yang di wajah kawannya itu.

"Kau jangan menangis pulak, tak dapat beg tadi," kata Ikin lagi di dalam bas.

"Memang tak lah, aku nak menangis sebab tak dapat beg. Kecewa je," balasku biasa.

"Cantik kan pemandangan kat ladang teh ni," puji Nisa yang berada di sebelah tepi bahagian hadapan aku dan Ikin.

"Haahlah, jom ambil gambar nak." kata Ikin. Mereka berempat mengambil gambar di dalam bas, berlatarkan ladang teh. Nasib baik gambar tak bergegar di dalam bas.

~~~

Keluar dari kilang proses pembuatan teh sebentar tadi, aku mula memasuki kedai yang menjual teh. Pelbagai jenis aneka teh yang dijual.Aku membeli teh mengikut citarasaku dan ibuku.

Seterusnya, kami berenam menuju ke tempat lapang yang terdapat ramai pelancong yang merakamkan gambar suasana di ladang teh.

Kami berempat bersama Atikah dan Nina bergambar untuk kenangan. Kebetulan, geng Fayyad yang berada di situ turut ikut serta.

"Hey ! Kalau semua nak bergambar, siapa yang nak tolong ambilkan?" soal Wawa.

"Abang Zam !" laung Rashid memanggil Senior Muazzam yang bersama kawannya.
Dia mengalihkan pandangan dan menuju ke Rashid.

Aduhai, Senior Kerek !Where stories live. Discover now