BAB 4

8.6K 480 23
                                    

Setelah selesai menunaikan kewajipanku, aku merenung borang kem yang diberikan oleh Cikgu Shahirah. Setiap unit beruniform hanya 10 orang. Terdiri daripada  5 orang pelajar dari sesi pagi dan 5 orang pelajar dari sesi petang.

PROGAM PERKHEMAHAN PERDANA BADAN BERUNIFORM 2017

Sudah sepuluh kali aku membaca maklumat yang tertera di borang itu.

Pada awalnya, aku agak teruja untuk menyertai kem yang ditempatkan di Barrew I.J.Youth Camp, Cameron Highlands, Pahang ini. Tapi, perasaan  teruja itu tidak kekal lama apabila salah satu aktiviti yang aku tidak suka turut disertakan. Iaitu 'Night Adventure'.

Aku memang tidak suka aktiviti malam seperti itu. Aktiviti 'Night Adventure ' itu mungkin sama seperti 'Night Walk'.

Berjalan di dalam kegelapan malam di mana semua mata para peserta akan diikat dengan kain. Mungkin...

'Solo Walk ?'

Ataupun

'Solo Drop ?'

Sungguh aku tidak mahu !!!
Walaupun yang mengusik itu abang atau kakak fasilitator sahaja.

Oh tidak ! Mungkin 'benda' itu pun turut ada ? Membawa diriku ini ke alam lain kerana telah menganggu tempatnya ? Aku membuat andaian tersendiri.

Beberapa andaian negatif yang lain menerjah di fikiran. Inilah akibatnya menonton dan membaca kisah-kisah seram sejak dari kecil.

Tapi ketakutan ini tidak melebihi ketakutanku terhadap-NYA.

So, nak pergi ke tak ?

Setelah lama berfikir aku menuju ke ruang tamu bersama borang itu. Nak minta pendapat daripada mama.

Aku memerhatikan suasana di ruang tamu.

Mama, tengah layan drama 'Jadikan Aku Yang Kedua'. Abang tak ada ? Dalam bilik kut. Adik, tengah main game.

Budak ni, main game je tahu ! Tak sedar ke, dia tu ambil UPSR tahun ni ? Pergilah study . Sekurang-kurangnya kalau dapat result cemerlang boleh masuk MRSM  atau asrama-asrama yang lain. Jangan jadi macam aku pulak. Takut duduk asrama.

Aku mengeleng-gelengkan kepala melihat perangai Syafik ini.

"Kau dah kenapa geleng-geleng kepala tu ?" sapa Abang Rul dari belakang.

Terkejut aku !

"Tak ada apa-apa," jawabku lalu pergi ke arah mama.

"Mama..."panggilku.

Serentak itu, aku menghulurkan borang perkhemahan yang berada di tanganku ini.

Puan Suriana meneliti borang yang diberikan itu.

"Kem perkhemahan... Sha, nak pergi ke ? " soal mamanya.

"Tak tahu lah ma. Mama rasa patut tak Sha pergi? " soalnya pula.

"Lah, tanya mama pulak. Bagi mama, kem ni bagus. Melatih sifat kepimpinan dalam diri. Tahun lepas kan Sha tak jadi pergi, tahun ni mama rasa Sha cubalah pergi. Dapat sijil lagi tau. Tahun depan PT3, kalau dapat keputusan cemerlang tapi tak aktif dalam kegiatan kokorikulum, tak seimbang lah kan." kata Puan Suriana.

Aku mengangguk faham dan mengambil kembali borang itu.

"Meh sini aku tengok," pinta abangku.

Aku menghulurkannya.

Beberapa saat kemudian,
"Semua aktiviti ni sesuai dengan kau. Cuma, yang 'Night Adventure' ni... Hati-hatilah ya," pesan abangku dan tersenyum.

Aku mencebik.

Aduhai, Senior Kerek !Where stories live. Discover now